Friday, April 22, 2011

Radhi sokong status Wan Jamak

Penolong jurulatih Kedah lebih penting kemenangan pasukan bukan individu

RADHI Mat Din sedia memberi kerjasama 100 peratus kepada Wan Jamak Wan Hassan yang secara tidak rasmi disahkan selaku ketua jurulatih baru skuad Kedah bagi baki cabaran Liga Super. Menurut penolong jurulatih skuad kenari soal siapa bimbing Hijau Kuning tidak timbul asalkan pasukan negeri dapat menyambung rentak kemenangan pada setiap perlawanan bakal diharungi. “Selepas dia (Wan Jamak) berjaya memastikan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2009 dan juga Piala FA, musim lalu dan ini sudah cukup membuktikan kemampuannya.

“Siapa sahaja dipilih KFA pasti akan mendapat kerjasama saya, Ahmad Sobri Ismail dan semua pemain pasukan negeri demi kejayaan pasukan Hijau Kuning.

“Kami sudah bekerja keras untuk duduk di tangga keempat liga. Cabaran selepas ini tidak mudah. Harimau Muda diwakili pemain terbaik di Malaysia.

“Kami hanya mampu membolosi gawang mereka sekali sahaja,” kata Radhi yang belum lagi memiliki Lesen A seperti disyaratkan Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk membimbing pasukan utama.
Apapun, sehingga petang semalam, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) belum membuat sebarang pengumuman secara rasmi menyentuh pelantikan bekas jurulatih Negeri Sembilan itu walaupun gambaran sudah jelas ketika pengendali berkenaan dalam keadaan mesra dengan pegawai kanan persatuan ketika hadir menyaksikan perlawanan kedah menentang Harimau Muda di Stadium Shah Alam, Rabu lalu

Wan Jamak jurulatih baru Kedah

SELEPAS sekian lama ia berunsur teka-teki, Wan Jamak Wan Hassan akhirnya tampil membuat pengakuan bahawa dia sudah bersetuju secara lisan untuk membimbing skuad Kedah selaku ketua jurulatih baru menggantikan Ahmad Yusof.

“Secara lisan saya sudah bersetuju untuk jawatan itu, Namun, saya perlu bincang lebih lanjut dengan pengurusan KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah), terutama membabitkan kontrak dan sudah bercadang menemui pihak pengurusan, esok (hari ini) atau lusa. “Saya perlu melihat dulu kandungan kontrak sebelum membuat tanda tangan. Jika tiada masalah, saya akan memulakan tugas mengikut apa ditetapkan KFA atau awal minggu depan,” katanya pengendali berusia 54 tahun itu di Seremban, semalam. Wan Jamak yang mengendalikan skuad Negeri Sembilan bermula musim 2009 mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya membawa skuad Hoben Jang Hoben menjulang Piala Malaysia musim berkenaan selepas menanti lebih 61 tahun.

Tahun lalu Negeri Sembilan terus berjaya mengekalkan reputasinya apabila muncul juara Piala FA serta layak ke final Piala Malaysia bertemu Kelantan yang muncul juara

Monday, April 11, 2011

Kedah tak mahu pulang tangan kosong

SIAPAKAH yang akan meraih kemenangan apabila anak buah Radhi Mat Din yang membimbing Kedah menentang skuad Negeri Sembilan kendalian Azraai Khor Abdullah pada perlawanan Liga Super malam ini di Stadium Paroi?

Radhi seperti yang sudah sedia maklum bukan saja menjadi pembantu kepada Azraai sejak 2005, malah dia juga pernah menjadi pemain ketika Azraai menjadi pembantu kepada Robert Alberts sebagai jurulatih pasukan Hijau Kuning yang berjaya meraih kejuaraan berganda pada 1993.

Walau apa sekalipun percaturan Radhi dan Azraai, penjaring gol tunggal ketika Kedah menewaskan Perlis, Badrul Bakhtiar berazam mahu memastikan pasukannya tidak pulang dari Paroi dengan tangan hampa.

“Saya mengetahui Kedah ketika ini tidak berada pada prestasi sebenar tetapi bermula esok (malam ini), kami bertekad untuk meningkatkan permainan.

“Ketika ini tahap persefahaman antara pemain masih tidak baik tetapi apapun, kami akan berusaha menewaskan Negeri Sembilan yang juga berdepan waktu sukar selepas tewas kepada Johor FC pada perlawanan terakhir mereka,” katanya.

Sunday, April 10, 2011

Anak diculik turut dinoda

ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya.

Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak.

Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.

Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang.
Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang.

Bagaimanapun, dua beradik itu diselamatkan bapa mereka yang melihat kelibat dua anaknya dalam kereta dipandu suspek di Simpang Empat, Kuala Sala pada jam 10 pagi semalam, ketika berusaha mencari mereka dengan menunggang motosikal.

Dia mengekori Perodua Kancil suspek kira-kira 12 kilometer sehingga kereta itu kehabisan minyak di Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini, sebelum menahan suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata bapa mangsa yang bekerja sebagai pesawah membuat laporan kehilangan anaknya pada Sabtu lalu, kira-kira jam 8.30 malam.

“Bapa mangsa terkejut diberitahu anak lelakinya bahawa kedua-dua kakaknya yang berusia 13 dan 12 tahun tiada di rumah pada malam itu.

“Bagaimanapun, keesokan harinya bapa mangsa yang menaiki motosikal ternampak kedua-dua anaknya berada di dalam sebuah Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu seorang lelaki yang tidak dikenalinya di kawasan Kuala Sala, kira-kira jam 10 pagi.

“Dia mengekori kereta itu sehingga stesen minyak Tebengau dan menahan kereta terbabit sebelum membawa suspek ke Balai Polis Kuala Kedah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, bapa mangsa membuat satu lagi laporan berhubung dakwaan anaknya dipercayai dirogol suspek terbabit.
“Mangsa mengadu ada melakukan hubungan seks dengan suspek di Mukim Bendang Tokai, Pendang pada malam berkenaan.

“Kami juga membawa gadis berkenaan untuk pemeriksaan di hospital kerana seorang daripadanya mengakui ada melakukan hubungan seks pada sebelah malam dia mendakwa dilarikan lelaki terbabit,” katanya.
Azaman berkata, suspek berusia 21 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan.

Jaga perkosa anak jiran dalam bank

JITRA: Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja.

Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.
Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.
“Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.

“Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.
Katanya, mangsa dibawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ) untuk menjalani pemeriksaan dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.
Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mangsa kini direman seminggu sejak Khamis lalu untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur,” katanya.
Semalam, suspek bersama seorang lelaki yang disyaki bomoh ditahan polis kerana disyaki merogol dibawa ke HJ untuk diambil sampel darah dan pemeriksaan kesihatan untuk membantu siasatan.
Bomoh yang juga pembantu kolam ternakan udang di Kerpan, di sini, kini masih direman sejak Khamis lalu selepas seorang pelajar tingkatan lima bersama bapanya membuat laporan dirogol suspek berusia 36 tahun itu ketika mendapatkan rawatan bantuan mengusir makhluk halus.
Mereka pergi ke rumah suspek kira-kira jam 8.30 malam di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam, di sini, bersama bapanya untuk mendapatkan khidmat mengusir hantu yang kemudian dipercayai dipukau sebelum dirogol.

Wednesday, April 6, 2011

Wan Jamak bakal bimbing Kenari

KEKALAHAN skuad Kenari kepada Johor FC 1-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Setar, kelmarin bagai memberi petanda bahawa pasukan berkenaan amat memerlukan pembimbing untuk melonjakkan kedudukan dalam carta.

Malah, peluang untuk membawa sentuhan baru kepada pasukan Hijau Kuning sudah terbuka apabila bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan menawarkan diri untuk mengalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih berikutan penyandangnya, Ahmad Yusof sedang direhatkan. Pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din berkata, setakat ini beliau dan Wan Jamak sudah berbincang, tetapi dia secara tidak rasmi memaklumkan berminat untuk membimbing skuad Kenari, namun menangguhkannya buat sementara disebabkan mempunyai urusan peribadi. Menurutnya, pihaknya berminat untuk mengambil Wan Jamak sebagai ketua jurulatih, tetapi pada masa sama perlu menunggu keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sama ada masih mengekalkan Ahmad Yusof atau sebaliknya.

“Dia (Wan Jamak) ada memberitahu memang berminat tetapi minta ditangguhkan terlebih dulu kerana mempunyai masalah peribadi, tetapi mengikut peraturan ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), paling lewat pun bulan depan kita akan mengetahui siapa ketua jurulatihnya.

“Kita minta KFA membuat keputusan dengan segera untuk mengambil siapa yang bakal dipertanggungjawab bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih kerana keadaan yang berlaku pada pemain pasukan Hijau Kuning sekarang ibarat ‘anak ayam kehilangan ibu’.

“Memang kita berminat, tetapi terpulang pada dia (Wan Jamak) untuk membuat keputusan manakala Ahmad Yusof masih lagi sebagai ketua jurulatih, namun direhatkan. Jika dia (Ahmad Yusof) berminat dengan pasukan lain, kita akan lepaskan,” katanya.

Monday, April 4, 2011

Kedah perlu kekal rentak

BARISAN pemain Kedah perlu memastikan mereka dapat mengekalkan rentak kemenangan ketika bertemu Johor FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darulaman malam ini, demikian kata Radhi Mat Din pengendali pasukan ketika ketua jurulatih Ahmad Yusoff direhatkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Menurutnya, prestasi anak buahnya ketika mengatasi Kuala Lumpur Sabtu lalu sudah mula menampakkan peningkatan khususnya pada separuh masa kedua dan ini pasti mencerahkan harapan mereka meraih kemenangan ketiga berturut-turut.

“Pemain Kedah perlu mengambil kesempatan beraksi di hadapan peminat setia mereka sendiri bagi meneruskan kecemerlangan rentak kemenangan pada perlawanan esok (malam ini) bertemu Johor FC untuk terus memperbaiki kedudukan pada tangga liga.

“Barisan pemain muda saya gagal beraksi dengan keupayaan sebenar pada separuh masa pertama tetapi kesungguhan mereka mencari kemenangan memastikan mereka berjaya melakukannya di Stadium Cheras, Sabtu lalu.

Mati ditetak rebut wanita

KULIM: Hanya kerana cemburu disebabkan seorang wanita, seorang lelaki berusia 20-an putus tangan kanannya dan cedera parah di belakang badan akibat ditetak sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas kejadian itu petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang di Taman Ria, Padang Serai dekat sini, mangsa bekerja sebagai operator sebuah kilang berada di rumah bersama beberapa rakan sekerjanya sebelum didatangi sekumpulan lelaki.

Ketika itu, berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa sebelum diakhiri dengan pergaduhan sekali gus menyebabkan mangsa parah ditetak.

Rakan mangsa hanya mampu melihat kejadian itu berikutan bimbang mereka dicederakan suspek yang membawa senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, beberapa suspek datang ke rumah mangsa sebelum berlaku pergaduhan antara mereka disebabkan cemburu terhadap seorang wanita.

Katanya, kejadian berlaku di bilik hadapan rumah itu dan mangsa yang berlumuran darah cuba melarikan diri tetapi rebah di hadapan rumah.

Menurutnya, rakan mangsa mendapatkan bantuan kecemasan sebelum ambulans dari Hospital Kulim tiba.

“Mangsa putus tangan kanan selain cedera parah di belakang badan akibat ditetak dengan senjata tajam yang masih disiasat jenisnya.

“Siasatan awal mendapati wujudnya perasaan cemburu suspek terhadap mangsa dipercayai menjalin hubungan dengan seorang wanita.

“Mangsa yang kehilangan banyak darah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam hari sama,” katanya.

Ghuzlan berkata, sejurus kejadian polis memburu suspek di sekitar tempat kejadian dan berjaya menahan dua lelaki berusia 20-an kira-kira jam 9 malam.

Menurutnya, kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sila komen :
Inilah akibatnya jika ikatan persaudaraan sesama tidak ada dikalangan orang islam zaman sekarang..mana maruah kawan mangsa, mana maruah keluarganya & mana maruah penduduk kampung mangsa..Siapa yang bertanggungjawab melindungi anak buahnya...

Perjalanan seorang hamba

dalam kegelapan malam hanya secebis coretan untuk para tetamu..

tiada cerita yang menarik untuk ku tonton,cerita di tv hanya memaparkan kisah
yang kurang memberi manfaat kepada kita. anak ku juga lena di dalam buaiannya,
mungkin ia juga telah dibuai mimpi..

aku pula telah menjadi seorang ayah, adanya pewaris agama di muka bumi ini,
tentunya tanggungjawab semakin besar dalam menghadapi masa-masa yang akan
datang..
semoga Allah SWT memberiku panduan dalam melayari bahtera kehidupn ini..