Tuesday, July 31, 2012

Sejarah Kulim


Bandar Kulim merupakan sebuah bandar yang terletak di kawasan tenggara negeriKedah, berdekatan dengan sempadan negeri Pulau Pinang yang terletak di bahagian barat.
Bandar Kulim asalnya merupakan kawasan penempatan yang kecil pada era 1950-an. Kini ia merupakan tempat yang maju dengan kawasan-kawasan industri yang terletak di sekitar Bandar Kulim.
Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu dengan jumlah 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Pattani. Menjelang pertengahan abad ke 19 Kulim telah menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah. Pada tahun 1890 terdapat 400 pelombong Cina beroperasi di Kulim. Antara kawasan terawal pembukaan Daerah Kulim ialah di Belakang Tebok. Lombong-lombong bijih timah yang terbesar telah dibuka di kawasan Kulim ialah Taman Tunku Putra, Kg Bukit Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama. Menurut catatan pada tahun 1854 terdapat 8 buah syarikat cari gali bijih timah dengan jumlah pekerja seramai 1500 orang. Pada tahun 1888 tercetus peristiwa besar di Kulim yang melibatkan pekerja-pekerja lombong bijih timah. Peristiwa ini dikenali sebagai "Perang Nyonya Cantik" atau "Perang Kulim".
Kejadian ini bermula apabila taukeh-taukeh lombong bijih di sekitar Kulim bergaduh sesama sendiri kerana merebut seorang wanita Cina yang cantik atau wanita simpanan. Taukeh-taukeh ini telah menggunakan pekerja-pekerja lombong masing-masing dalam pergaduhan yang terjadi. Keamanan penduduk telah terancam dan pergaduhan ini telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya dengan memakan korban yang banyak di antara pihak-pihak yang terlibat. Insiden Perang Kulim 1888 ini telah menyebabkan kerajaan Kedah terpaksa melantik seorang rakyat British iaitu B.E Mitchell sebagai Ketua Polis Kulim pada tahun 1890 dan kedudukan kewangan negeri Kedah yang teruk. Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 maka pihak British telah menganggap Kedah telah pun berada di bawah pemerintahannya. Hanya pada tahun 1923 barulah Sultan Abdul Hamid membuat perjanjian dengan British bahawa Kedah secara rasmi menjadi naungan British. Nama Daerah Kulim dipercayai diberikan kerana terdapat banyak Pokok Kulim yang terdapat di kawasan ini terutama di kawasan Bandar Kulim oleh penduduk awal ini. Bekas pelombong yang bekerja di kawasan perlombongan yang kaya dengan hasil bijih timah di negeri Perak iaitu di kawasan LarutMatangTaiping dan Selama adalah yang mula-mula membuka Daerah kulim.
Bekas pekerja lombong ini melarikan diri dari kawasan bijih timah di negeri Perak kerana tidak mahu terlibat dengan pergaduhan yang sering berlaku di antara Kumpulan Kongsi antaranya kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang sering ditubuhkan oleh pekerja-pekerja lombong negeri Perak bagi merebut kawasan yang kaya dengan bijih timah. Dipercayai pelombong-pelombong ini melarikan diri merentas hutan belukar di kawasan Kulim menuju ke Pulau Pinang untuk mencari pendudukan baru. Pulau Pinang ketika itu sudah menjadi bandar pelabuhan yang sibuk di Utara Tanah Melayu sejak pembukaannya oleh Inggeris pada tahun 1786. Ketika melalui kawasan Kulim bekas-bekas pelombong ini mendapati dalam sungai dan tanah ada tanda bahawa wujudnya bijih timah dan telah mengambil keputusan untuk tinggal menetap dan membuka perkampungan bagi memudahkan mereka mendulang bijih timah.
Di antara bangunan warisan yang masih terdapat di Kulim ialah panggung Coronation, Sek Men St. Patrick (1933) yang mana telah dijadikan sebagai bangunan perniagaan. Sekolah Menengah Sultan Badlishah (1948), Balai Polis Kulim dan sebagainya. Manakala jam merdeka Kulim telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 15 September 1957 yang masih kekal menjadi mercu tanda bagi bandar Kulim. Jam Merdeka Kulim telah berdiri megah lebih 44 tahun iaitu seusia dengan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Batu asas Jam Merdeka ini telah dibuat oleh YPM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Jun 1957. Jam Merdeka Kulim ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 3 bulan dan dirasmi oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Yang Di Pertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah, KOM, CMG, KBE Sultan Kedah pada 15 September 1957 iaitu 2 minggu selepas Perisytiharan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.
Kos pembiayaan Jam Merdeka Kulim dibiayai melalui penduduk Kulim sendiri yang berdasarkan catatan sebanyak RM40,000.00 sebagai manifestasi penduduk Kulim sebagai rakyat negara ini di atas kejayaan negara mencapau kemerdekaan dari penjajahan British. Hingga Kini Jam Merdeka Kulim masih lagi menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Kulim. Ianya kini telah diindahkan lagi termasuk mengadakan air pancutan di kawasan bersebelahan dengannya.

[sunting]Asal-usul nama Kulim

Kulim dipercayai dibuka dan diami pada pertengahan abad 18 oleh 100 orang melayu Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama asal bandar Kulim mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil pokok Kulim (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.)
Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah, Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Pada tahun 1997 dianggarkan harga jual beli untuk kayu pokok kulim per meter padu adalah mencecah sebanyak RM 270.00.

[sunting]Pusat bandar

Di persekitaran Bandar Kulim masih lagi rumah kedai yang wujud sebelum zaman Perang Dunia Kedua lagi. Malangnya, kebanyakkannya telah pun diruntuhkan untuk membina bangunan-bangunan yang baru.
Simbol yang terkenal di Bandar Kulim adalah menara jamnya yang masih lagi berfungsi.

[sunting]Kawasan kejiranan di Kulim

Terdapat banyak taman-taman perumahan yang dibuka di sekitar Bandar Kulim. Antara kawasan taman perumahan yang terbesar ialah Taman Selasih yang lengkap dengan pusat komersialnya tersendiri.

[sunting]Senarai kawasan kejiranan

  • Taman Sungai Kob
  • Taman Mutiara, Sg.Kob
  • Taman Keranji
  • Bukit Kulim
  • Kampung Air Merah
  • Kampung Darul Aman
  • Kampung Syed Syeh
  • Kampung Tunku Putra
  • Kampung Paya Tok Betok
  • Kampung Sera
  • Keladi
  • Kelang Lama
  • Taman Senangin
  • Taman Bersatu
  • Taman Meranti
  • Taman Dahlia
  • Taman Kempas Indah
  • Taman Kempas 2
  • Taman Kempas 3
  • Taman Desa Impian
  • Taman Kemuning
  • Taman Selasih
  • Taman Semarak
  • Taman Seroja
  • Taman Tunku putra
  • Taman Sri Kulim
  • Taman Cempaka
  • Taman Jati
  • Taman Sejahtera
  • Taman Kancil
  • Taman Salad
  • Taman Seladang
  • Taman Makmur
  • Taman Lobak
  • Taman Kangkung
  • Taman Desa Seni
  • Taman Kijang
  • Taman Sejahtera 2
  • Taman Bendi
  • Taman Pegaga
  • Taman Seri Limau
  • Taman Kucai
  • Taman Kenari
  • Taman Tiong
  • Taman Berlian
  • Taman Bestari
  • Taman Merak
  • Taman Angsana
  • Taman Jelutong
  • Taman KTC
  • Jalan Menteri

[sunting]Kemudahan di Kulim

Untuk memenuhi kehendak 150,000 orang penduduk di Bandar Kulim, terdapat banyak kemudahan yang terdapat di sekitar bandar ini.

[sunting]Bank

[sunting]Keselamatan

  • Balai Bomba Kulim
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim
  • Kem Bukit Awi - Askar Wataniah Malaysia
  • Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kulim

[sunting]Kesihatan

  • Hospital Kulim
  • Klinik Pakar Pergigian Hospital Kulim

[sunting]Pasar

  • Pasar Kulim

[sunting]Pasar Malam

  • Pasar Kulim (setiap hari Rabu dan Sabtu)
Kawasan Pasar Malam Kulim asalnya merupakan ladang kelapa sawit. kawasan ini kemudian di majukan sebagai kawasan perniagaan pada tahun 1990 untuk menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah. kawasan ini berkembang sebagai pusat perniagaan kerana pertambahan penduduk di taman2 yang berhampiran seperti Taman Tunku Putra, Taman Kota Kenari dan lain2. kawasan perniagaan runcit iaitu pasar malam yang dibuka pada setiap malam rabu dan sabtu terletak berdekataan stesen bas. kawasan ini terletak dalam pekan kulim dan juga bersebelahan Taman Tunku Putra. Kawasan ini hanya kira2 3km drp kilang lama dan hanya mengambil masa lbh krg 5 minit sahaja untuk sampai ke destinasi ini.
  • Pasar Taman Selasih (setiap hari Selasa dan Jumaat)
  • Pasar Kilang Lama (setiap hari Ahad dan Khamis)
  • Pasar malam Taman Mutiara, Sg.Kob ( Sabtu )
  • Pasar Taman Tiram
  • Pasar Taman Jati (setiap hari Jumaat)

[sunting]Pasaraya dan Pasaraya Besar

  • Kulim Landmark Central
  • Big 10
  • Minat (di Taman Selasih)
  • The Store
  • Yawata (pasaraya tertua di Kulim)- Kini Happy Home
  • Giant Kulim Landmark Central Shopping Centre
  • Pasaraya Long Wan
  • Pasaraya Zon Ria
  • Tesco Kulim

[sunting]Kedai-kedai

[sunting]Pendidikan

  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ( www.ptsb.edu.my )
  • Universiti Kuala Lumpur
  • Kolej Komuniti Kulim
  • Kolej MARA Kulim
  • Maktab Rendah Sains MARA (PDRM)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan St Anne's Convent Kulim
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selasih
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Junjong
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Hi-Tech
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Paya Besar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah
  • Sekolah Menengah Teknik Kulim
  • Sekolah Kebangsaan Sri Kulim
  • Sekolah Kebangsaan Kulim
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Paya Besar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar
  • Sekolah Kebangsaan Air Merah
  • Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong
  • Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kulim
  • Sekolah Menengan Jenis Kebangsaan Chio Min
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Cheng
  • Sekolah Kebangsaan St.Anne's Convent, Kulim
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Ular

[sunting]Restoran Makanan Segera/Francais

[sunting]Restoran

  • Koffee Hut (Kedai kopi)
  • 83C Kafe
  • Honey Bakery and Cafe
  • Rashidah Bakery and Cafe
  • NurHas Rest ( Kilang Lama )
  • Restoran Ratu Emas(pekan Kulim)
  • Nasi Kandar Pelita
  • Nasi Kandar Nasmir
  • Restoran Sri Ananda Bahwan
  • Restoran Kulim Highland

[sunting]Rumah Ibadat

[sunting]Islam

  • Masjid Kulim
  • Masjid Al Huda, Kelang Lama
  • Masjid Kampung Air Merah
  • Masjid Kampung Darul Aman
  • Masjid Sungai Limau
  • Masjid Keladi
  • Masjid Jamiul Makmur
  • Masjid Taman Selasih
  • Masjid Al-Ittihad Sg.Kob
  • Masjid Sungai Seluang
  • Masjid Padang Cina
  • Masjid Politeknik Sultanah Bahiyah
  • Masjid Padang Serai
  • Masjid Sungai Ular
  • Masjid Taman Kenari

[sunting]Kristian

  • Gereja Adventist Hari Ketujuh (Seventh Day Adventist) - Protestan
  • Gereja Antioch Revival Sanctuary - Protestan
  • Gereja Baptist Tamil (Tamil Baptist Church) - Protestan
  • Gereja Hati Suci Jesus (Church of the Sacred Heart) - Katolik
  • Gereja Jesus Sebenar (True Jesus Church) - Protestan
  • Gereja Methodist Cina (Chinese Methodist Church) - Protestan
  • Gereja Methodist Wesley (Wesley Methodist Church) - Protestan
  • Gereja Rivers of Water (GROW) - Protestan
  • Gereja Saint Thomas - Anglikan
  • Pusat FGA (FGA Centre) - Protestan
  • Pusat Komuniti Grace (Grace Community Centre) - Protestan

[sunting]Buddha

  • Wat Buddha Siam

[sunting]Confucianisme/Taoisme

  • Tokong Cina Persiaran Desa Aman

[sunting]Hindu

  • Kuil Dhandayudhapani
  • Sri Maha Mariamman Temple
  • Sri Subramanium Temple

[sunting]Sikh

  • Sikh Gurdwara Sahib

[sunting]Rumah kebajikan

  • Rumah Amal Kulim

[sunting]Tempat riadah

  • Kelab Kulim - kemudahan sukan badminton dan tenis, kolam renang, restoran dan ginasium.
  • Kelab Rekreasi Cina (Chinese Recreation Club) - kemudahan sukan badminton, skuasy, pingpong, tenis dan kolam renang.
  • Pusat Taekwondo Kulim (Kulim Taekwondo Centre)
  • Taman Permainan Bukit Keranji - Tai Chi
  • Taman Permainan Bukit Kulim - Menari sambil berbaris (Line Dancing)
  • Tasik Kulim - kemudahan berjoging dan bersenam

[sunting]Persatuan/Pertubuhan

[sunting]Agama

  • Jemaah Islah Malaysia (Kulim)
  • Persatuan Buddha Kulim (Kulim Buddhist Society)
  • Yeoh Si Hong Long Tong PW/Kedah

[sunting]Ekonomi

  • Persatuan Pemandu Kereta-Kereta Teksi
  • Persatuan Pengusaha Syarikat Perindustrian Kulim (KITA)
  • Persatuan Teksi Luar Bandar

[sunting]Etnik

  • Persatuan Kebajikan India Kulim (Kulim Indian Welfare Association)
  • Persatuan Telugu Malaysia (Telugu Association of Malaysia)

[sunting]Kebajikan

  • Lions Club of Kulim
  • Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Pertubuhan Bela Didik Anak-Anak Yatim Islam (BEDAYA)
  • Pertubuhan Pembangunan Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim

[sunting]Kebudayaan

[sunting]Pendidikan

  • Gabungan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Cina Negeri Kedah

[sunting]Politik

  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - Bahagian Kulim/Bandar Baharu
    • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - Cawangan Kulim Bandar
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) - Bahagian Kulim/Bandar Baharu
  • Persatuan Cina Malaysia (MCA) - Bahagian Kulim/Bandar Baharu
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) - Bahagian Kulim/Bandar Baharu

[sunting]Sukan dan rekreasi

  • Persatuan Seni Silat Awang Sulung
  • Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung
  • Persatuan Silat Kalimah Malaysia
  • Persatuan Taekwon-do Kulim (Kulim Taekwon-do Association - GTF)

Wednesday, July 18, 2012

Sejarah Sungai Petani

Sungai Petani (Jawi: سوغاي فتني ) (singkatan Sg. Petani atau "SP") merupakan sebuah bandar perindustrian di negeri Kedah yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Sungai Petani ialah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar.

Perumahan

Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani. Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort Homes. Sebuah kondominium mewah telah dibina pada tahun 2008 oleh EUPE Corporation di dalam kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang. Kondominium itu diberi nama Sky Residences.

[sunting]Pengangkutan

Bandar Sungai Petani sangat mudah dihubungi dengan jaringan jalan raya,jalan kereta api dan laluan udara.

[sunting]Lebuh raya dan jalan raya

Dari ibu negara, Kuala Lumpur, perjalanan ke utara menuju Sungai Petani melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS-E1). Jalan Persekutuan turut menghubungkan Sungai Petani dengan beberapa bandar utama seperti Alor Setar, Butterworth dan Ipoh. Bagaimanapun, perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan lebih cepat dan selesa.

[sunting]Kereta api

Sekiranya menaiki kereta api, anda boleh turun di stesen keretapi Sungai Petani yang terletak di pusat bandar. Jajaran laluan kereta api bermula dari Padang BesarPerlis melalui bandar seperti Alor SetarGurun, Sungai Petani, Bukit MertajamButterworthTaiping,Kuala KangsarIpohSlim RiverTanjung MalimSungai Buloh dan Kuala Lumpur. Terdapat perjalanan terus dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Hatyai melalui Sungai Petani.

[sunting]Lapangan terbang

Lapangan terbang terdekat dengan Sungai Petani ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang iaitu lebih kurang 45 km dari pusat bandar. Selain itu, terdapat satu lapangan terbang bagi laluan domestik di Alor Setar iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

[sunting]Pendidikan

Banyak sekolah rendah dan menengah di bandar Sungai Petani. Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta turut bertapak di bandar ini. Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka kampus cawangannya di Merbok, Sungai Petani. Universiti swasta AIMST turut beroperasi di pekan Bedong, dekat Sungai Petani.

[sunting]Rekreasi dan Pelancongan

Pantai Merdeka
Pusat peranginan ini terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pusat bandar. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani. Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.
The Carnivall
The Carnivall merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.
Sila layari laman web : www.thecarnivall.com
Sungai Merbok
Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini. Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.
Tanjung Dawai
Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan keringikan bilisikan masinpekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.
Tanjung Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam danluar negeri Kedah.
Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.
Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.
Bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan taulan dapat menjamu selera di Medan Selera Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai juadah hidupan laut. Hati yang resah pasti tenang di kala menjamu selera sambil menikmati pemandangan lautan yang luas terbentang dengan disapa angin petang yang nyaman.

Lembah Bujang
Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.
Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.
Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang
Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki teksi ke Lembah Bujang.
Menara Jam Besar
Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.
Taman Jubli Perak
Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.
Rekreasi Tupah
Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.
Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.
Makam Sultan Muzaffar Shah
Makam Sultan Muzaffar Shah terletak di Kampung Langgar, Mukim Bujang. Mengikut catatan sejarah baginda adalah Sultan Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Sebelum memeluk agama Islam, baginda dikenali sebagai Maharaja Derbar Raja II dan telah memerintah negeri Kedah dari tahun 1136 hingga 1179. Baginda memeluk agama Islam melalui seorang alim dari Yaman iaitu Sheik Abdullah bin Sheik Ahmad bin Quamiri. Pada tahun 1179, Sultan Muzaffar Shah telah mangkat setelah baginda memerintah Kedah selama lebih kurang 43 tahun.

[sunting]Ekonomi

Kemudahan perbankan
  • Maybank
  • HSBC
  • CIMB
  • Bank Rakyat
  • Bank Simpanan Nasional
  • Tabung Haji
  • Bank Islam
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Affin Bank
  • Hong Leong Bank
  • Bank Persatuan
Kemudahan Pinjaman
  • Sri Guan Teik Malaysia
  • Pajak Gadai Sum Lee
  • Pajak Gadai Heng Goon Yee Kee
Pusat beli-belah/Pasar raya besar
  • Central Square (The Store)
  • SP Plaza (The Store)
  • Tesco Sungai Petani Selatan
  • Tesco Sungai Petani, Legenda Heights.
  • Giant Hypermarket Sungai Petani, Jalan Lencongan Barat.
  • Village Mall, Legenda Heights.
  • Econsave Hypermarket, Bandar Puteri Jaya.
  • Econsave, Taman Patani Jaya.
  • Parkson, Petani Parade
  • Giant Supermarket, Petani Parade.
  • SP Centrepoint (Billion)
  • G-Mart
  • Amanjaya Mall (C-Mart)(in construction - to be open in quarter 4 2012)
  • River Front City (in construction - expected to be completed by the end of 2013)
  • AEON Jusco Perdana Heights (proposed)
  • Mydin Mall & Hypermarket (proposed)

Kemudahan Awam
  • Pejabat Pos Sungai Petani, Jalan Pengkalan.
  • Pasar Awam Sungai Petani, Jalan Pasar.
  • Stesen Bas Sungai Petani, Jalan Petri.
  • Stesen Bas Ekspres Sungai Petani, Jalan Kuala Ketil.
  • Telekom Malaysia, Jalan Petani.
  • Tenaga Nasional Berhad, Jalan Petri.
  • Hospital Sultan Abdul Halim, Jalan Lencongan Timur.
  • Kompleks Mahkamah Sungai Petani, Bandar Aman jaya.
  • Kastam Diraja Malaysia cawangan Sungai Petani, Bandar Aman Jaya.
  • Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Kuala Muda, Jalan Petani.
  • Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani, Jalan Badlishah.
  • Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, Jalan Badlishah.
  • Penjara Sungai Petani, Jalan Badlishah.

Sunday, July 8, 2012

Sejarah Kuala Nerang



Kuala Nerang termasuk dalam kawasan parlimen Padang Terap , negeri Kedah Darul Aman , di utara Malaysia. Kedudukannya 6.3 ' Utara dan 100.4 'Timur.

[sunting]Sejarah

[sunting]Wakil Rakyat

Keputusan pilihan raya Malaysia 2004 seperti berikut ;