Thursday, May 28, 2015

Tiada rondaan, 'kem maut' gagal dikesan

Pasukan keselamatan negara dilaporkan gagal membuat rondaan di kawasan yang dijadikan kem haram oleh sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand kerana faktor “bahaya”.

Oleh sebab itu, 'kem maut' yang menjadi 139 perkuburan warga asing di Bukit Wang Burma gagal dikesan walau dipercayai wujud sejak 2013, lapor Utusan Malaysia Online.

Laporan yang memetik kenyataan sumber menyebut, kawasan tersebut berbahaya kerana dikawal oleh individu yang lengkap dengan senjata api dan penembak tepat.

“Faktor itu menyebabkan lokasi terletak kira-kira 400 meter dari kaki bukit di kawasan tersebut adalah berbahaya untuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan renjer melakukan rondaan dalam jumlah yang kecil.

“Disebabkan tiada rondaan, maka kem di situ yang terletak di atas bukit yang curam serta hutan sederhana tebal di bahagian Malaysia tetapi landai di sebelah Thailand sehingga boleh dimasuki kenderaan, sudah beroperasi sejak 2013 tanpa disedari pihak berkuasa,” lapor Utusan.

Laporan laman The Straits Times pula memetik kenyataan angotta PGA yang hairan kerana isu mengenai kewujudan kem tersebut baru didedahkan pada masa ini.

Anggota berkenaan, yang enggan dinamakan dilaporkan berkata, mereka menemui kem tersebut selepas penahan sekumpulan pendatang asing pada Januari lalu.

Polis tahan 16 anggotanya

Menurut laman tersebut, seorang lagi pegawai PGA menyatakan bahawa kem tersebut ditemui sejak November.

“Bila kami temui kem ini, terdapat kira-kira 50 orang, dipercayai warga Rohingya dan Bangladesh, terkurung.

"Mereka nampak lemah dan kebuluran,” katanya seperti dipetik dalam laman tersebut.

Seramai 16 anggota polis dari pelbagai pangkat dilaporkan ditahan setakat ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan tersebut.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Datin Asmawati Ahmad mengesahkan penahanan itu, lapor Harian Metro Online.

Penahanan ke atas 12 orang anggota dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala selebihnya oleh pasukan polis sendiri, lapor laman itu hari ini.

lapor http://mmy.malaysiakini.com/news/299946

Kem pemerdagangan guna pengawal penembak tepat

KANGAR 27 Mei - Sindiket pemerdagangan manusia disyaki dari Thailand yang beroperasi di puncak Bu­kit Wang Burma di sini, dilengkapi senjata api selain turut menempatkan beberapa penembak tepat di lokasi tertentu di dalam hutan bagi memerhatikan kedatangan pihak berkuasa dari negara ini. Faktor itu menyebabkan lokasi terletak kira-kira 400 meter dari ka­ki bukit di kawasan tersebut adalah berbahaya untuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan renjer melakukan rondaan dalam jumlah yang kecil.

Disebabkan tiada rondaan, maka kem di situ yang terletak di atas bukit yang curam serta hutan sederhana tebal di bahagian Malaysia tetapi landai di sebelah Thailand sehingga boleh dimasuki kende­raan, sudah beroperasi sejak 2013 tanpa disedari pihak berkuasa. Menurut sumber, kem tersebut hanya terdedah apabila PGA menahan sejumlah lebih 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Bangladesh awal tahun ini di kawasan terbabit. Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati air sungai yang me­ngalir di bahagian kaki bukit keruh selain bersabun.

“Maka sebab itu, kita yakin ada aktiviti di atas bukit tersebut lalu mengumpul maklumat risikan seterusnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pasukan komando VAT 69 meng­gempur lokasi berkenaan. “Kalau kita mempunyai maklumat risikan sejak awal berhubung wujudnya aktiviti di atas bukit itu, adalah mustahil untuk kita mem­biarkan sahaja ia berlaku bertahun-tahun lamanya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, lebih 40 wartawan asing dan tempatan merasai sendiri pe­ngalaman mendaki bukit tersebut yang curam dan mengambil masa dua jam setengah untuk sampai ke kawasan penempatan kem pendatang asing terbabit. Kem penempatan yang mempunyai dua bangsal besar diperbuat daripada pancang-pancang kayu itu,
diibaratkan seperti ‘kandang binatang’ selain dibaluti kawat berduri bagi mengelak pendatang asing terbabit melarikan diri. Turut ditemukan sebuah kawasan berbukit mengandungi 37 kubur milik pendatang asing tersebut yang disyaki mati akibat didera, penyakit atau kebuluran. Tambah sumber tersebut, siasatan pihaknya mendapati mangsa pemerdagangan manusia diselu­dup masuk ke negara ini menggunakan laluan tikus di perkam­pungan berdekatan iaitu laluan sama digunakan orang kampung untuk keluar masuk sempadan. “Mereka tidak menggunakan kawasan di kaki bukit itu sebaliknya jalan sama digunakan penduduk kampung dan warga Thailand untuk menyeludup ternakan dan sebagainya. “Ini menyebabkan orang kampung sendiri tidak sedar kumpulan ini merupakan mangsa pemerdagangan manusia,” ujarnya.

 Kata sumber itu, hasil risikan pihaknya percaya ada ahli sindiket terbabit yang beragama Islam dan sebab itu ada mayat dikebumikan lengkap berkafan. “Dalam penemuan semalam ki­ta dapati mayat yang ditemukan itu, kain kafan masih elok dan dianggarkan dikebumikan beberapa ming­gu lalu. “Penempatan itu juga dilengkapi kemudahan surau untuk mereka yang beragama Islam bersolat,” katanya. - See more at: http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/kem-pemerdagangan-guna-pengawal-penembak-tepat-1.96659#sthash.fNyFlPGn.dpuf

Perkuburan besar membuka pekung Malaysia

SEKILAS PANDANG:  Penemuan kubur besar baru-baru ini di Perlis bukan sahaja menemui mayat, tetapi juga membuka pekung Malaysia.
Kekurangan keselamatan di sempadan kita, hampir tidak wujud pengawasan di dalam hutan kita, ketidakcekapan pihak berkuasa kita, antara sebab-sebabnya. 


Portal berita Malaysiakini menemubual pengarah bersama kumpulan hak asasi pendatang asing, Aegile Fernandez (kanan), yang mendakwa pihak berkuasa sudah lama mengetahui kewujudan kem perhambaan dan perkuburan besar ini.

Menurutnya, NGOnya telah membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang kewujudan perkuburan dan kem pemerdagangan manusia di sempadan Thai-Malaysia tetapi tiada tindakan di ambil.
“Apabila yang hidup berteriak (meminta pertolongan), pihak berkuasa tidak mahu dengar. Tetapi kini kita menjumpai kubur besar,kali ini mayat-mayat yang berteriak meminta keadilan,” dia dipetik sebagai berkata.
Dia juga bercerita tentang bagaimana pendatang yang berjaya melepaskan diri daripada sindiket pemerdagangan manusia ini selepas membayar upah lumayan, sudah lama memberitahu NGO itu tentang kewujudan kem dan kubur tersebut.
“Malah ada seorang pelarian yang melihat kawannya  dihumbankan ke dalam kubur besar  ketika masih hidup.”

Jika apa yang didakwa oleh Fernandez benar, sangat mengecewakan yang pihak berkuasa kita gagal bertindak berdasarkan aduannya.
Kita tertanya-tanya berapa ramai yang boleh diselamatkan sekiranya mereka bertindak.
Ia juga menjadi bukti yang pihak berkuasa Malaysia hanya bagus dalam satu perkara- perlu dikejutkan oleh perkara yang sudah berlaku, berbanding mengambil tindakan pencegahan untuk mengelakkan sesuatu perkara daripada terjadi.
Ini terbukti dalam tingkahlaku “terkejut sampai terkelu” yang ditunjukkan oleh Kementerian dalam Negeri dan polis berikutan penemuan tersebut.
Tidakkah mereka terfikir yang kita mempunyai keselamatan sempadan yang sangat lemah sehingga membolehkan ratusan, atau ribuan pendatang menyelinap masuk setiap bulan?
Bagaimana mereka fikir pendatang asing boleh berterusan masuk ke dalam negara kita pada tahap yang membimbangkan?

Jika itu tidak mencukupi, media kita berulang kali memaparkan isu kelemahan keselamatan sempadan, serta bagaimana anggota yang ditugaskan mengawal sempadan mudah ‘dibeli’ dengan rasuah supaya menutup mata.
Tetapi, tiada tindakan diambil untuk menangani isu ini, sehinggalah tanah air kita menjadi tempat bersemadinya ratusan jiwa yang menderita.

Bagaimana dengan keselamatan hutan kita? Kubur dan penempatan yang baru ditinggalkan, dipercayai digunakan oleh sindiket sebelum serbuan dijumpai dalam hutan tebal di kawasan Wang Kelian, Perlis.
Apakah kebarangkalian sindiket berhenti di satu tempat- membina penempatan, menggali kubur dan menanam mayat, semalaman? Tidak mungkin kan?

Nyata sekali, mereka telah berada di situ dalam satu jangka masa lama, tidak dikesan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasukan ranjer hutan. Kementerian dalam Negeri percaya yang kem itu sudah wujud sekurang-kurangnya sejak lima tahun lalu, sebelum ditinggalkan sindiket.
Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim menyuarakan kebimbangan yang sama.
Laporan berita memetik dia berkata yang dia tertanya-tanya bagaimana pihak berkuasa boleh terlepas pandang aktiviti itu, sedangkan wujud “keselamatan yang ketat” (yang sangat boleh dipersoalkan).
“Jika ranjer hutan telah masuk ke dalam kawasan hutan dan pergunungan itu sekurang-kurangnya sekali sebulan, aktiviti itu pasti dapat dikesan,” katanya.
Jadi kita mempunyai Jabatan Perhutanan yang kakitangan tidak buat kerja sekurang-kurangnya sekali sebulan, makan gaji buta yang dibayar dengan duit pembayar cukai. Syabas!
Kenyatannya, negara kita telah dikecam hebat kerana rekod pemerdagangan manusia yang buruk. Penemuan terkini ini hanya bermaksud satu perkara- reputasi kita bertambah buruk dan tiada cara kita boleh bertambah baik atau meningkatkan kedudukan dalam senarai akan datang. 

Jika kerajaan benar-benar serius menangani masalah ini, rancangan tindakan segera perlu dilakukan.
Buang sahaja pegawai yang korup dalam agensi penguatkuasa dan jabatan kerajaan yang ditugaskan menangani kemasukan pendatang, dan berusaha keras menumpaskan sindiket yang terlibat dalam pemerdagangan manusia. Dakwa penjenayah itu, sebat mereka, denda mereka, dan penjarakan mereka untuk jangka masa panjang- apa sahaja yang boleh dilakukan untuk menghancurkan terus aktiviti hina mereka. 

Perkuatkan keselamatan sempadan kita, yang akan menghantar mesej jelas kepada pendatang yang mereka tidak dialu-alukan di sini.  Hapuskan kelemahan, apa sahaja yang wujud.
Bagaimanapun, untuk melakukan semua ini, desakan politik yang kuat diperlukan. Adakah kita mempunyai desakan politik yang diperlukan, adalah satu persoalan besar yang belum boleh dijawab. 
 - See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Perkuburan-besar-membuka-pekung-Malaysia#sthash.T6RdbLAT.dpuf

Wednesday, May 27, 2015

Semakan keputusan status rayuan permohonan br1m 2015

Semakan keputusan status rayuan permohonan br1m 2015

sila ke link berikut untuk membuat semakan:

semak rayuan brim

keputusan rayuan boleh disemak mulai 28/05/2015,

pembayaran pertama ialah 01 jun 2015 dan bayaran kedua bermula 28 september 2015.

 

Sunday, May 24, 2015

Tututp Premis 2 jam : Buat Aduan kepada Jaik Jika Dihalang Solat Jumaat

ALOR SETAR - Mana-mana premis perniagaan yang menghalang pekerja lelaki beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat akan dikenakan tindakan undang-undang.

Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, pihaknya memandang serius isu terbabit kerana ia merupakan satu kesalahan besar.

“Orang ramai perlu membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sekiranya terdapat syarikat atau premis perniagaan yang menegah pekerjanya daripada menunaikan solat Jumaat.
“Hal ini kerana menjadi hak orang Islam menunaikan solat Jumaat dan menjadi kesalahan sekiranya mereka menghalang untuk berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kerjasama orang ramai dalam perkara itu adalah amat diharapkan dan maklumat pengadu akan dirahsiakan.

“Kita akan buat siasatan terperinci selepas menerima aduan orang ramai atau pekerja itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, mengulas cadangan Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin supaya premis perniagaan di negeri ini ditutup selama dua jam pada waktu solat Jumaat, beliau menyambut baik hasrat itu.

“Cadangan itu bagus, mungkin kita boleh bawa ke mesyuarat Majlis Agama Islam Kedah (Maik) dan Jaik.
“Tentang menahan individu tidak menunaikan solat Jumaat memang sudah lama terdapat dalam peruntukan undang-undang, cuma sedikit masalah dari segi penguatkuasaan sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, Shaiful Hazizy mencadangkan supaya Kedah membuat persediaan rapi sebelum menguatkuasakan tindakan saman kepada mana-mana lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut, bermula 1 Jun depan.

Menurutnya, arahan mewajibkan semua premis ditutup selama dua jam pada waktu solat Jumaat adalah wajar dilaksanakan terlebih dahulu.

Pada 11 Mei lalu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaik, Syeikh Ahmad Faisol Omar mengumumkan lelaki  Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut akan didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan itu, Jaik tidak melakukan tangkapan, sebaliknya mengeluarkan notis saman atau hadir ke pejabat agama daerah untuk disoal siasat.

Hospital Pendang

ALOR SETAR - Penantian sekian lama penduduk Pendang untuk menikmati kemudahan kesihatan yang lebih baik di tempat sendiri bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Melalui pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020), enam hospital baru akan dibina iaitu Kemaman, Bentong, Pasir Gudang, Maran dan dua di Kedah iaitu Pendang dan Baling.

Exco Kesihatan, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, khabar gembira itu memberi makna begitu besar untuk seluruh rakyat negeri ini yang tidak pernah berputus asa mengharapkan projek berkenaan dapat dilaksanakan.

“Kita berharap projek itu dapat dipercepatkan dalam masa terdekat kerana mendapat permintaan tinggi dari masyarakat setempat terutama sekitar Pendang dan daerah berhampiran.

“Pembinaannya akan membantu meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan lebih baik dan mampu mengurangkan kesesakan serta bebanan tugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” katanya ketika dihubungi Jumaat lalu.

Menurutnya, hospital baru yang turut dinaikkan status menjadi hospital pakar minor juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan teknologi serta doktor pakar.

“Sebagai contoh Hospital Baling dari hospital lama ke hospital pakar minor. Bangunan baru akan ditambah untuk menampung keperluan pesakit.

“Orang ramai lebih mudah berjumpa doktor pakar yang akan ditempatkan secara tetap di situ berbanding sekarang. Kebanyakan hospital di kawasan pedalaman, doktor pakar hanya melakukan lawatan secara berjadual,” katanya.

Beliau berkata, Hospital Pendang diklasifikasikan sebagai hospital ke-19 di Kedah termasuk hospital kerajaan dan swasta yang ada di negeri ini berdasarkan maklumat dari Jabatan Kesihatan Kedah.

Terdapat sembilan hospital kerajaan iaitu di Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Langkawi, Baling, Sik, Yan, Jitra dan Kuala Nerang.

Sementara pembinaan Hospital Pendang pula adalah merupakan hospital ke-10 bagi kategori hospital kerajaan.

Bagi sektor swasta, terdapat sembilan hospital iaitu masing-masing tiga di Alor Setar, empat di Sungai Petani dan satu di Kubang Pasu serta Kulim.

Friday, May 22, 2015

Langkawi

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.
 
Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. [1]
Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Pulau Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.
Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.[2][3]
Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).

Langkawi menerima taburan hujan tahunan lebih daripada 2,400 mm (94 in) setahun. Langkawi mempunyai musim kering nyata bermula dari bulan Disember hingga ke Februari manakala musim tengkujuh pula pada bulan Mac sehingga November. Bulan Ogos dikira sebagai bulan paling basah / lembab di Langkawi berikutan penerimaan hujan yang melebihi 500 mm (20 in) secara purata normal.

Penerimaan hujan tertinggi (2009) = 2,694.6 mm (106.09 in)
Penerimaan hujan terendah (2010) = 2,238.6 mm (88.13 in)

  • Kurun ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.
  • Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.
  • 1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".
  • Pulau Langkawi menjadi milik Great Britain melalui Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo-Siam 1909. Ralph Spencer Paget, Duta Britain di Siam memainkan peranan penting dalam menyelamat pulau ini daripada terus ditakluk Siam. Semasa proses rundingan antara Britian dengan Siam, beliau telah memaklumkan kepada Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam, yang mana pihak Britain tetap mahukan Pulau Langkawi menjadi milik Britian. Hasilnya pada 10 Mac 1909 Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani memberi hak pulau ini kepada Britain. Dalam Lampiran 1 Protokol Sempadan Yang Dilampirkan Pada Perjanjian Bertarikh 10 Hari Bulan Mac 1909 menyatakan tentang kedudukan langkawi adalah seperti berikut:
"Pulau yang dikenali sebagai Pulau Langkawi bersama dengan pulau-pulau kecil ke selatan selat tengah di antara Pulau Tarutao dengan Langkawi dan kesemua pulau ke selatan Langkawi akan menjadi kepunyaan Great Britain. Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke utara selat tengah akan kekal menjadi kepunyaan Siam"

Mukim

Mempunyai 6 mukim iaitu
  1. Ayer Hangat
  2. Bohor
  3. Kedawang
  4. Ulu Melaka
  5. Padang Mat Sirat
  6. Kuah

Pulau

Mempunyai 99 buah pulau antaranya

Pengangkutan

Dari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang menghubungkan Satun di selatan Thailand, Pulau Payar, Pulau Pinang, Kuala Kedah, dan Kuala Perlis di tanah besar Semenanjung Malaysia. Kapal Star Cruises berlabuh di pelabuhan Awana Porto Malai di sebelah barat pulau ini.

Pesawat

Langkawi mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang agak besar, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Berikut adalah penerbangan-penerbangan ke Langkawi.


Monday, May 18, 2015

Bayi Dikerat 15

JOHOR BAHRU - Penduduk di PPR Kempas Permai gempar dengan penemuan anggota badan bayi yang dibuang dalam loji kumbahan berdekatan kawasan pangsapuri tersebut, kelmarin.

Rata-rata penghuni mengutuk dan mengecam perbuatan pelaku yang disifatkan terlalu kejam dan zalim.

Menurut pekerja kilang, Ismail Daud, 47, yang menetap di Blok C pangsapuri tersebut sejak tujuh tahun lalu, dia mengesyaki sesuatu berlaku di loji kumbahan itu ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah kedai berhampiran.

“Saya tengah minum di gerai kira-kira jam 1 tengah hari apabila nampak polis dan pihak pengurusan ke loji kumbahan tersebut kira-kira 200 meter dari sini.

“Pada awalnya saya dimaklumkan pam di situ dicuri namun amat terkejut apabila diberitahu mayat bayi yang telah dikerat,” katanya.

Sementara itu, suri rumah Haslinda Mohd Amir, 38, berkata, dia tidak menyedari kejadian tersebut kerana loji kumbahan merupakan kawasan larangan dan pintu masuk terletak di bahagian belakang perumahan.

“Seperti biasa saya ambil anak balik sekolah di bawah pangsapuri ini kira-kira jam 12 tengah hari, ketika itu memang ada nampak kehadiran polis, cuma tidak menduga sesuatu yang buruk berlaku. Sebaik suami pulang, dia beritahu penemuan bayi yang
dikerat, saya amat terkejut dan pilu mengenangkan tindakan pelaku yang cukup kejam,” katanya yang ada dua anak.

Manakala menurut penjual insurans, Khairol Husna Abdul Halim, 36, ini adalah kes kedua pembuangan bayi sepanjang enam tahun dia menetap di situ.

“Tahun lalu ada bayi dibuang di tong sampah, tetapi kali ini lebih tragis lagi. Saya tidak dapat membayangkan tindakan pelaku ketika mengerat bayi itu.
“Perbuatan itu amat tidak berperikemanusiaan dan (pelakunya) perlu dihukum setimpal dengan perbuatannya,” katanya.
PPR Kempas Permai mempunyai 1,288 unit kediaman di empat blok 17 tingkat, dihuni kira-kira 6,000 penduduk.

Saturday, May 16, 2015

Sejarah Pokok Sena

Pokok Sena terletak di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang diisytiharkan oleh Sultan Kedah pada 2009.

Dalam peta, Pokok Sena terletak di 6.2' Utara , 100.4' Timur. Pekan Pokok Sena terletak di simpang tiga jalan ke Naka, ke Kuala Nerang dan ke Langgar, Kedah. Ia berkeluasan 24,240 hektar. Pokok Sena kini secara rasmi menjadi daerah ke-12 dalam pentadbiran kerajaan Kedah.

Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan 'Pokok Sena' itu.

Pokok Sena akan dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya Alor Setar agar dapat menampung pembangunan dan pertambahan penduduk yang begitu pesat di sana.

Asal-Usul Nama

Pokok Sena ialah sejenis pokok yang dikenali juga sebagai angsana (Pterocarpus indicus) banyak terdapat di tepi sungai. Nama Pokok Sena adalah hasil interaksi penduduk di sini dengan pokok sena.

Sejarah Pembukaan Daerah Pokok Sena

Dahulunya Pokok Sena ini terletak dalam daerah Kota Setar namun telah dijadikan daerah baru iaitu Daerah Pokok Sena dan masih lagi ditadbir oleh Majlis Bandaraya Alor Setar. Keputusan mewujudkan daerah berkenaan bertujuan mengurangkan sedikit keluasan daerah Kota Setar yang terlalu besar merangkumi tiga kawasan Parlimen iaitu Kuala Kedah, Kota Setar dan Pokok Sena.
Justeru, pengisytiharan sebagai daerah baru akan membantu melicinkan lagi pengurusan berkaitan pihak berkuasa tempatan selain memberi kesan mendalam terhadap gerak kehidupan harian masyarakat setempat. Pembinaan projek-projek infrastruktur yang merentasi daerah berkenaan dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di situ.

Bagaimanapun, sebagai sebuah daerah baru, Pokok Sena masih berdepan banyak cabaran sebelum dapat mengecapi pembangunan yang seimbang dengan daerah-daerah lain di negeri ini. Projek menaik taraf jalan raya Persekutuan dari Alor Setar ke Durian Burung yang sedang dilaksanakan merupakan antara pemangkin pembangunan daerah Pokok Sena. Daerah ini akan mencapai kemajuan dan kesejahteraannya setanding dengan daerah-daerah lain.

Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan 'Pokok Sena' itu.

Daerah Pokok Sena sebagai sebuah daerah terbaru Negeri Kedah, kini sedang mengalami fasa pembangunan yang mencabar. Peningkatan drastik penduduk dan pertumbuhan perbandaran yang pesat, bakal merobah senario pembangunan daerah serta mampu mencipta permasalahan sosio, ekonomi dan politik yang mencabar. Justeru, Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena yang berfungsi sebagai back-bone mekanisma pentadbiran peringkat daerah, harus bersedia dan mampu menangani cabaran perubahan yang sedang dan akan berlaku.

Daerah Pokok Sena berada di sebelah utaranya ialah daerah Kubang Pasu, di sebelah barat daerah Kota Star, di sebelah selatan Daerah Pendang dan di sebelah timurnya ialah daerah Padang Terap.
Pekan Pokok Sena adalah pusat bandar bagi daerah Pokok Sena terletak kira-kira 19 KM di timur laut Alor Star. Lokasinya adalah dipersimpangan jalan yang menghala Ke Kuala Nerang di sebelah utara dan ke Naka di timur. Pekan Pokok Sena terletak di luar rancangan MADA.

Bandar-bandar Baharu di Pokok Sena

Bandar baru atau bandar terancang dibina untuk pembangunan penduduk yang kian bertambah dan bandar yang pesat membangun di Alor Setar. Bandar baru dibina untuk mengurangkan tumpuan penduduk dan juga dibina di kawasan belum membangun tidak jauh dari bandar Alor Setar.

Tambahan itu, sebuah bandar baru dibina di Bandar Satelit Pokok Sena yang dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya Alor Setar. Bandar ini dapat mengurangkan masalah kesesakan jalanraya dan populasi yang kian meningkat di Alor Setar sekali gus dijadikan bandar satelit.

Mukim/Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

Kawasan-kawasan ini juga dibawah pentadbiran dan kelolaan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Daerah Pokok Sena walaupun sudah menjadi daerah baru.
  • Pekan Pokok Sena (Pusat bandar daerah Pokok Sena)
  • Mukim Bukit Lada
  • Mukim Derang
  • Mukim Gajah Mati
  • Mukim Jabi
  • Mukim Lesong
  • Mukim Tualang
  • Pekan Kampong Bukit (Mk. Bukit Lada)
  • Pekan Bukit Payung (Mk. Gajah Mati)
  • Pekan Kebun 500 (Mk.Jabi)
  • Pekan Simpang Kebun 500 (kawasan Taman Indah)

Pembangunan


Daerah di Kedah
Metropolitan Pokok Sena
Pokok Sena dibangunkan bagi membina perangkaan penduduk dari Alor Setar ke Pokok Sena.

Bandar di Pokok Sena

Banyak bandar baru akan dibina bagi memenuhi pertambahan penduduk di Pokok Sena.
  1. Bandar Pokok Sena
  2. Pekan Kebun 500

Mukim di Pokok Sena

Perbandaran

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kawasan metropolitan ini akan diduduki oleh seramai 1,000,000 lebih penduduk di kawasan sekitar di Alor Setar - Kubang Pasu (Jitra) - Pokok Sena - Pendang dan mungkin juga Padang Terap (Kuala Nerang, Padang Sanai dan Durian Burung).

Zon metropolitan Alor Setar atau Greater Alor Setar merangkumi bandar-bandar utama disekitar Bandaraya Alor Setar. Pokok Sena dan Pendang yang mempunyai penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar membentuk sebuah kawasan metropolis, menjadikan kawasan metropolis kelima terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur-Lembah Klang, Johor Bahru- Singapura, Lembah Kinta, dan Zon Metropolitan Georgetown.

Kerajaan Negeri Kedah telah merancang untuk membina jalan di sini. Antaranya ialah

Wakil Rakyat

Politik

Merujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13)
Dewan Rakyat
Parlimen Nama Kerusi Ahli Parlimen Parti
P008 Pokok Sena Mahfuz Omar Pakatan Rakyat
Dewan Undangan Negeri
Dun Kedudukan Nama Ahli Negeri Parti
N09 Bukit Lada Ahmad Sudin Barisan Nasional
N10 Bukit Pinang Romani Wan Salin Pakatan Rakyat

Tempat penting di Pokok Sena

Berdekatan dengan Pekan Pokok Sena ada beberapa tempat penting iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gajah Mati, Pejabat Pertanian Daerah Kota Setar & Pusat Pertanian Gajah Mati, Stesen Pembangunan Komoditi Gajah Mati, Pusat Haiwan Gajah Mati dan Penjara Pokok Sena.

Taman Kekal Pengeluaran Makanan Gajah Mati

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gajah Mati ialah satu kawasan yang dikhususkan oleh kerajaan bagi tujuan meningkat pengeluaran makanan negara di bawah Dasar Pertanian Negara. Kawasan seluas 55.2 hektar ini dilengkap dengan infrastrukur asas seperti jalan ladang dan sistem pengairan dan bekalan air bagi memudahkan usahawan tani bercucuk tanaman. Pada masa ini kawasan ini menampung 24 perserta yang mengusahakan tanaman kontan seperti nenas, jagung dan sayuran seperti cili, petola serta juga buahan mas melon yang diusahakan secara fertigasi.
Semasa ini tanaman sedang mengeluarkan hasil secara berterusan adalah:
  • Nenas jenis morris
  • Jagung
  • Sayuran dari jenis tertentu (semasa: sawi, bayam, kangkong, terung, serai, bendi, petola dan cili)
  • Buah buahan: mangga (mengikut musim - Mac April Mei)
  • Tebu
Pembelian runcit dan juga borong boleh dibuat pada Gerai Jualan Terus atau di Pusat Pengumpulan TKPM di Gajah Mati, Pokok Sena.
TKPM Gajah Mati juga telah mempunyai blog sendiri.

SALM ZONE- Pusat Jualan Terus dari Ladang TKPM

TKPM Gajah Mati telah menyiapkan premis SALM ZONE bagi melaksanakan Jualan Terus Dari Ladang TKPM.Ia akan mula beroperasi pada Tahun 2011.

Pejabat Pertanian Kota Setar & Pusat Pertanian Gajah Mati

Pejabat Pertanian Kota Setar ialah pejabat pertanian bagi Daerah Kota Setar. Tugas utama ialam memberi khidmat pengembangan kepada petani petani di Daerah tersebut. Pusat Pertanian pula adalah tempat penyimpanan benih benih sebelum diedar kepada petani dan perserta projek seluruh Daerah.

Stesyen Pembangunan Komoditi Gajah Mati

Pusat Pertanian yang dikelola oleh Jabatan Pertanian ini terletak bersebelahan TKPM dan telah di buka sejak tahun 1920 bagi tujuan mengkaji tanah berkerikil dan bermasaalah Siri Gajah Mati. Pada masa ini pusat ini di jadikan lokasi pengeluaran benih tanaman bagi keperluan petani.
Projek terkini yang sedang pesat dibangunkan ialah Program Pembangunan Ladang Organik menggunakan kaedah natural farming. Di dalam program ini Jabatan Pertanian menyediakan indegenous microorgism (IMO-mikroorgisma asli) sebagai agen pemulihan struktur tanah. Jabatan juga menyediakan baja larutan natural farming menggunakan bahan bahan sisa ladang. Jenis-jenis tanaman yang terlibat dalam program ini 2 hektar ladang mangga Chok Anan, 1 hektar longan, 0.25 pitaya dan 1 hektar limau madu serta sayur daun seluas 0.25 hektar.

Thursday, May 14, 2015

Pati dipindahkan ke Belantik, Sik

ALOR SETAR - Pendatang asing tanpa izin (Pati) Bangladesh dan Myanmar yang mendarat di Langkawi pada malam Ahad mula dipindahkan secara berperingkat ke Depot Imigresen Belantik, Sik mulai petang ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim di dalam kenyataan hari ini berkata, semua warga asing yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak memiliki dokumen.

Lebih daripada 300 warga asing itu dipindahkan dari Pulau Langkawi ke Jeti Kuala Kedah menggunakan bot, sebelum meneruskan perjalanan mereka menggunakan trak ke Belantik lewat petang ini.

Semalam, sejumlah 1, 042 Pati terdiri daripada lelaki, wanita serta kanak-kanak warga Bangladesh dan Myanmar ditahan selepas bot yang membawa mereka mendarat di perairan Kuala Teriang dan Kuala Temoyong, Langkawi pada 10.30 malam Ahad lepas, katanya.

Menurut Mohamad Yusri, tiga bot dikesan mendaratkan warga asing itu di perairan pulau Langkawi tetapi hanya sebuah daripada bot itu ditahan manakala dua lagi berjaya meloloskan diri. - Bernama

Tuesday, May 12, 2015

Petua-petua untuk diamalkan

Petua-petua untuk diamalkan.

✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.

• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.

• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung..

Monday, May 11, 2015

Denda minima RM1,000, penjara jika tak solat Jumaat mulai 1 Jun 2015

ALOR SETAR - Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaik, Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata, mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Kita tidak mengeluarkan saman secara membuta. Kita akan bertindak mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri.

"Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita juga akan memohon waran tangkap dari Hakim Mahkamah Syariah," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.


Syeikh Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan meninggalkan solat Jumaat.  

Perkara tentang Seksyen 13 berkenaan kegagalan menunaikan solat Jumaat itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas.

Penguatkuasaan sepatutnya bermula pada 1 Februari lepas tetapi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaik akan hanya mula menguatkuasakan secara sepenuhnya 1 Jun ini.

Syeikh Ahmad berkata, Jaik mengadakan jelajah di 12 daerah di negeri ini untuk memberi penerangan kepada pihak yang boleh membantu dalam menguatkuasakan undang-undang itu.

"Poster dan pekeliling tentang undang-undang itu turut diedarkan kepada 568 masjid di seluruh Kedah," katanya.

Beliau berkata, orang awam boleh mendapatkan borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat itu di pejabat-pejabat agama daerah dan maklumat pelapor akan dirahsiakan. – Bernama

Sunday, May 10, 2015

Isu Pembelian Tanah 1MDB: Tabung Haji pegang amanah mereka yang hendak ke Tanah Suci

 Isu Pembelian Tanah 1MDB

KUALA LUMPUR: Rakyat tidak akan risau sekiranya Tabung Haji (TH) dapat menjamin pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta untuk tujuan pelaburan di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) tidak mendatangkan sebarang kerugian.

Itu adalah sentimen umum yang diutarakan apabila Astro AWANI membuat peninjauan untuk mendapatkan reaksi daripada orang ramai tentang isu kontroversi pelaburan Tabung Haji dalam pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Jika pihak TH mengetahui akan pelaburan itu menguntungkan , pada saya satu yang baiklah tetapi sekiranya pihak TH sendiri kurang pasti saya rasa sesuatu yang merugikan dan tidak baiklah.

“Itu adalah amanah daripada orang-orang yang hendak melabur untuk pergi ke tanah suci Mekkah,” kata Hudori Muhamed, 42 yang telah pergi ke Umrah sebanyak dua kali.

Terdahulu, laman blog The Benchmark serta beberapa blog lain telah memuat naik beberapa dokumen yang memaparkan Tabung Haji telah membeli dua plot tanah di TRX pada harga RM772 juta, menggunakan wang pendeposit yang disimpan dalam syarikat berkenaan dan bukannya wang kerajaan.

Perkara ini telah mencetuskan kontroversi dengan beberapa pihak mengetengahkan bahawa langkah Tabung Haji adalah untuk menebus sebahagian hutang 1MDB yang bernilai RM42 bilion.

Seorang jurutera, Mohd Hasif, 29 berkata beliau kurang percaya dengan hal-hal yang melibatkan 1MDB setelah banyak persoalan yang masih belum dapat dirungkaikan lagi dan keputusan TH untuk membuat pelaburan sedemikian tidak wajar.

Manakala, pengurus operasi Nazira Zaharudin, 27 yang sudah mendepositkan wang selama hampir enam tahun berkata, “Saya rasa sebenarnya perkara ini kurang selamat.

“Tapi kalau kita dapat jaminan daripada TH sendiri yang mengatakan kita akan dapat pulangan saya rasa lagi eloklah.”

Dalam pada itu, membidas dakwaan-dakwaan, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk  Johan Abdullah berkata pembelian tanah itu bukanlah satu langkah ‘bailout’ untuk 1MDB.

Keputusan pelaburan itu dibuat selepas melihat kepada unjuran pulangan sebanyak 27 peratus dalam tempoh tiga tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif TH itu lagi sepertimana dipetik portalThe New Straits Times Online.

Semalam TH telah membuat laporan polis berhubung 'pembocoran' dokumen Tabung Haji dalam urusan pembelian tanah di pusat kewangan TRX.

Laporan yang dibuat oleh Johan di Balai Polis Dang Wangi itu antara lain menyatakan blog 'The Benchmark' didakwa memanipulasi fakta berkaitan pelaburan yang dilaksanakan TH untuk pembelian tanah di TRX.

PETA PULAU LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

PETA PULAU LANGKAWI / LANGKAWI MAP

http://www.langkawiholidays.com.my/english/images/langkawi.jpg

Memaparkan lokasi tempat-tempat peranginan dan hotel-hotel yang terkenal di pulau langkawi, kedah.

Friday, May 8, 2015

Sejarah Pendang

Pendang merupakan salah satu daerah di Negeri Kedah Darul Aman. Ia meliputi kawasan sawah yang luas dan mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Penduduk di daerah ini terdiri daripada Melayu, Siam, Cina dan India. Nama Pendang berasal daripada perkataan "pendiat" yang bermaksud parit atau lubang yang dibina khas untuk menangkap gajah.

Politik

Merujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13)
Dewan Rakyat
Parlimen Nama Kerusi Ahli Parlimen Parti
P11 Pendang Othman Abdul Barisan Nasional
Dewan Undangan Negeri
Dun Kedudukan Nama Ahli Negeri Parti
N18 Tokai Mohamed Taulan Mat Rasul Pakatan Rakyat
N19 Sungai Tiang Suraya Yaacob Barisan Nasional

Tempat-tempat menarik

Kawasan sejarah dan rekreasi menarik yang terdapat di daerah ini adalah seperti:

Kubur Panjang

Kubur Panjang merupakan salah satu tinggalan sejarah yang masih terdapat di daerah ini. Ia terletak di sebuah kampung yang terletak lebih kurang 15 minit dari pekan Pendang. Kampung ini diberi nama bersempena dengan tinggalan sejarah tersebut iaitu Kampung Kubur Panjang. Ukuran panjang kubur ini akan bertambah dari sehari ke sehari dan kawasan kubur berkenaan telah dijadikan kawasan Tanah Perkuburan Islam agar kubur berkenaan dapat dipelihara dan dijaga untuk dijadikan satu kawasan tinggalan sejarah di Daerah Pendang khususnya dan Negeri Kedah Darul Aman amnya.

Kampung Bukit Jambul

Kampung Bukit Jambul terletak lebih kurang 8 KM dari pekan Pendang. Bukit Jambul di beri nama sejak sekian lama dahulu apabila berlakunya perang di Jambu Pattani Thailand yang dahulunya merupakan Kerajaan Kedah Tua, penduduk di Jambu yang rata - ratanya berketurunan Raja Jambu telah lari dari perang antara Kedah dan Siam. Apabila sampai di Bukit Jambul mereka telah tinggal di situ dan menamakan Bukit Jambu kerana di situ mempuyai bukit. Lama - kelamaan Bukit Jambu telah di gelar dengan gelaran Bukit Jambul. Kebanyak penduduk Bukit Jambul sekarang berketurunan Raja Jambu. Terdapat sebuah kubur lama yang boleh dijadikan sejarah kerana menurut penduduk kampung kubur itu merupakan kubur orang kedua sampai di Bukit Jambul.

Perigi Mandi Gajah

Perigi Mandi Gajah terletak di tengah pekan Pendang. Perigi yang sepErti ini yang masih wujud dan dijaga dengan baik. Tempat ini menjadi tempat gajah mandi di sekitar Pendang. Telaga ini tidak pernah kering walaupun berlaku kemarau panjang dan menjadi tempat mandi orang ramai semasa kemarau di mana perigi yang lain berkeadaan kering dan pada masa dahulu tiada bekalan air bersih yang disalurkan oleh kerajaan.

Taman Kekal Pengeluaran Makanan Bukit Perak

Taman Kekal Pengeluran Makanan (TKPM) Bukit Perak ialah kawasan seluas 11.2 ha yang dikhaskan untuk usahawan tani mengeluar sayuran dan tanaman kontan. Ia terletak di Mukim Padang Peliang, Daerah Pendang. Ia menempatkan 6 usahawan yang mengusahakan tanaman sayuran, jagung dan buah naga. TKPM adalah suatu usaha memenuhi Dasar Pertanian Negara (DPN3) untuk meningkat pengeluaran makanan. Kerajaan telah menyediakan kawasan yang dilengkapi dengan infrastruktur asas.
Antara keluaran semasa ialah:
  • Buah Naga
  • Cili Kulai
  • Cili Padi/Melaka
  • Jagung
  • Bende
  • Kacang Panjang
  • Timun
  • Jagung
  • Longan

Mukim

  1. Mukim Ayer Puteh
  2. Mukim Bukit Paya
  3. Mukim Guar Kepayang
  4. Mukim Padang Kerbau
  5. Mukim Padang Peliang
  6. Mukim Padang Pusing
  7. Mukim Rambai
  8. Mukim Tobiar
  9. Bandar Pendang
  10. Pekan Bukit Jenun
  11. Pekan Kubur Panjang
  12. Pekan Tanah Merah
  13. Pekan Tokai
  14. Pekan Kobah
  15. Pekan Kampung Baru
  16. Pekan Sungai Tiang
Flag of Kedah.svg

Daerah
Kedah Darul Aman
Daerah Pendang
Pejabat daerah Pendang
Pegawai daerah N/A
Kawasan
 - Jumlah 626 km²
Populasi
 - Anggaran 2010 94,962
 - Kepadatan N/A/km²

Asal-usul nama

Daerah Pendang dahulunya adalah tempat gajah-gajah tinggal. Perkataan "Pendang" adalah istilah yang dipanggil oleh penduduk tempatan terdahulu yang bermaksud lubang atau telaga yang dibuat oleh penduduk pada masa itu untuk menangkap atau menjerat gajah. Lubang atau telaga yang digunakan untuk menjerat gajah ini masih ada lagi di sebelah Balai Polis Pendang yang kini menjadi telaga. Kubur seorang penduduk tempatan yang dipijak gajah juga masih ada lagi di Kampung Sukamari yang terletak di belakang pekan baru Pendang.

Thursday, May 7, 2015

Senarai Pemain Import Kedah Sepanjang Zaman 1989 -2008

FW Eric Peter Amsler (1989)
MF Rincic Bratislav (1989-1990)
FW V. Sundramoorthy (1989-1990)
FW Goran Stankovich (1990)
DF José Carneiro da Silva (1991)
FW Zlatko Nastevski (1991)
MF George Jolevski (1991)
DF Tibor Szaban (1992-1995)
DF Olubunmi Adigun (1992-1994)
FW Peter Nieketien (1992-1993)
FW Jan Janostak (1994-1996)
MF Tony Gasparetto (1995)
MF Philippe N'Dioro (1995)
DF Kane Mamadou Diallo
(1996-1998)
MF Andre Luis Almeida do
Nascimento (1996-1998)
FW Carlos Roberio Texeira
Barreto (1997-1998)
DF Emmanuel Kofi Ampiah
(2002-2003)
FW Matar Diop (2002-2003)
DF Thomas Abel (2002-2003)
DF Andrew Clark (2003)
FW James Monie (2003)
DF Gastón Felipe Stang (2004)
MF Leonardo Adrian Veron (2004)
MF Marco Antonio Manso (2004)
FW Marcos Magno Morales
Tavares (2004-2005/06)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCSwccyy7h4Q40K3tgcLdmLfM_s1AoLliyTEtK78DFJaKfkPp8uzqrlr7rcnjFOuZ6AWDcGnPwlzvF7FG6Y0vmiuCa2K2mYUaV5wygrbsTiYp-dRSG4HjEumxHmPzfobXIJc_JzYxDeDQ/s400/faisal59+Kedah+final+2008.jpg
DF Cornelius Bernard Huggins
(2004-2007/08)
MF Andre Correa Marcolina
(2004)
FW Cristiano Selbach (2004)
MF Gabriel Mendez (2005-2005/06)
FW Shandel Samuel (2005)
FW Yahaya Yakubu (2005)
FW Paulo Roberto da Silva
(2005/06)
FW Marlon Alex James
(2006/07-2007/08)
MF Nelson San Martín
(2006/07-2007/08)

Siapa yang paling kita minati??

Wednesday, May 6, 2015

CARTA KEPUTUSAN DAN KEDUDUKAN LIGA PERDANA 2015




KEDUDUKAN PASUKAN LIGA PREMIER 2015
BIL PASUKAN P M S K G B PG MATA
1 TERENGGANU PBDKT/T-TEAM 10 7 2 1 23 10 13 23
2 KEDAH 10 6 3 1 20 12 8 21
3 SABAH 10 6 1 3 22 14 8 19
4 PULAU PINANG 9 5 3 1 12 6 6 18
5 SELANGOR PKNS FC 10 3 5 2 13 9 4 14
6 NEGERI SEMBILAN 9 4 2 3 16 13 3 14
7 UITM FC 10 4 0 6 12 20 -8 12
8 JOHOR DARUL TA'ZIM II 10 3 2 5 21 20 1 11
9 KL DRB-HICOM FC 10 3 2 5 15 14 1 11
10 KUALA LUMPUR 10 3 2 5 8 11 -3 11
11 PAHANG, KUANTAN FA 10 2 2 6 13 25 -12 8
12KL S.P.A PUTRAJAYA FC100285 26 -21 2
KEDUDUKAN PASUKAN LIGA PREMIER 2015
BIL PASUKAN P M S K G B PG MATA
1 TERENGGANU PBDKT/T-TEAM 10 7 2 1 23 10 13 23
2 KEDAH 10 6 3 1 20 12 8 21
3 SABAH 10 6 1 3 22 14 8 19
4 PULAU PINANG 9 5 3 1 12 6 6 18
5 SELANGOR PKNS FC 10 3 5 2 13 9 4 14
6 NEGERI SEMBILAN 9 4 2 3 16 13 3 14
7 UITM FC 10 4 0 6 12 20 -8 12
8 JOHOR DARUL TA'ZIM II 10 3 2 5 21 20 1 11
9 KL DRB-HICOM FC 10 3 2 5 15 14 1 11
10 KUALA LUMPUR 10 3 2 5 8 11 -3 11
11 PAHANG, KUANTAN FA 10 2 2 6 13 25 -12 8
12 KL S.P.A PUTRAJAYA FC 10 0 2 8 5 26 -21 2
KEDUDUKAN PASUKAN LIGA PREMIER 2015
BIL PASUKAN P M S K G B PG MATA
1 TERENGGANU PBDKT/T-TEAM 10 7 2 1 23 10 13 23
2 KEDAH 10 6 3 1 20 12 8 21
3 SABAH 10 6 1 3 22 14 8 19
4 PULAU PINANG 9 5 3 1 12 6 6 18
5 SELANGOR PKNS FC 10 3 5 2 13 9 4 14
6 NEGERI SEMBILAN 9 4 2 3 16 13 3 14
7 UITM FC 10 4 0 6 12 20 -8 12
8 JOHOR DARUL TA'ZIM II 10 3 2 5 21 20 1 11
9 KL DRB-HICOM FC 10 3 2 5 15 14 1 11
10 KUALA LUMPUR 10 3 2 5 8 11 -3 11
11 PAHANG, KUANTAN FA 10 2 2 6 13 25 -12 8
12 KL S.P.A PUTRAJAYA FC 10 0 2 8 5 26 -21 2

Pasukan P M S K J B Pg Mt
1 T-Team 10 7 2 1 23 10 13 23
2 Kedah 10 6 3 1 20 12 8 21
3 Sabah 10 6 1 3 22 14 8 19
4 Pulau Pinang 9 5 3 1 12 6 6 18
5 PKNS 10 3 5 2 13 9 4 14
6 Negeri Sembilan 9 4 2 3 16 13 3 14
7 UiTM 10 4 0 6 12 20 -8 12
8 Johor Darul Ta'zim II 10 3 2 5 21 20 1 11
9 DRB HICOM 10 3 2 5 15 14 1 11
10 Kuala Lumpur 10 3 2 5 8 11 -3 11
11 Kuantan 10 2 2 6 13 25 -12 8
12 SPA Putrajaya 10 0 2 8 5 26 -21 2
- See more at: http://www.ligamalaysia.net/p/liga-premier.html#sthash.uWHQgAcH.dpuf


Pasukan P M S K J B Pg Mt
1 T-Team 10 7 2 1 23 10 13 23
2 Kedah 10 6 3 1 20 12 8 21
3 Sabah 10 6 1 3 22 14 8 19
4 Pulau Pinang 9 5 3 1 12 6 6 18
5 PKNS 10 3 5 2 13 9 4 14
6 Negeri Sembilan 9 4 2 3 16 13 3 14
7 UiTM 10 4 0 6 12 20 -8 12
8 Johor Darul Ta'zim II 10 3 2 5 21 20 1 11
9 DRB HICOM 10 3 2 5 15 14 1 11
10 Kuala Lumpur 10 3 2 5 8 11 -3 11
11 Kuantan 10 2 2 6 13 25 -12 8
12 SPA Putrajaya 10 0 2 8 5 26 -21 2
- See more at: http://www.ligamalaysia.net/p/liga-premier.html#sthash.uWHQgAcH.dpuf


Pasukan P M S K J B Pg Mt
1 T-Team 10 7 2 1 23 10 13 23
2 Kedah 10 6 3 1 20 12 8 21
3 Sabah 10 6 1 3 22 14 8 19
4 Pulau Pinang 9 5 3 1 12 6 6 18
5 PKNS 10 3 5 2 13 9 4 14
6 Negeri Sembilan 9 4 2 3 16 13 3 14
7 UiTM 10 4 0 6 12 20 -8 12
8 Johor Darul Ta'zim II 10 3 2 5 21 20 1 11
9 DRB HICOM 10 3 2 5 15 14 1 11
10 Kuala Lumpur 10 3 2 5 8 11 -3 11
11 Kuantan 10 2 2 6 13 25 -12 8
12 SPA Putrajaya 10 0 2 8 5 26 -21 2
- See more at: http://www.ligamalaysia.net/p/liga-premier.html#sthash.uWHQgAcH.dpuf


Pasukan P M S K J B Pg Mt
1 T-Team 10 7 2 1 23 10 13 23
2 Kedah 10 6 3 1 20 12 8 21
3 Sabah 10 6 1 3 22 14 8 19
4 Pulau Pinang 9 5 3 1 12 6 6 18
5 PKNS 10 3 5 2 13 9 4 14
6 Negeri Sembilan 9 4 2 3 16 13 3 14
7 UiTM 10 4 0 6 12 20 -8 12
8 Johor Darul Ta'zim II 10 3 2 5 21 20 1 11
9 DRB HICOM 10 3 2 5 15 14 1 11
10 Kuala Lumpur 10 3 2 5 8 11 -3 11
11 Kuantan 10 2 2 6 13 25 -12 8
12 SPA Putrajaya 10 0 2 8 5 26 -21 2
- See more at: http://www.ligamalaysia.net/p/liga-premier.html#sthash.uWHQgAcH.dpuf