Saturday, June 27, 2015

Kedudukan pasukan Perlawanan selepas 26/06/2015

 
 
# Team MP W D L F A D P
1 PBDKT T-Team 13 10 2 1 32 13 +19 32
2 Pulau Pinang 13 8 4 1 24 11 +13 28
3 Kedah 13 8 4 1 27 16 +11 28
4 Sabah 13 8 2 3 28 17 +11 26
5 PKNS 13 5 5 3 20 15 +5 20
6 Negeri Sembilan 13 5 4 4 22 20 +2 19
7 Johor Darul Ta… 13 5 3 5 25 22 +3 18
8 UiTM 13 4 1 8 15 26 -11 13
9 DRB-Hicom 13 3 3 7 17 18 -1 12
10 Kuala Lumpur 13 3 2 8 10 18 -8 11
11 Kuantan FA 13 2 2 9 17 34 -17 8
12 Kuala Lumpur SPA 13 0 2 11 8 35 -27 2

Friday, June 19, 2015

Jika Takut Dilambung Tsunami

Jika Takut Dilambung Ombak
Jangan Berumah Di Tepi Pantai...
Jika Takut Dilambung Tsunami
Jangan Berumah Di dataran Kedah...

Ombak tsunami setinggi 7-10 meter mungkin cukup melenyapkan dataran Kedah


Ini lah yang dihadapi oleh kebanyakkan penduduk di kawasan yang bertanda 'merah'
Kawasan dataran kedah hanya mempunyai ketinggian beberapa meter sahaja dari aras laut.

Bagaimana jika ombak tsunami lebih tinggi?
Semakin tinggi ombak tsunami, semakin jauh ia masuk ke kawasan pendalaman kerana ia mungkin dapat dihentikan oleh tanah tinggi seperti bukit @ gunung-ganang sedangkan anda lihat sendiri, kawasan sawah yang terbentang luas...

Elakkan dari membina rumah anda di kawasan berkenaan.

Beringat dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi.

Jika Sabah yang berada di luar zon gempa boleh berlaku gempa bumi, apakan lagi ombak
tsunami yang sememangnya dataran ini terdedah kepada laut terbuka dalam rangkaian gempa bumi...





Negara-negara yang terjejas akibat gempa bumi 26 Disember 2004

Gempa yang berpusat di "zon highlight" merah memungkin bencana yang serius di dataran kedah.

Kenangan bencana gempa bumi pada Disember 2004 dan tsunami masih segar di ingatan. Dimana mengorbankan 230,000 orang di seluruh lembangan Lautan Hindi dimana tsunami melanda di beberapa lokasi sehingga mencapai ketinggian sehingga 90 kaki(30 meter)


Fikirlah..

Tsunami acheh setinggi 30 meter boleh berlaku, sedangkan andaikan 7-10 meter, adakah anda pasti tsunami tidak akan berlaku untuk melenyapkan dataran kedah?

 Jika Takut Dilambung Ombak
Jangan Berumah Di Tepi Pantai...
Jika Takut Dilambung Tsunami
Jangan Berumah Di dataran Kedah...

Elakkan kediaman anda di kawasan berkenaan...
Segalanya dalam ketentuan Allah swt....


 




Tuesday, June 16, 2015

KEDAH, PENJEJAK AWANG IMPORT TERBAIK

Jika sebelum ini saya pernah bercerita akan cerita kehebatan Terengganu class of 98-01 survive dengan tenaga ...kerja tempatan. Sehingga kini Terengganu adalah antara pasukan yang memiliki unit pemain tempatan yang bagus. Bayangkan jika Terengganu dan Kedah bergabung kepakaran. 

Kedah adalah kuasa bolasepak tempatan pada lewat 80-an ketika kegemilangan Fandi Ahmad, Lim Tiong Kim dan Shebby Singh bersama Kuala Lumpur Kuala Lumpur. Antara rempah utama resipi pasukan Kedah ialah sumber import yang sentiasa reliable.


 ERA 90-AN
Antara nama yg mekar pada awal 90-an adalah seperti Olubunmi Adigun. Sebelum itu Kedah memiliki nama seperti Stankovic dan V. Sundramoorty membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia.
DNA kualiti import diteruskan pada 1993, antara gandingan import terbaik pernah dimiliki di dalam sejarah Liga Malaysia. Olubumi Adigun - Tibor Szababan-Niketien. Gandingan yang membuatkan malam bolasepak di Kedah meriah. Trio yang memberikan big Double kepada Kedah pada 1993 , menjuarai Piala Malaysia dan Liga Malaysia. Pada 1994 Kedah memulakan tahun dengan menjulang Piala Sumbangsih.

Selepas itu pada 1996, satu lagi nama berpengaruh dalam bolasepak Malaysia, Andre Luis Nasciemento bersama Diallo membantu Kedah menjadi naib juara Liga dan Piala FA 1996. Nascimento adalah pemain yang ibarat membawa tangki oksigen di dalam padang. Tireless worker. Energy dan work rate beliau memang super saiya. Antara reason pasukan Kedah menjadi perhatian bukan sahaja dari negeri Kedah malah pengikut baru liga Semi-pro di negeri lain. Namun dasar menghalang pemain import menyebabkan Nascimento, Mahmadou Diallo dan Baretto yg membantu Kedah 2 kali menjadi naib juara Liga terpaksa meninggalkan pasukan Kedah.


Selepas FAM membuka semula penggunaan pemain import, Kedah menyambung legasi import berkualiti dengan memiliki nama nama seperti Emmanuel Koffi Ampiah.
Satu lagi nama dibawa pada 2004 iaitu Bernard Huggins. Defender yang cukup berkualiti. Namun Kedah seakan akan struggle untuk mendapatkan satu kelompok import seperti sebelum ini. Maksud saya yg benar benar membantu sebagai satu unit.

Lalu KFA mengikat 2 nama yang menjadi watak lagenda dalam sejarah besar bolasepak Kedah. Jika dalam rangkap di atas saya menceritakan kehebatan Nascimento and Co. Kali ini kedah membawa Nelson San Martin dan Marlon Alex James dan mengekalkan Bernard Huggins pada 2006.


 DOUBLE TREBLE
Pada 2007, Alex James-San Martin- Huggins membantu Kedah 'menapau' bersih treble besar, Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA. Pada 2008 , trio ini gagal membantu Kedah untuk memenangi Piala Sumbangsih pada pembukaan musim. Ia menjadi setback kepada sejarah quadruple. Kerana pada akhir tahun 2008, Piala yg mereka menangi pada 2007 tak keluar daripada kabinet KFA. Mereka mengekalkan treble pada 2008 dengan kehebatan Alex James, Huggins dan San Martin. Ia adalah antara sejarah terbesar di dalam bolasepak Malaysia yang dilakar oleh Azrai Khor bersama Kedah. Radhi Mat Din ( Asst. Coach) pada ketika itu berkata ,

'Untuk mendapat semula double treble, mungkin memerlukan ,100 tahun lagi'
Ia memang sejarah besar.

Kedah kehilangan nama nama seperti Alex James dan San Martin , Kedah dibarisi pemain import yang berkualiti seperti Vedran Grec, Billy Mehmet, Adam Griffith. Marcos Magno Moralez Tavarez bekas pemain Kedah 2004 kini kapten Maribor fc bermain champions league.


 SURVIVAL
Pada musim ini Kedah memiliki Liridon Krasniqi yang cukup agile. Dan saya jangkakan beliau akan menjadi the next Nascimento dalam pasukan ini. Chidi Edeh dan Sandro juga ada kualiti yg bagus untuk membantu Kedah kembali ke tempat selayaknya iaitu Liga Super. Bukti bahawa Kedah memang tracker pemain import terbaik. Cuma pihak KFA diharap ada plan yang bagus untuk memastikan nama seperti Liridon dapat menyemai bakti lebih lama kerana pemain seperti ini berpotensi memberikan hasil dan output yg bagus.


http://ho.lazada.com.my/SHJZ9M?keyword=Mobile

Saturday, June 13, 2015

Pantai Merdeka dan Tanjung Rhu

Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar.

Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan.

Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu.

Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang landai dan indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah , Malaysia. Tanjung Rhu menawarkan pakej pelancongan yang cantik dan menarik bagi mereka yang suka bersantai di tepi pantai. Bot pelancong juga disediakan bagi mereka yang ingin menikmati kecantikan ciptaan Tuhan di sepanjang Sungai Kilim - Kilim Natural Geopark.

Di sini terdapatnya jeti nelayan pantai dengan panorama bot-bot nelayan berwarna-warni berlabuh setiap hari . Bot-bot nelayan ini tidaklah besar , cuma sebesar bot -bot laju. Kebanyakannya telah diubahsuai menjadi bot pelancong.

Terdapat juga restoran terapung bagi mereka yang berminat makan sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa . Ikan-ikan segar yang diternak dalam sangkar ikan. Aktiviti memancing juga disediakan.

Tanjung Rhu terdedahkan kepada fenomena air pasang dan air surut. Oleh itu pada masa air pasang, akan kelihatan pangkal pokok bakau yang tenggelam . Sebaliknya semasa iar surut, pokok-pokok ini kelihatan hingga ke akarnya yang bercerancang.

Tuesday, June 9, 2015

Peniaga online

KUALA LUMPUR 4 Jun - Golongan peniaga online yang enggan mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, hukuman selaras dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 itu adalah bagi melindungi hak pengguna serta membendung aktiviti yang cenderung ke arah penipuan.

Kata beliau, penguatkuasaan tersebut juga dilihat dapat memanfaatkan golongan peniaga terutama apabila pengguna berasa yakin terhadap produk yang dibeli serta transaksi jual beli melalui online yang akan dilaksanakan.

Sehubungan itu, tegasnya, kementerian tidak akan berkompromi dalam menjalankan penguatkuasaan terhadap golongan peniaga tidak berdaftar kerana tempoh untuk memberi amaran sudah lama berlalu.
“Perkara itu bagi memastikan kita dapat membantu melindungi pengguna dan peniaga. Kita buat ini bertujuan mempertingkatkan kepercayaan pengguna terhadap transaksi jual beli melalui online.
“Ini kerana kerisauan utama yang membendung pengguna ada­lah soal keselamatan sewaktu membuat transaksi jual beli melalui online.

“Kalau peniaga online tiada rujukan atau pendaftaran syarikat, kalau ada apa-apa berlaku nanti, susah untuk kita mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran SSM-ONE 2015 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Zahrah Abd. Wahad Fenner.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, pengguna juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi maklumat terhadap sebarang perniagaan online tidak berdaftar kepada pihak SSM dan pihak bertanggungjawab untuk diambil tindakan.

“Kita mahu pengguna menjadi aktif dan peka dalam masalah ini dengan menyuarakan sebarang aduan untuk diuar-uarkan supaya mudah kita ambil tindakan. SSM ada jentera khas untuk memantau dan menjawab aduan-aduan ini tetapi kita cuma perlu suara daripada pengguna itu sendiri.

“Aduan boleh dibuat melalui telefon, secara online, e-adu. Janji saya, buat aduan kepada kita dan kita akan turun siasat dan kita akan ambil tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, Zahrah memberitahu, setakat ini peniaga yang telah mendaftarkan perniagaan online adalah sebanyak 1,212 bagi tempoh lima bulan iaitu Januari hingga Mei lalu dan dijangkakan peningkatan sebanyak 100 peratus pada tahun ini.

Sunday, June 7, 2015

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 2015

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong..

sembah takzim dari seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman

Monday, June 1, 2015

Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah


Wisma Darul Aman yang dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan merupakan lambang mercu tanda bandar Alor Star dan nadi pentadbiran Kerajaan Negeri yang menjadi kebanggaan Kerajaan Negeri dan rakyat di Negeri Kedah Darul Aman keseluruhannya. Wisma Darul Aman merupakan sebuah bangunan pentadbiran yang serba modem dan lengkap dengan pelbagai kemudahan automasi pejabat serta ruang yang mencukupi dan memberi keselesaan.

Ia terdiri daripada dua bahagian penting iaitu Kompleks Undangan Negeri dan Bangunan Pentadbiran Kerajaan negeri. bangunan ini menjadi sumber inspirasi untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Denga kemudahan yang disediakan, perkhidmatan Kerajaan Negeri akan lebih cekap dan berkesan selaras dengan hasrat dan cita-cita Kerajaan Persekutuan. Kompleks Dewan Undangan Negeri ini terletak 1 km dari pusat Bandar Alor Star bersempadan di antara Jalan Tunku Bendahara, Jalan Sultanah dan Lebuhraya Darul Aman.
Ianya merangkumi sebuah kawasan seluas 18 ekar dan dikelilingi kawasan lapang dan berhampiran dengan padang golf, Tugu Peringatan Negeri dan Kelab Kedah Darul Aman Di Raja. Rekabentuk Kompleks Dewan Undangan Negeri ini merangkumi empat (4) blok pejabat berangkai dan mempunyai ketinggian di antara tiga dan empat tingkat.

Bentuk bangunan tersebut direka berasaskan kepada cirri-ciri senibina tradisional yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman dan diubahsuai mengikut keperluan teperinci pajabat serta ruang-ruang yang ditempatkan di dalamnya.Bahan-bahan pembinaan tempatan seperti kayu-kayan Malaysia serta marmar digunakan di dalam pembinaan serta hiasan dalaman. Ianya menjadi sebuah mercu tanda di Bandar Alor Star dan menjadi nadi pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Daru.l Aman.