Wednesday, June 1, 2016

daerah Sik, daerah terbesar di Kedah

"Oghang" Sik pasti bangga dengan daerah kelahiran mereka. Kenali daerah Sik, daerah terbesar di Kedah.

Nama Daerah: Sik.

Keluasan: 1635 km persegi, 17.35% dari keluasan seluruh Negeri Kedah, lebih luas dari seluruh negeri Perlis (736 km persegi) dan Pulau Pinang (1033 km persegi).

Sempadan: Negara Thailand, Daerah Padang Terap, Daerah Baling, Daerah Kuala Muda, Daerah Pendang.

Asal Usul Nama Sik:
Berasal daripada perkataan Arab iaitu "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat pattani (selatan Thai), ia berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Mubaligh-mubaligh Arab yang membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berhampiran pekan Sik sekarang. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah. Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik.

Tempat Menarik:
1. Hutan Lipur Lata Lembu
2. Hutan Lipur Lata Mengkuang
3. Hutan Rekreasi Rimba Taqwa
4. Ladang Anggur Tasik Beris
5. M.U.D.A. Resort (agro pelancongan)
6. Bendang Man (agro pelancongan)