Alor Setar (
Jawi: الور ستار, singkatan:
AS) atau juga dikenali sebagai
Alor Star ialah
ibu negeri Kedah,
Malaysia, bandar terbesar negeri
Kedah, bandar penting dalam pantai barat
Semenanjung Malaysia dan Pusat Pentadbiran Daerah Kota Setar. Alor Setar terletak 93 kilometer
utara Butterworth,
Pulau Pinang dan 45 km dari
selatan sempadan
Thailand.
Sebagai pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia,
kawasan Alor Setar ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi)
diduduki oleh lebih daripada 300,000 ribu penduduk mengikut banci tahun
2010 yang merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu. Bandar
Anak Bukit merupakan
bandar diraja juga terletak di kawasan Bandaraya Alor Setar di Negeri Kedah.
Alor Setar dihubungkan dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan sebuah lapangan terbang, iaitu
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang baru siap dibina pada
2006 yang hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam negara, melalui
Lebuhraya Utara-Selatan
iaitu keluar masuk menerusi plaza tol Alor Setar (U) dan plaza tol Alor
Setar (S) serta stesen kereta api di Pusat Bandaraya Alor Setar.
Alor Setar merupakan tempat kelahiran
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Asal usul
Alor Setar adalah cantuman dari kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar adalah nama
pokok Setar,
buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam
manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam
kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea
macrophylla’.Alor Setar ditubuhkan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad
Jiwa Zainal Adilin Mu'azzam Shah dan merupakan pusat pentadbiran kelapan
negeri sejak Kesultanan Kedah pada 1136. Pusat-pusat pentadbiran
sebelum ini berlokasi di Kota Bukit Meriam, Kota Siputeh,Kota Sungai
Emas, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan dan Kota Bukit
Pinang.Bandar ini telah diruntuh dua kali ketika Kedah diserang oleh
Bugis pada tahun 1770 dan Siam pada tahun 1821.
Alor Setar telah rasmi diberikan status sebagai Bandaraya yang ke-9
di Malaysia, pada 21 Disember 2003 di mana ejaan nama Alor Setar telah
berubah secara rasminya ke Alor Star. Upacara pengisytiharan untuk Ibu
Negeri Kedah diadakan di Dataran Tunku,Jalan Tunku Ibrahim , Alor Setar.
Di antara mereka yang hadir pada upacara bersejarah adalah Tuanku
Sultan Kedah Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah
Hamidun. Upacara juga disaksikan oleh orang awam dan pelancong.Ejaan
nama
Alor Setar telah ditukar kepada
Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember
2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada
14 Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil
Pokok Setar.
Sejarah Awal Pembukaan Bandar Alor Setar
Alor Setar mula-mula dijumpai dan diasaskan oleh seorang Raja Melayu
iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II dalam tahun
(1710-1778). Baginda merupakan raja Negeri Kedah dari tahun hijrah 1122 –
1174. Pada awalnya, Alor Setar Cuma sebuah kampung dengan beberapa buah
rumah yang terletak di muara dua batang sungai.
Apabila Sultan
Mohamad Jiwa menjumpai kampung itu, baginda begitu tertarik dengannya –
mungkin kerana tempat itu dikelilingi oleh pohon-pohon pokok yang tebal
lagi menghijau dan merupakan pusat dimana dua batang sungai
bertemu.Maka, “Adapun Duli Yang Dipertuan bermuafakat dengan segala
menteri-menteri membuat sebuah kota batu, bernama Kota Setar” Secara
tidak langsung kampung itu digelar Kota Setar.
Baginda
menamakannya Setar sempena dengan jenis pokok-pokok yang disekitar kota
iaitu dikenali sebagai ‘Stak Tree’ jadi pada masa itu nama Alor Setar
belum muncul lagi – ia dikenali sebagai Kota Setar.
Sultan
Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II terus bersemayan di istana
Kota Setar dan banginda menjadikannya sebagai Bandar diraja Negeri
Kedah. Kota Setar mula berkembang setelah dijumpai oleh seorang Inggeris
kira-kira lebih 150 tahun selepas kampung itu diasaskan. Dalam bulan
Oktober, 1883, James F. Agustin tiba di kuala sungai Kedah (sekarang
dipanggil Kuala Kedah) kira-kira 10 km dari Kota Setar. Beliau dengan
beberapa orang Inggeris lain telah mejelajah kawasan itu hingga ke
pendalaman. Disamping, dua batang sungai tersebut kelihatan kelompok
petempatan kecil orang-orang Melayu.
Akhirnya Augustin dan
orang-orangnya pun tiba di Kampung Kota Setar. Beliau telah berkawan
dengan orang-orang Melayu disitu dan mereka telah membawa ke istana batu
Sultan Muhammad Jiwa. Augustin begitu tertarik hati dengan keadaan
persekitaran istana yang dikelilingi dengan pokok-pokok “Stak” dan
beliau lebih terpesona dengan keindahan kota mahligai Sultan. Sultan
Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II menerima Augustin dengan
baik dan kedua-dua pihak itu telah bertukar-tukar barang.
Dari
sinilah bermulanya perniagaan bertukar barangan dan perdagangan diantara
orang-orang tempatan dengan pedagang-pedangan asing. Pada awal kurun
ke-19, ramai pedagang asing seperti pedangang Inggeris, India, China dan
Sumatera telah datang ke Kota Setar untuk berdagang. Kota Setar telah
berkembang dari sebuah kampung kepada pekan yang sibuk dan akhirnya
menjadi sebuah Bandar yang merupakan pusat penempatan, perdagangan dan
pentabiran. Orang-orang Inggeris khususnya, amat berminat kepada Bandar
Kota Setar (masa itu Alor Setar dikenali dengan Kota Setar).
Dengan itu, segala perniagaan, pengangkutan dan perhubungan di Kedah
berpusat di Kota Setar. Lama- kelamaan nama Kota Setar ditukar kepada
Alor Setar. Ini disebabkan Bandar itu terletak dekat muara sungai dan
selalu terdapat ramai pedagang Melayu dari lain-lain Negeri Melayu
bersinggah disitu. Sebaliknya, Kota Setar telah menjadi nama kepada
kawasan atau daerah yang sekitar Alor Setar.
Kota Setar
dijadikan sebagai sebuah daerah di Kedah yang dipenuhi dengan sawah padi
dan mula berkembang pesat terutama sekali dengan adanya pusat
perdagangannya iaitu Alor Setar. Demikianlah sejarah awal mengenai
pembukaan Alor Setar yang bermula dalam tahun 1720-an. Mengikut En.
Ismail Bin Hj. Salleh (Setiausah Kehormat Persatuan Sejarah cawangan
Kedah), Alor Setar merupakan satu Bandar yang istimewa dalam erti kata
bahawa ia cepat mengalami pembangunan yang pesat walaupun ia merupakan
Bandar kecil, disamping masih dapat mengekalkan ciri-ciri warisan budaya
asing dalam pembangunannya khususnya bangunan-bangunan yang moden
binaannya tetapi mempunyai ukiran yang cukup berseni dan bercorak asli.
Alor Setar adalah sebuah Ibu Negeri yang tertua sekali di negara ini. “
Bandar ini telah menjadi Ibu Negeri selama lebih kurang 250 tahun .
Dari zaman ia diasaskan hingga zaman kini, Alor Setar masih tetap
menjadi Ibu Negeri Kedah. Rujukan :-Sejarah Perkembangan Alor Setar dari
tahun 1800an-1983
thank you for the info.
ReplyDelete