Sunday, August 26, 2012

Gunung Jerai


Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuahgunung yang terdapat di negeri Kedah Darul AmanMalaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 2,107 meter[1]
Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dariButterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja.

Asal usul

Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagendakapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembaiketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.


Gunung Rekreasi

Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Cara ke sana

  • Dari Butterworth mengikut jalan persekutuan (1), memandu ke Sungai Petani, melalui BedongKedah. Kemudian ke Gurun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Ada sebuah hotel di sana yang sekarang telah diambil alih dan dinamakan The Regency Jerai Hill Resort. Ada tapak perkhemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.
  • Mengikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, dari Tol Sg. Dua, Prai menuju utara dan keluar di Exit Gurun. Belok kiri selepas tol, kemudian belok kanan di simpang lampu trafik.
  • Dari utara melalui Guar ChempedakYan Kecil dan ke Yan Besar . Anda dakilah dari Yan Besar melalui trak lama.
Dari puncak akan kelihatan permandangan indah negeri Kedah terutama permandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang.
  • 1884 telah ada kerja-kerja memecah batu di atas puncak Gunung Jerai . Sebuah bangunan misteri terdapat di sana dipercayai 1000 tahun. Binaan ini tidak dketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan. Kini binaan tersebut telah hampir dimusnahkan oleh kerja-kerja meratakan tapak bagi stesen radio.

Misteri Puncak Gunung Jerai

Misteri Puncak Gunung Jerai yang mempunyai berbagai kesan pendudukan lama masih menjadi suatu kisah yang diminati di kalangan peminat dan pengkaji sejarah, khasnya dalam perkara kemasukan Islam dan sejarah ke Sultanan Melayu Nusantara. Sebahagian pula mengkategorikan ia sebagai mitos.

Gunung Jerai mempunyai kisah dan sejarahnya tersendiri. Di mana Gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di Selat Melaka ini telah menjadi panduan kepada pelayar-pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Gunung Jerai sering dikaitkan dengan mitos Raja Bersiong yang telah membuka kawasan penempatan dikaki gunung ini.

Menurut cacatan sejarah, Gunung Jerai yang terletak di daerah Yan ini telah lama menarik kunjungan pedagang Acheh ke daerah ini. Sebagai buktinya sehingga kini kebanyakkan penduduk kampung Acheh dan kampung Sungai Limau, Yan adalah berketurunan Acheh Indonesia. Di Puncak Gunung Jerai terdapat sebuah batu besar yang berbentuk sebuah kapal dipercayai telah disumpah oleh Sang Kelembai iaitu gergasi yang mempunyai sakti. Kapal tersebut dikatakan telah dinaiki oleh Maharaja Merong Mahawangsa yang ketika itu ingin berlabuh di Pulau Jerai iaitu nama asal bagi Gunung Jerai.
 
Perigi yang dikenali oleh masyarakat sejak dahulu hingga kini sebagai 'Perigi Tok Sheikh' yang terletak bersebelahan dengan kawasan air terjun Gunung Jerai ini pula dikatakan milik pendeta Arab yang dipercayai telah berlabuh di Sungai Baboor dan kini dikenali Sungai Merbok dengan tujuan menyatakan keindahan Islam pada pemerintah Kataha atau Kalaha iaitu Kedah.

Tok Sheikh atau Sheikh Abdullah bin Sheikh Jaafar Kumiri adalah orang yang bertanggungjawab mengislamkan Raja Kedah yang pertama iaitu Maharaja Derbaraja (Sultan Muzaffar Syah) pada tahun 1136 masihi (531 hijrah).

Disebabkan Tok Sheikh ini dianggap sebagai seorang manusia yang mulia maka air perigi Tok Sheikh dipercayai mampu menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dengan cara meminum atau mandi dengan menggunakan air telaga ini.
Padang Tok Sheikh, iaitu tapak masjid yang didirikan di zaman Sheikh Abdullah Yamani. Telaga Tok Sheikh tempat beliau mengambil air sembahyang dan sekeping batu rata seperti permukaan meja yang dipanggil Sejadah Tok Sheikh iaitu tempat beliau bersembahyang. Kononnya ada gua dipanggil Gua Tok Sheikh di Gunung Jerai tempat orang sembahyang Jemaah.
Di dalam gua tersebut masih boleh dilihat orang berdiri betul, ruku dan sujud dan dalam pelbagai rupa orang bersembahyang tetapi semuanya batu, kaku dan berlumut.

Kisah-kisah tersebut sebenarnya telah menggamit minat ramai pengunjung untuk melihat sendiri keadaan tepat berkenaan sambil menikmati keindahan panorama dari kemuncak Gunung Jerai.

Sedangkan sejarah dan kisah-kisah Masjid dan perigi serta kesan besi kapal masih kekal menjadi satu kajian dan perhatian pengkaji dan peminat yang cenderung kepada sejarah perkembangan Islam di Nusantara.

No comments:

Post a Comment