Tuesday, June 12, 2012

SEJARAH DAERAH YAN

Daerah Yan adalah sebuah daerah yang unik dalam negeri Kedah. Alam semulajadi yang mencakupi banjaran Gunung Jerai yang menganjur ke kawasan laut di Tanjung Jaga dan Selat Melaka.
Mengikut sejarah sebutan Yan diambil daripada penghujung perkataan “ Sendayan” iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di sini suatu ketika dahulu. Tetapi ada kalangan yang menyanggah pendapat itu mengatakan sebutan Yan adalah singkatan dari perkataan buah “ Durian “. Bagaimanapun Daerah Yan mencatat sejarahnya tersendiri.
Beberapa tempat dalam daerah ini terdapat kelompok berketurunan Acheh. Sehingga terdapat sebuah perkampungan yang dikenali “  Kampung Acheh “ jaraknya 2 kilometer dari Bandar Yan. Perpindahan beramai-ramai rakyat Acheh ke sini boleh diramalkan berdasarkan beberapa fakta sejarah.
Daerah Yan dibuka secara rasmi pada 1904 bersamaan 1324 Hijrah, ketika itu Kawasan Yan ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed Othman Al-Qadri yang dianugerahkan oleh KBDYMM Tuanku Sultan Kedah. Tugas utamanya ialah memungut cukai dan mentadbir Daerah sehinggalah berlakunya campurtangan Inggeris yang telahpun melantik seorang Pegawai Pentadbir yang baru bernama Tengku Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid yang berperanan menjadi Hakim, Pemungut Cukai Tanah dan Hasil Perdagangan. Bagaimanapun, Pegawai Daerah Yan pertama mentadbir Daerah secara rasmi ialah Dato’ Indera Segara Madi.
Yan merupakan sebuah bandar dan daerah yang terletak di Kedah,Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Star dan 30 kilometer dari Sungai Petani.
Daerah ini mempunyai kawasan-kawasan peranginan dan rekreasi yang menarik untuk dilawati bagi menghilangkan ketegangan di waktu hujung minggu.
Antara kawasan yang terdapat di daerah ini ialah: Gunung Jerai, Pantai Murni, Air Terjun Titi HayunTanjung Dawai, Air Terjun Puteri Mandi, Tangga Kenari (laluan utama untuk pendaki berjalan ke puncak Gunung Jerai), tempat sejarah seperti Air Terjun Alur Naga, Batu Kapal, Padang Tok Syeikh, Sejadah Tok Syeikh dan Telaga Tok Syeikh dan lain-lain kawasan yang terdapat di daerah ini.
Dari Tanjung Dawai, para pengunjung dapat menaiki bot untuk mengelilinggi pulau-pulau dan kawasan sekitar kawasan pantai. Selain itu, para pengunjung juga dapat menaiki bot untuk beriadah di kawasan Pantai Merdekayang terletak di daerah Kuala Muda.
Antara pulau tarikan yang terdapat di daerah ini ialah, Pulau BidanPulau Telor dan Pulau Songsang. Selain daripada itu, terdapat juga perkampungan tradisional yang menarik pelancong, iaitu Perkampungan Sungai Ragaserta terdapat juga perkampungan nelayan yang dapat menarik pelancong datang ke daerah ini, iaitu Tanjung DawaiPulau Sayak, dan Telok Nipah.
Di daerah ini juga terdapat hutan-hutan lipur dan reakreasi yang menarik dengan kawasan air terjun yang boleh dijadikan kawasan beriadah. Antara hutan lipur yang terdapat di daerah ini ialah:
  1. Hutan Lipur Gurun Kuari
  2. Hutan Lipur Perigi
  3. Hutan Lipur Sungai Teroi
  4. Hutan Lipur Sungai Kunyit
  5. Hutan Lipur Sungai Badak (lebih dikenali dengan Hutan Lipur Batu Hampar)
  6. Hutan Reakreasi Sri Perigi
  7. Hutan Rekreasi Batu Hampar>
  8. Teroi Dee Tok Chen Lubuk Kawah
Oleh yang demikian, daerah Yan merupakan satu destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi dan beriadah bersama keluarga. Ini adalah kerana daerah ini mempunyai kawasan alam semulajadi yang indah, iaitu kawasan laut (pantai) yang indah, kawasan air terjun, sungai, gunung dan perkampungan Melayu yang belum pernah diubah.

No comments:

Post a Comment