Wednesday, July 18, 2012

Sejarah Sungai Petani

Sungai Petani (Jawi: سوغاي فتني ) (singkatan Sg. Petani atau "SP") merupakan sebuah bandar perindustrian di negeri Kedah yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Sungai Petani ialah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar.

Perumahan

Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani. Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort Homes. Sebuah kondominium mewah telah dibina pada tahun 2008 oleh EUPE Corporation di dalam kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang. Kondominium itu diberi nama Sky Residences.

[sunting]Pengangkutan

Bandar Sungai Petani sangat mudah dihubungi dengan jaringan jalan raya,jalan kereta api dan laluan udara.

[sunting]Lebuh raya dan jalan raya

Dari ibu negara, Kuala Lumpur, perjalanan ke utara menuju Sungai Petani melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS-E1). Jalan Persekutuan turut menghubungkan Sungai Petani dengan beberapa bandar utama seperti Alor Setar, Butterworth dan Ipoh. Bagaimanapun, perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan lebih cepat dan selesa.

[sunting]Kereta api

Sekiranya menaiki kereta api, anda boleh turun di stesen keretapi Sungai Petani yang terletak di pusat bandar. Jajaran laluan kereta api bermula dari Padang BesarPerlis melalui bandar seperti Alor SetarGurun, Sungai Petani, Bukit MertajamButterworthTaiping,Kuala KangsarIpohSlim RiverTanjung MalimSungai Buloh dan Kuala Lumpur. Terdapat perjalanan terus dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Hatyai melalui Sungai Petani.

[sunting]Lapangan terbang

Lapangan terbang terdekat dengan Sungai Petani ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang iaitu lebih kurang 45 km dari pusat bandar. Selain itu, terdapat satu lapangan terbang bagi laluan domestik di Alor Setar iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

[sunting]Pendidikan

Banyak sekolah rendah dan menengah di bandar Sungai Petani. Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta turut bertapak di bandar ini. Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka kampus cawangannya di Merbok, Sungai Petani. Universiti swasta AIMST turut beroperasi di pekan Bedong, dekat Sungai Petani.

[sunting]Rekreasi dan Pelancongan

Pantai Merdeka
Pusat peranginan ini terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pusat bandar. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani. Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.
The Carnivall
The Carnivall merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.
Sila layari laman web : www.thecarnivall.com
Sungai Merbok
Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini. Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.
Tanjung Dawai
Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan keringikan bilisikan masinpekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.
Tanjung Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam danluar negeri Kedah.
Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.
Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.
Bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan taulan dapat menjamu selera di Medan Selera Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai juadah hidupan laut. Hati yang resah pasti tenang di kala menjamu selera sambil menikmati pemandangan lautan yang luas terbentang dengan disapa angin petang yang nyaman.

Lembah Bujang
Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.
Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.
Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang
Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki teksi ke Lembah Bujang.
Menara Jam Besar
Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.
Taman Jubli Perak
Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.
Rekreasi Tupah
Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.
Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.
Makam Sultan Muzaffar Shah
Makam Sultan Muzaffar Shah terletak di Kampung Langgar, Mukim Bujang. Mengikut catatan sejarah baginda adalah Sultan Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Sebelum memeluk agama Islam, baginda dikenali sebagai Maharaja Derbar Raja II dan telah memerintah negeri Kedah dari tahun 1136 hingga 1179. Baginda memeluk agama Islam melalui seorang alim dari Yaman iaitu Sheik Abdullah bin Sheik Ahmad bin Quamiri. Pada tahun 1179, Sultan Muzaffar Shah telah mangkat setelah baginda memerintah Kedah selama lebih kurang 43 tahun.

[sunting]Ekonomi

Kemudahan perbankan
  • Maybank
  • HSBC
  • CIMB
  • Bank Rakyat
  • Bank Simpanan Nasional
  • Tabung Haji
  • Bank Islam
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Affin Bank
  • Hong Leong Bank
  • Bank Persatuan
Kemudahan Pinjaman
  • Sri Guan Teik Malaysia
  • Pajak Gadai Sum Lee
  • Pajak Gadai Heng Goon Yee Kee
Pusat beli-belah/Pasar raya besar
  • Central Square (The Store)
  • SP Plaza (The Store)
  • Tesco Sungai Petani Selatan
  • Tesco Sungai Petani, Legenda Heights.
  • Giant Hypermarket Sungai Petani, Jalan Lencongan Barat.
  • Village Mall, Legenda Heights.
  • Econsave Hypermarket, Bandar Puteri Jaya.
  • Econsave, Taman Patani Jaya.
  • Parkson, Petani Parade
  • Giant Supermarket, Petani Parade.
  • SP Centrepoint (Billion)
  • G-Mart
  • Amanjaya Mall (C-Mart)(in construction - to be open in quarter 4 2012)
  • River Front City (in construction - expected to be completed by the end of 2013)
  • AEON Jusco Perdana Heights (proposed)
  • Mydin Mall & Hypermarket (proposed)

Kemudahan Awam
  • Pejabat Pos Sungai Petani, Jalan Pengkalan.
  • Pasar Awam Sungai Petani, Jalan Pasar.
  • Stesen Bas Sungai Petani, Jalan Petri.
  • Stesen Bas Ekspres Sungai Petani, Jalan Kuala Ketil.
  • Telekom Malaysia, Jalan Petani.
  • Tenaga Nasional Berhad, Jalan Petri.
  • Hospital Sultan Abdul Halim, Jalan Lencongan Timur.
  • Kompleks Mahkamah Sungai Petani, Bandar Aman jaya.
  • Kastam Diraja Malaysia cawangan Sungai Petani, Bandar Aman Jaya.
  • Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Kuala Muda, Jalan Petani.
  • Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani, Jalan Badlishah.
  • Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, Jalan Badlishah.
  • Penjara Sungai Petani, Jalan Badlishah.

No comments:

Post a Comment