Wednesday, July 8, 2015

Bandar Baru Mergong & Bandar Stargate

Bandar Baru Mergong merupakan bandar baru dalam Bandaraya Alor Setar terletak bersebelahan Tesco Mergong, Alor Setar. Bandar Baru Mergong sedang pesat membangun ke arah satu lagi bandar di Alor Setar. Bandar ini menempatkan kilang tayar Continental-Sime Darby. Selain itu, terdapat banyak ruang galeri jualan kereta antarabangsa disini. Mergong Barrage ini juga menempatkan pelbagai kilang dan syarikat. Terdapat juga kawasan perumahan dan kemudahan awam seperti klinik dan kedai runcit.

Pembangunan Masa Hadapan

Bandar Baru Mergong sedang pesat membangun ke arah satu lagi bandar di Alor Setar dan akan menjadi potensi baru untuk Alor Setar.

Antara yang Akan Dibangunkan

  • Kompleks membeli-belah 4 tingkat berserta Sub-Basmen. (dibatalkan)
  • Hotel 9 tingkat.
  • Hypermarket 4 tingkat (Mydin Mall).
  • 56 unit kedai/pejabat 4 tingkat hak milik strata
  • 1 tapak kemajuan masa hadapan diatas Lot 8402-8404 (PT 1215-PT1217) Taman Perindustrian 2010, Bandar Alor Setar, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman oleh TET. BANDAR BARU MERGONG SDN BHD.
  • Kondominium 35 tingkat.
  • Grand Alora Hotel 18 tingkat.
  • HQ HR 18 tingkat.
  • Pangsapuri kos rendah (mungkin 2-3 blok).
  • Pembinaan Hospital Swasta.
  • Parking Bertingkat
  • Rumah Kedai 4 beserta lif

Bandar Stargate

Bandar Stargate merupakan sebuah bandar baru yang terletak berhampiran Tandop dan terletak di Jalan Plaza Tol, Alor Setar. Pembangunan ini dijalankan oleh syarikat YIKED-DXN Stargate Sendirian Berhad,[1] iaitu merupakan usaha sama DXN Holdings Berhad dan Yayasan Islam Kedah (YIKED).[2]
Projek ini didirikan di tanah seluas 124 hektar. Projek bandar baru ini menyasarkan pembinaan sebanyak 319 buah unit kedai, 1336 buah rumah, dan pangsapuri kos rendah sebanyak 500 buah kediaman.[2] Dijalankan dalam lima fasa, projek pembinaan dimulakan pada tahun 2007 dan dijangka siap pada tahun 2014.[1]
Selain itu sebuah pasar raya besar Tesco yang diberi nama Stargate turut didirikan di sini dengan kos sebanyak RM50 juta.Selain itu, kampus sementera Kolej Universiti INSANIAH juga turut beroperasi disini

No comments:

Post a Comment