Kuala Nerang termasuk dalam kawasan parlimen Padang Terap , negeri Kedah Darul Aman , di utara Malaysia. Kedudukannya 6.3 ' Utara dan 100.4 'Timur.
[sunting]Sejarah
- Sejarah Kuala Nerang dapat dijelaskan berdasarkan dua cerita iaitu maksud Kuala dan Nerang itu sendiri. Kuala ialah Pertembungan dua sungai iaitu Sungai Pedu dan Sungai Ahning manakala Nerang pula bermaksud Kawasan yang merimbun & teduh (kawasan sekitar yang dipenuhi pokok-pokok dan hutan.
- Nerang juga diambil sempena nama anak YTM Tuanku Abdul Rahman Putera Al Haj iaitu bapa kemerdekaan yang pernah bertugas sebagai pegawai daerah di sini dan beliau menamakan sebagai Kuala Nerang bersempena nama puteranya iaitu Tunku Ahmad Nerang.
[sunting]Wakil Rakyat
Keputusan pilihan raya Malaysia 2004 seperti berikut ;
- Kawasan Dewan Undangan Negeri N7 Kuala Nerang (16,766)
- Bilangan pengundi Melayu : 96.30% Cina : 2.12% India: 0.50% Lain: 1.06%
- Datuk Dr Affifuddin Omar Barisan Nasional - UMNO ) - Muka Baru
- Munir @ Muhd Yusoff Zakaria ( PAS ) - Penyandang .Melalui pilihan raya 1999.
- Dalam keputusan pilihan raya 1999 , dimenangi oleh : Munir Zakaria ( PAS ) dengan majoriti 821
- Datuk Dr Affifuddin Omar Barisan Nasional - UMNO ) Jumlah Undi:7,746 . Beliau telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun2004
- Munir @ Muhd Yusoff Zakaria ( PAS ) Jumlah undi yang diperolehi oleh Parti Islam SeMalaysia ialah :6,436
- Majoriti-diperolehi :1,310 , Jumlah Undi :14,426 , Undi Rosak :244 , % Mengundi :86.08
No comments:
Post a Comment