Tuesday, July 28, 2015

Muhyiddin Yassin Bukan Lagi Timbalan Perdana Menterikah?

Muhyiddin Yassin Bukan Lagi Timbalan Perdana Menteri. Ini adalah khabar yang kita semua terima dari Putrajaya. Dalam perkembangan mengejutkan dan menjadi tanda tanya sejak semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memutuskan barisan Kabinet baharunya dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kedudukan Muhyiddin Yassin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan rombakan Kabinet pada Selasa, selepas spekulasi beberapa minggu bahawa beliau akan membuat perubahan tertentu terhadap barisan kepimpinannya. Dengan kata lain telah berlaku Rombakan Kabinet pada hari ini. Muhyiddin Yassin Bukan Lagi Timbalan Perdana Menteri.

Pelarasan Kabinet kali terakhir dibuat pada Jun 2014 apabila Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dilantik sebagai menteri. Dalam ucapan di rumah terbuka Sinar Aidil Fitri Felcra pada Selasa, beliau berkata ahli-ahli politik dan pemimpin mesti sentiasa beringat berjuang untuk rakyat. Muhyiddin Yassin Bukan Lagi Timbalan Perdana Menteri.

Najib dalam sidang media secara langsung sebentar tadi menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya ‘sukar’ namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14. Muhyiddin Yassin Bukan Lagi Timbalan Perdana Menteri.

“Keputusan ganti TPM kerana dibuat setelah ambil kira pertimbangan politik dan pentadbiran. “Untuk pastikan pentadbiran komited dalam pembanguan negara, jemaah menteri perlu bertindak secara jitu,”
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan digantikan oleh Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baru.

Memetik laporan Astro Awani, perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mmerombak kabinet hari ini.

Najib mengumumkan perkara ini dalam satu sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi di sini sebentar tadi.

Perubahan portfolio turut melibatkan menteri lain antaranya Datuk Seri Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Reezal Merican (Timbalan Menteri Luar), Datuk Wan Junaidi (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Mohd Salleh Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia), dan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).

Selain, Muhyiddin, turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
                                                                      Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
                                                                      Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
                                                                      Datuk Azalina Othman

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin

Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili

Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahadhir Khalid

Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh

Monday, July 20, 2015

Bandar Kuala Kedah

Bandar Kuala Kedah merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Kedah.
Kedah dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Pentadbiran

Bandar Kuala Kedah merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negara Kedah, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Kota Setar.

Kuala Kedah is a town and parliamentary constituency in Kedah, Malaysia. It is a fishing port, located at the mouth of the Kedah River, and serves as a terminus for ferries to the tourist island of Langkawi. It is home to a fort, Kota Kuala Kedah, built in 1770.[1] Kuala Kedah is accessible by bus or taxi from Alor Setar.
The parliamentary constituency of Kuala Kedah, which includes the town and surrounding areas, is represented by Ahmad Kassim of the opposition People's Justice Party (PKR). The three state assembly seats for the district are held by PKR's coalition partners, the Pan-Malaysian Islamic Party 
Image result for kuala kedah

Map of kuala kedah








Sunday, July 12, 2015

Kedah - Sumber Kekuasaan Bangsa Melayu Suatu ketika lalu

Ketahuilah asal usul kita....

BANGSA MELAYU.

(Sejarah sebenar Melayu seperti yang Disampaikan Ulama Muktabar tanpa bercampur dengan sejarah rekaan atau hasil ka...jian Penjajah, bukti Melayu-Islam Islam-Melayu, Makna Melayu, Syarat bergelar Bangsa Melayu)

Satu-satunya bangsa didunia yang apabila dinamakan oleh ulama' (Sheikh Abdullah Al-Qumairy, anak Murid Sultanul Auliya Ghaus ul Azam Syed Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Q.S), Ketika menamakan bangsa ini, Beliau menyatakan syarat seseorang menjadi bangsa Melayu adalah WAJIB BERAGAMA ISLAM (AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH), DAN HIDUP CARA ISLAM. Jika tidak, GUGUR KALMAH MELAYU Keatas Mereka.

Petikan Ucapan Mufti pertama Tanah Melayu Syed Sheikh Abdullah Al Qumairi R.A:
" Kepada mana-mana org dari keturunan ini yg meninggalkan Agama Islam atau menerima Agama yg lain atau berpaling tadah kpd kefahaman nenek moyang yg dahulu (Dubar/Derdar) atau tidak lagi menerima pakai cara hidup Islam, di kala itu dengan sendirinya gugurlah kalimah melayu pd diri mereka itu."

( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)

Makna bagi Melayu ialah:-:
الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه
“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab.

والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur.

والملأ: الجماعة أشراف القوم
... “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani.

والملأ : الأشراف من الناس
“ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtubi.

Bangsa ini dikenali sebagai “Islam Melayu, Melayu Islam” yang tidak boleh dipisahkan sama sekali iaitu mereka yang beragama Islam dan bermastautin disini atau orang-orang Islam dari rata-rata yang berhijrah dan bermastautin disini rata-rata dipanggil Melayu.

Sedemikian sejarah ini telah direalisasikan dan termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia 160(2), syarat untuk menjadi melayu wajiblah seseorang itu:-
1 Beragama Islam.
2 Bertutur di dalam bahasa melayu.
3 Berbudaya dengan budaya melayu.

Sejarah Melayu seperti yang dipegang dan sampaikan oleh Ulama Muktabar sepeti Almarhum Al Alim Allamah Asy Sheikh Muhammad Yusof Al-Kenali (Tok Kenali), Almarhum Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al-Fathani R.A (Mufti berbangsa Melayu di Makkah Al Mukarramah) dan lain-lain Ulama Warisatul Anbiya yang Muktabar lagi :-

Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telah memulakan gerakan memburu dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada di bumi Iran ketika itu. Golongan Sunni adalah dari kalangan suku kaum Kurdis (Kalahar) (1)

(Nota 1) Dipercayai gelaran Kalahar kepada Kedah Tua telah diletakkan bersempena kedatangan kaum Kurdis ke sini.

Oleh kerana keadaan amat terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksa berhijrah secara besar-besaran ke Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh dan New Zealand. Sebahagian daripada mereka juga telah tiba di Nusantara dan membuka penempatan baru di Kedah yang juga dinamakan mereka sebagai Kalahar (sempena mengambil nama suku kaum Kurdis Sunni) yang pada masa itu baru sahaja menerima kesan serangan Raja Rajendra Chola (2).

(Nota 2) Ini dikaitkan dengan serangan tentera Islam ke atas sebuah Kerajaan Hindi di Pantai Koromandel bernama Chola. Raja Rajendra juga tidak berpuas hati dengan penguasaan Sri Vijaya di Nusantara. Baginda telah menghantar ratusan kapal perang untuk memusnahkan Empayar Sri Vijaya termasuk Kadaram (Kedah) Dalam tahun 1027 -1030M Rajendra Chola 1 [1018-1044M]

melancarkan serangan ke atas Sriwijaya dan Sampugita dengan membawa balik harta rampasan Raja Kadaram [Kedah], Sangrama Vijayattung –varman tanpa membangunkan pemerentahan di Negara-negara yang diserangnya. Walau bagaimanapun ia telah menimpakan kemusnahan yang teruk ke atas Sriwijaya dan Sampugita. Antara negeri yang turut dimusnah akibat serangan itu ialah Gangga Negara [Perak] dan Medang Bhumi [Kelantan]. Sriwijaya yang berpusat di Palembang pada masa itu bersama Sampugita termasuk Jawa menyerang balas Negara Pandya di India Selatan dan Ceylon. Rajendra Chola 1 akhirnya dibunuh [1044] oleh tentera-tentera Melayu dari Negara bersekutu itu. Pada 1068-1069M Vira Rajendradeva putera Rajendra Chola 1 menyerang Kandaram yang dibawah jajahan Sriwijaya Palembang dan kemudian menyerah kembali lepada rajanya [serangan ini merupakan pertolongan lepada seorang raja yang menuntut takhta]. Selepas ini tidak ada tanda-tanda bahawa kerajaan Sampugita jatuh ke tangan Chola.

Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu Merong Mahawangsa (Sri Vijaya) menjadi duta Maharaja Rom (Keturunan Iskandar Zulkarnain - Macedonia)(3) untuk membawa Putera Raja Rom bagi mengahwini Puteri Maharaja China. Baginda berasal dari Gumarun (3), Parsi dan pernah ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang lebih kuat.

(Nota 3) Rom yang dimaksudkan ialah Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang pada suatu masa adalah sebahagian dari Empayar Rom Timur yang telah lama menerima agama Islam dari zaman Khulafa Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.
Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa ini telah diserang oleh satu angkatan perang Hindu yang mempunyai kapal berlambangkan burung garuda (lambang kenderaan Dewa Wisnu). (4)

(Nota 4) Sumber yang menyatakan bahawa "Kedah dilanggar Garuda" bukanlah bermaksud sejenis burung yang besar tetapi lambang kapal perang Hindu yang menyerang Seri Vijaya ketika itu. Ilmuwan agama dan sejahrawan yakin bahawa kenyataan yang dimaksudkan sejenis burung "dewa" adalah bercampurbaur dengan elemen mistik yang datang dari pengaruh kepercayaan Hindu)
Serangan yang begitu kuat ini telah memaksa kapal Raja Merong Mahawangsa mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak lama kemudian baginda telah diangkat menjadi raja oleh penduduk tempatan sebagai Raja (Kedah) Kalahar 1.

Baginda juga telah mengahwini seorang gadis Orang Laut dari suku gergasi kerana ingin menggalakkan perkahwinan campuran di samping memperbesarkan lagi keturunan dan kaum kerabat.
Raja Merong Mahawangsa telah memperkenalkan nobat di istana baginda (5) mengambil sempena bunyi-bunyian dari istana Khalifah Harun Ar-Rashid di Baghdad.

(Nota 5) Istana baginda dibina di Kota Langkasuka di Sok, kira-kira 96 km ke timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan Kalaha dan Langkasuka. Baginda juga dikatakan mendirikan sebuah lagi istana di timur Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok iaitu tapak permulaan jalan menuju ke Langkasuka dan Pantai Timur.

Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairy
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani (6) telah menceritakan kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.

(Nota 6) Kisah ini diambil oleh Syeikh Mahmud Nasri Othmani daripada Ulama terkenal Kelantan Tuan Guru Waliyulllah Maulana Syeikh Yusof Kenali (Tok Kenali) yang diterima dari gurunya, ulama nusantara,Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain Mustaffa Al-Fathani sebagaimana isi kandungan beberapa buah kitab seperti Hadiqatul Al-Azhar yang menceritakan kembali kisah sebenar Melayu-Islam, Islam-Melayu.

Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam Wilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakan-rakannya.

- Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitu
i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kalaha ( 7 ) dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.

(Nota 7) – Sumber Hikayat Merong Mahawangsa versi yang ada kini yang mengaitkan kisah Syeikh Abdullah Al-Qumairy menggunakan atau merampas tongkat Azazil untuk atau setelah tiba di Kalaha. Beberapa ilmuwan agama dan pengkaji sejarah setelah membaca kitab-kitab karangan Ulama Nusantara menyatakan bahawa tidak mungkin seorang ulama besar lagi ahlul bayt akan bersekutu dengan syaitan, ramai yang berpendapat bahawa versi Hikayat ini juga telah dicampurbaur dengan elemen mistik atau mungkin telah dipinda oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merendah-rendahkan maruah ulama muktabar ini.

Walaubagaimanapun ada satu versi lagi menyatakan bahawa tongkat berkenaan adalah sebenarnya milik Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir JIlani yang menganugerahkannya kepada Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy yang kemudiannya dihadiahkan pula kepada DYMM Sultan Muzaffar 1. Dipercayai tongkat berkenaan (kini digelar cokmar) adalah tongkat yang sama yang berada di Muzium Kedah masakini

Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah.

Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X (ada versi yang menyatakan 9X) di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai Istana.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.

Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) (8) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu Abu.

(Nota 8) – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.

Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Kanton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China. Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha.

Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara) (9)

Nota 9 : Sejarah membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawanser. Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).

Pemerintahan di zaman ini tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam (tidak dipanggil 'Mala-u') tetapi tidak memerangi Islam - dikenakan jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit bukau.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.
(Nota 9)

Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai "Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :

Surah Saad : Ayat 69
مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ
Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la) semasa mereka bersoal jawab.
Hadis Nabi S.A.W :
ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير
مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام
Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda “RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk” –Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda “tidak”. Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda “antara tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”. Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”. Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]

'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa
Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :
a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10)

(Nota 10) – Ada pendapat yang menyatakan bahawa perkataan "Melayu" itu adalah perkataan "Sanskrit" dan "bangsa atau keturunan Melayu" itu adalah dari India, China, Kemboja dsb. Dari segi keturunan pertalian darah dan sejarah asal-usul, kenyataan ini mungkin ada kebenarannya tetapi penamaan bangsa "Melayu" pada SEBELUM zaman Phra Ong Mahawanser telah dinafikan oleh ulama-ulama Nusantara serta menegaskan bahawa "Al-Mala-u" itu adalah dari kalam Lughatul Qur'an dan digunakan hanya semasa pemasyhuran nama bangsa yang baru di Nusantara setelah Phra Ong Mahawanser memeluk Islam dan ditukar gelaran kepada Sultan Muzaffar
1.
Ilmuwan Melayu Islam juga menyatakan gelaran "Al-Mala-u" diberikan kerana untuk memberikan peringatan kepada seluruh manusia adalah :

a. dari keturunan Nabi Allah Adam a.s. yang dijadikan Allah SWT di syurga Jannah drpd 14 (ada yang menyatakan 13) jenis tanah & telah dilantik menjadi Khalifatullah*
(di syurga atau di langit ketika itu dan akhirnya di bumi setelah Nabi Allah Adam a.s. bertaubat dengan mengucapkan dua kalimah syahadah) sehinggakan
b. malaikat juga diperintahkan sujud kpd. Nabi Allah Adam a.s. yang juga "Al-Mala-ul a'la" (penduduk langit) kerana semasa itu baginda berada di Syurga (di langit)
Ianya juga untuk mengingatkan umat Islam betapa mulianya makhluk yang bernama manusia bukan sahaja turun dari sulbi Adam a.s. yang berasal dari syurga malah
c. Seorang lagi bangsa manusia teragung di langit dan di bumi iaitu Nabi Muhammad S.A.W. telah diisrak-mikrajkan pula sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah Azzawajalla (laitsakamithlihi syai-un)
d. Kerana zaman khalaf ini adalah zaman khalifah manhaj nubuwwah iaitu zaman yang terakhir sebelum kiamat dan umat Islam Melayu perlu diingatkan bahawa orang-orang beriman akan pulang ke tempat asalnya Adam a.s. dijadikan dan diberikan balasan syurga selepas Hari Qiamat dan Hari Pembalasan.

Hadis Qudsi di atas juga jelas bahawa Al-Mala-ul-a'la yang dimaksudkan adalah MANUSIA "yang diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam* dan solat malam saat manusia tidur”

*salam di sini bermaksud "Islam" (agama) - agama yang selamat (salam)
Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Akhirnya Negeri yang bernama Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran. Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur” yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)
Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.

Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh (mengambil sempena nama Syeikh Abdullah Al-Qumairy)

Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy. (11)
--------------------
(Nota 11) : Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (12) bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :

"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."
Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan" daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.

(Nota 12 - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis (semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengena mereka)

--------------------
Kemakmuran Melayu Islam di bawah kepimpiman Kedah Darulaman (Nusantara) termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara. Dipercayai kerajaan Islam terakhir yang dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku peperangan jihad fii-sabilillah yang sangat hebat.

Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. (13)
Nota 13 : Faham Sekular ini bermaksud ialah "perungkaian kesyumulan agama atau pemisahan agama dengan perkara-perkara lain seperti sains dan teknologi dsb. dengan hati, lidah dan perbuatan yang menyatakan contohnya "Sains tidak ada dalam Al-Qur'an" atau "Sains itu tidak ada dalam Agama" dengan sendirinya merendahkan taraf Al-Qur'anul Karim. Perbuatan yang sama telah berlaku antara para Paderi Kristian dan kaum saintis (Illuminati) yang saling bermusuhan antara satu sama lain sehingga terpisah agama dan sains.

Sekular dalam konteks artikel ini ialah "pemisahan agama dan bangsa" (memisahkan Islam dan Melayu) dengan mendakwa bahawa "bangsa itu tidak disebut dalam Al-Qur'an" dengan sendirinya menggambarkan agama itu tidak syumul dan pastinya akan gugur akidah seorang Islam apabila menolak apa yang ada dalam Al-Qur'an.

KEBANGKITAN ISLAM, MELAYU DAN MUJADDID

Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham Zionist serta usaha menaikkan kembali kegemilangan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan yang memimpin ulama dan ahlul bait (mentajdid kembali Dua Kalimah Syahadah*) telah dipelopori oleh Ulama Terkenal Nusantara iaitu :

a) Ulama Jawi Anak Melayu Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok Atas Banggol - Kota Bharu Kelantan iaitu :

Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato Panglima Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh Wan Mohammad Zainal Abidin (Fakih Wan Musa Al-Jambusi As-Sanawi Al-Fathani),

telah dilantik menjadi Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim Kerajaan Othmaniah Turki (yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Turki ketika itu) dan juga Kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar ini (juga guru kepada Syeikh Yusof Kenali – Tok Kenali) juga telah membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi Melayu Asal Bangsa Kebangsaan Pegang Teguh Agama islam di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara,
(Di dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh Wan Ahmad Fathani telah berdoa - maksudnya "Ya Allah, perkuatkanlah orang-orang Islam Melayu atas bangsa-bangsa kafir dan kembalikanlah negeri-negeri kami kepada kami, perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal 'Aalamiin
b) Syeikh Abdul Rahman Fathani - seorang lagi Ulama Besar juga seorang guru di Masjidil Haram/Makkatul Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar Islam Melayu Markaz Serambi Mekah berpusat di Pondok Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
Perjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana Syeikh Yusof Al-Kenali (Tok Kenali) kemudiannya muridnya Syeikh Mahmud Nasri Osmani dan akhirnya kini Tuan Guru Haji Ahmad Che Din (Junaiddin).

KEBANGKITAN SEJURUS SELEPAS ZAMAN KEMERDEKAAN

Perjuangan memertabatkan Melayu Islam dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :

1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang

(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER - (15)
Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi talqin dan tajdid (memperbaharui) dua kalimah syahadah bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan aqidah umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.

Thursday, July 9, 2015

Memiliki aset walau gaji hanya 2k

Suami isteri bgaji RM 2k/seorg tp blh memiliki 4buah rumah + kereta yg selesa + RM 50k saving...Mustahil?

Idea ini dari shbt sy Tuan Khairul Ezuwan

Situasi pasangan suami isteri yang bergaji bersih RM1800 Setiap seorang. Ambil kenaikan Gaji 10% setahun @ RM180 setahun.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
A) Suami
_______

1. Buat simpanan secara konsisten Setiap bulan RM1,000 dalam ASB, Pakai transfer online Setiap Kali dapat gaji. Pastikan Buku ASB dipotong. Lepas 1 tahun Ada simpanan cash RM12,000

2. Keluarkan RM7,000 buat deposit Cari Rumah Lelong yang berharga RM70,000 (Cari Mesti Ada). Kos-kos lain masuk dalam pinjaman.Bayaran bulanan RM350. Gaji
bersih waktu ini RM1,980. Masa ini DSR adalah 17%. Sewakan rumah tersebut RM600. Buat tenancy agreement. Gunakan semua RM600 untuk bayar installment bulanan rumah tersebut. Waktu ini baki
simpanan RM12,000 - RM7,000 = RM5,000.

3. Terus kan buat simpanan bulanan RM1,000, selepas 6 bulan Beli Rumah yang pertama tadi, Jumlah simpanan Sekarang RM5,000 + RM6,000 = RM11,000.
Gunakan lagi RM7,000 untuk deposit sebuah lagi rumah Lelong berharga RM70,000. Bayaran bulanan RM350 .Waktu ini Gaji RM1,980 + (RM600 (tenancy agreement) x 80%) = RM2460. DSR waktu ini adalah 27%. Sewakan RM600 rumah kedua ini.
Buat tenancy agreement.cuma bayar RM350 untuk installment rumah ini. Baki pulangan Sewa RM250 buat bayaran extra kepada Rumah pertama (target = habiskan Rumah
pertama dengan secepat mungkin).
Baki simpanan RM11,000 - RM7,000 = RM4,000 serahkan kepada isteri.

4. Buat pinjaman ASB 200K, Komitmen bulanan RM1,200. DSR waktu ini 65%. (Max utk DSR ASB 80%).
Potong Buku ASB, Jangan sentuh dividend selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel pinjaman ASB. Total disviden compounding + value cancel = RM60,000

5. Dengan extra payment yang dibuat ke Rumah pertama selama 3 tahun. Baki Rumah tersebut tinggal RM44,000. Gunakan hasil ASB RM60,000 untuk buat full settlement Rumah pertama. (Rumah pertama bebas
Dari pinjaman) . RM60,000 - RM44,000 = Baki cash RM16,000. Duit EPF AC 2 waktu ini ada RM10,000 .

6. Cari Rumah untuk duduk sendiri yang berharga 300K dengan monthly installment RM1500. Buat Mark up loan. (Cari Rumah 10% below market value @ 0 deposit)
Dengan nett Gaji waktu ini RM2,520 + rental income .
Max kelayakan DSR 70% = DSR waktu ini ialah 52%

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
B) Isteri
_______

1. Beli Perodua Kelisa terpakai yang berharga RM20,000 dengan bayaran bulanan RM300. Buat simpanan tetap
bulanan dalam ASB RM200 sebulan. Selama 18 bulan = RM3,600. Dalam akhir step 3 👆suami, beliau serahkan RM4,000 kepada isteri. So total cash Ada RM7,600.

2. Beli Rumah Lelong yang berharga RM70,000 dengan bayaran bulanan RM350. DSR waktu ini 33% (RM300 Kereta + RM350). Sewakan Rumah ini RM600 dan Buat
tenancy agreement. Bayar kepada pinjaman Rumah RM350, Masih Ada baki cash flow RM250.

3. Kekalkan komitmen simpanan bulanan RM200 tetapi tukar kepada kaedah pinjaman ASB RM75,000 . Installment bulanan adalah RM450. Gunakan RM200 + RM250 (cash flow Sewa Rumah) = RM450 sebagai
installment pinjaman ASB tersebut. Potong Buku ASB, Jangan sentuh dividen selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel pinjaman ASB . Dividend compounding + cancel loan = RM18,000 + RM5,000 = RM23,000 cash. Baki
pinjaman Kereta Waktu ini RM9,000. Gunakan cash untuk buat full settlement kereta RM23,000 - RM9,000 = RM14,000. Duit EPF AC2 waktu ini Ada RM10,000.

4.Trade in perodua kelisa, beli Toyota Vios RM70,000 = installment bulanan RM800. DSR waktu ini 37%

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
DSR (Debt Service Ratio)

Suami pada step no.6 + Isteri pada step no.4 (hampir 5 tahun Dari step pertama)
------------------------------------------------
Income:
Total Gaji waktu ini: RM2,520 x 2 = RM5,040
Sewa 3 biji Rumah = (RM1,800 x 80%) = RM1,440
Total nett income = RM6,480 ➕

Hutang : RM350 (Rumah kedua suami)
RM1,500 (Rumah duduk sendiri)
RM350 (Rumah pertama isteri)
RM800 (Kereta baru isteri)
Total hutang : RM3,000➖

Total DSR Suami + Isteri = 46%✔️

Total cash di tangan :
suami =RM16,000 + EPF keluar RM10,000
Isteri =RM14,000 + EPF keluar RM10,000
Total cash di tangan = RM50,000

Total income bulanan bersih = RM3,480✔️
Memiliki 4 property Dan Kereta yang selesa✔️

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Ada masa-masa tertentu Kita perlukan sedikit pengorbanan untuk mendapat keselesaan & kesenangan pada masa akan datang, jika anda sanggup, anda boleh
ikut. Jika tidak sanggup, share lah juga perkara ini kepada orang lain, mungkin mereka perlukannya. Thanks baca sampai habis.😊. '
'Idea adalah pembuka minda, bukan semestinya pelaksanaan'. Padan kan situasi dengan keadaan diri anda sendiri

Wednesday, July 8, 2015

Bandar Baru Mergong & Bandar Stargate

Bandar Baru Mergong merupakan bandar baru dalam Bandaraya Alor Setar terletak bersebelahan Tesco Mergong, Alor Setar. Bandar Baru Mergong sedang pesat membangun ke arah satu lagi bandar di Alor Setar. Bandar ini menempatkan kilang tayar Continental-Sime Darby. Selain itu, terdapat banyak ruang galeri jualan kereta antarabangsa disini. Mergong Barrage ini juga menempatkan pelbagai kilang dan syarikat. Terdapat juga kawasan perumahan dan kemudahan awam seperti klinik dan kedai runcit.

Pembangunan Masa Hadapan

Bandar Baru Mergong sedang pesat membangun ke arah satu lagi bandar di Alor Setar dan akan menjadi potensi baru untuk Alor Setar.

Antara yang Akan Dibangunkan

  • Kompleks membeli-belah 4 tingkat berserta Sub-Basmen. (dibatalkan)
  • Hotel 9 tingkat.
  • Hypermarket 4 tingkat (Mydin Mall).
  • 56 unit kedai/pejabat 4 tingkat hak milik strata
  • 1 tapak kemajuan masa hadapan diatas Lot 8402-8404 (PT 1215-PT1217) Taman Perindustrian 2010, Bandar Alor Setar, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman oleh TET. BANDAR BARU MERGONG SDN BHD.
  • Kondominium 35 tingkat.
  • Grand Alora Hotel 18 tingkat.
  • HQ HR 18 tingkat.
  • Pangsapuri kos rendah (mungkin 2-3 blok).
  • Pembinaan Hospital Swasta.
  • Parking Bertingkat
  • Rumah Kedai 4 beserta lif

Bandar Stargate

Bandar Stargate merupakan sebuah bandar baru yang terletak berhampiran Tandop dan terletak di Jalan Plaza Tol, Alor Setar. Pembangunan ini dijalankan oleh syarikat YIKED-DXN Stargate Sendirian Berhad,[1] iaitu merupakan usaha sama DXN Holdings Berhad dan Yayasan Islam Kedah (YIKED).[2]
Projek ini didirikan di tanah seluas 124 hektar. Projek bandar baru ini menyasarkan pembinaan sebanyak 319 buah unit kedai, 1336 buah rumah, dan pangsapuri kos rendah sebanyak 500 buah kediaman.[2] Dijalankan dalam lima fasa, projek pembinaan dimulakan pada tahun 2007 dan dijangka siap pada tahun 2014.[1]
Selain itu sebuah pasar raya besar Tesco yang diberi nama Stargate turut didirikan di sini dengan kos sebanyak RM50 juta.Selain itu, kampus sementera Kolej Universiti INSANIAH juga turut beroperasi disini

Friday, July 3, 2015

Bandar Muadzam Shah Alor Setar

Bandar Muadzam Shah merupakan bandar pentadbiran bagi negeri Kedah yang terletak di Lebuhraya Darulaman (dahulu Jalan Anak Bukit). Mukim Anak Bukit adalah 'mini Putrajaya' di Alor Setar, Kedah.

Berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Kedah bagi mengantikan peranan Wisma Perseketuan Bandaraya Alor Setar sebagai pusat pentadbiran Negeri Kedah untuk meredakan kesesakan lalulintas di Pusat Bandaraya Alor Setar yang sebelum ini terletak di Jalan Sultan Muhammad Jiwa.

Pembangunan/Infrastruktur

  • Balai Polis Anak Bukit Muadzam Shah
  • Kementerian Dalam Negeri, menempatkan Jabatan Pendaftaran Negara
  • Kompleks Mahkamah Syariah
  • Wisma Persekutuan
  • Wisma HASIL