Muhyiddin Yassin Bukan Lagi Timbalan Perdana Menteri.
Ini adalah khabar yang kita semua terima dari Putrajaya. Dalam
perkembangan mengejutkan dan menjadi tanda tanya sejak semalam, Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memutuskan barisan Kabinet
baharunya dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai
Timbalan Perdana Menteri.
Kedudukan Muhyiddin Yassin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan rombakan Kabinet pada
Selasa, selepas spekulasi beberapa minggu bahawa beliau akan membuat
perubahan tertentu terhadap barisan kepimpinannya. Dengan kata lain
telah berlaku Rombakan Kabinet pada hari ini. Muhyiddin Yassin Bukan Lagi Timbalan Perdana Menteri.
Pelarasan Kabinet kali terakhir dibuat pada Jun 2014 apabila Presiden
MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong dan
Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dilantik sebagai menteri. Dalam
ucapan di rumah terbuka Sinar Aidil Fitri Felcra pada Selasa, beliau
berkata ahli-ahli politik dan pemimpin mesti sentiasa beringat berjuang
untuk rakyat. Muhyiddin Yassin Bukan Lagi Timbalan Perdana Menteri.
Najib dalam sidang media secara langsung sebentar tadi menjelaskan
tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya ‘sukar’ namun
keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum
menghadapi Pilihan Raya ke-14. Muhyiddin Yassin Bukan Lagi Timbalan Perdana Menteri.
“Keputusan ganti TPM kerana dibuat setelah ambil kira pertimbangan
politik dan pentadbiran. “Untuk pastikan pentadbiran komited dalam
pembanguan negara, jemaah menteri perlu bertindak secara jitu,”
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan dari jawatan
Timbalan Perdana Menteri dan digantikan oleh Zahid Hamidi sebagai
Timbalan Perdana Menteri baru.
Memetik laporan Astro Awani, perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mmerombak kabinet hari ini.
Najib mengumumkan perkara ini dalam satu sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi di sini sebentar tadi.
Perubahan portfolio turut melibatkan menteri lain antaranya Datuk Seri
Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Datuk Seri Reezal Merican (Timbalan Menteri Luar), Datuk Wan Junaidi
(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Mohd Salleh Keruak
(Menteri Komunikasi dan Multimedia), dan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Ismail Sabri Yaakob
(Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan Mahdzir Khalid (Menteri
Pendidikan).
Selain, Muhyiddin, turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak
Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Azalina Othman
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahadhir Khalid
Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin
Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas
Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh
No comments:
Post a Comment