Tuesday, March 29, 2011
Radiasi ada dalam tanah di Fukushima
Plutonium di 5 tempat sekitar loji nuklear TOKYO: Radiasi dari reaktor nuklear Jepun yang terjejas kini mencemarkan tanah dan laut sekitar kompleks Fukushima Daiichi ketika pihak berkuasa bimbang beberapa reaktor sudah sebahagiannya lebur. Pegawai syarikat kuasa terbabit mengakui bahawa plutonium ditemui dalam tanah di lima tempat pada loji terbabit walaupun mereka menekankan bahawa kadar bahan radioaktif adalah kecil dan tidak menjadi satu ancaman kepada umum, lapor Associated Press. Malah radiasi juga dikesan lebih satu kilometer ke utara loji terbabit. Sementara itu, Filipina mengesan sedikit radiasi dipercayai dari reaktor Jepun, China pula terus mengesan kesan radiasi manakala Korea Utara memantau keadaan. Kadar radiasi lebih tinggi dari biasa juga dikesan di Cyrstal River di Florida walaupun ia tidak menjadi satu ancaman kepada kesihatan. Florida berada kira-kira 11,000 kilometer dari loji Jepun. Di dalam loji terbabit, rakaman video menunjukkan asap dari reaktor dua dan tiga, satu petanda adanya kesukaran di sana. Semua reaktor setakat ini berada pada tekanan walaupun berlakunya retakan pada komponen konkrit dan keluli. Air radioaktif juga ditemui di semua empat reaktor di loji terbabit di mana pekerja terus berusaha mengepam keluar. Pegawai berkata, air tercemar terbabit perlu dikeluarkan sebelum pekerja boleh memasang semula sistem penyejukan loji terbabit. Pekerja di loji tidur di koridor dan bilik mesyuarat, dengan melindungi diri daripada radiasi dengan memakai pakaian buatan plumbum. “Ada satu retakan di dalamnya di mana radiasi terlepas keluar,” kata ahli fizik Amerika Syarikat, Michio Kaku. “Ini bermaksud jika terasnya mulai lebur, kita akan mendapati letupan wap, satu letupan gas hydrogen seperti Chernobyl.” Sekumpulan jurutera berusaha untuk mengawal enam reaktor kompleks Fukushima sejak ia meletup akibat gempa bumi 11 Mac lalu dan tsunami yang menyebabkan lebih 27,000 penduduk maut atau hilang di seluruh timur laut Jepun. Gempa bumi sekuat 6.5 melanda wilayah itu sekali lagi Isnin lalu. dan pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan berlakunya gelombang tsunami setinggi 50 sentimeter. – Agensi
Saturday, March 26, 2011
Rumah 40 tahun hangus
ALOR SETAR: Seorang warga emas kini hanya mempunyai kad pengenalan, lesen memandu dan kad mesin juruwang automatik (ATM) apabila rumah pusaka dua tingkat yang didiami keluarganya musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Pumpong, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa, Shafie Md Darus, 72, dikatakan baru sahaja pulang ke rumah selepas menunaikan solat Asar di sebuah masjid berhampiran lalu duduk berehat di atas buaian.
Shafie berkata, dia kebetulan berada di luar rumah sebelum tiba-tiba ternampak kepulan asap tebal dari dapur lalu mengarahkan isterinya, Doyah Ismail, 62, menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu belakang.
Menurutnya, pada masa sama, dia pergi ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan termasuk meminta menghubungi bomba.
“Api marak dengan cepat menjilat bahagian papan rumah dua tingkat berusia hampir 40 tahun ini tanpa saya sempat berbuat apa-apa termasuk menyelamatkan barangan seperti pakaian dan dokumen penting.
“Sebuah basikal dan motosikal turut musnah, bagaimanapun kereta Proton Wira milik anak lelaki, Kamarul Adnan, 40, yang keluar ke tempat kerja sempat dibawa keluar oleh jiran,” katanya, di sini.
Menurutnya, dia bernasib baik kerana masih mempunyai kad pengenalan, lesen memandu dan kad ATM yang dibawa bersama ke mana-mana kerana semua dokumen penting lain musnah dalam kebakaran itu.
Katanya, setakat ini, dia tidak mengetahui jumlah kerugian yang dialami berikutan rumahnya musnah sama sekali.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Abd Rashid Mahmud, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.31 petang sebelum tiga jentera dari Balai Bomba Alor Setar dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba pihaknya mendapati api marak membakar bahagian kayu rumah dua tingkat berkenaan sebelum berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 10 minit.
“Setakat ini, pihak bomba masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti jumlah kerugian dan punca kebakaran,” katanya.

Lebih ramai penduduk Fukushima pindah
TOKYO: Paras radioaktif di perairan berhampiran loji nuklear Daiichi, Fukushima semakin meningkat semalam, dua minggu selepas ia mengalami kebocoran akibat gempa bumi 9 skala Richter disusuli ombak tsunami. Seramai 700 jurutera bertungkus-lumus mengepam air radioaktif dari loji yang terletak 240 kilometer ke utara Tokyo, bagi menstabilkannya selain menggerakkan semula pam air bagi menyejukkannya. Ada pihak mengesyaki reaktor itu bocor selepas tentera Amerika Syarikat turut membantu usaha menyejukkannya.
Agensi keselamatan nuklear berkata, ujian menunjukkan tahap iodin radioaktif melonjak ke paras 1,250 kali lebih tinggi berbanding kadar normal di sekitar kawasan perairan di loji berkenaan.
Perkembangan terbaru di loji dan radiasi itu menyebabkan pihak berkuasa kini menggerakkan operasi memindahkan penduduk dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji nuklear berkenaan.
Selain itu, di Tokyo, bandar 13 juta penduduk, mencatat tahap radiasi 0.22 mikrosievert sejam, enam kali ganda paras normal.
Ia masih dalam kategori normal Persatuan Nuklear Dunia iaitu 0.17 hingga 0.39 mikrosievert sejam.
Tetapi, seorang pegawai di Kementerian Sains mengesahkan bahawa tahap radiasi harian di kawasan 30 kilometer ke barat laut loji berkenaan, paras melebihi had setahun.
Begitupun, pegawai kanan dari Agensi Keselamatan Industri dan Nuklear Jepun, Hideko Nishiyama berkata, pencemaran yang berlaku memberi risiko kecil kepada kehidupan laut.
“Arus lautan akan memecahkan zarah radioaktif dan menjadi sangat cair ketika dimakan oleh ikan atau hidupan laut lain,” katanya.
Nishiyama berkata, pihaknya sedang berusaha mencari jalan untuk menulenkan air di kawasan laut di situ agar tidak menjejaskan alam sekitar.
Air mengandungi sisa radioaktif ditemui di dalam bangunan yang menempatkan tiga daripada enam reaktor yang terjejas di loji berkenaan.
Khamis lalu, tiga pekerja melecur di reaktor nombor 3 selepas terdedah kepada paras radiasi 10,000 kali ganda lebih tinggi daripada paras normal di loji terbabit.
Reaktor ini adalah satu-satunya menggunakan campuran plutonium dan uranium. Plutonium adalah isotop radioaktif paling bahaya.
Tidak hairanlah, di sebalik jaminan pihak berkuasa, perkembangan terbaru meningkatkan kebimbangan ke atas eksport makanan laut Jepun.
Krisis nuklear di loji Daiichi Fukushima, kini membayangi usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa dan tsunami yang melanda Jepun 11 Mac lalu dan menyebabkan lebih 27,500 orang terbunuh atau hilang.
Ada negara sudah mengeluarkan larangan ke atas susu dan keluaran hasil pertanian dari wilayah di sekitar loji itu. – Reuters/Agensi Komen Anda

Wednesday, March 23, 2011
Kedah minat pancing Alberts latih skuad Hijau Kuning
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
ROBERT Alberts - jurulatih berasal dari Belanda yang mengemudi Kedah muncul juara Piala Malaysia 1993 - adalah antara beberapa calon dalam perhatian Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih menggantikan tempat Ahmad Yusof yang direhatkan.
Presidennya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas badan berkenaan, baru-baru ini tetapi enggan mendedahkan senarai calon berkenaan termasuk mengunci rapat mulut ketika ditanya mengenai ura-ura Sang Kenari bakal mendapat khidmat jurulatih import.
“Bagi kita sedikit masa membuat keputusan memilih (lantik) ketua jurulatih baru, sekarang ada beberapa nama tetapi masih belum dimuktamadkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.
Antara calon lain termasuk bekas jurulatih, Mustakeen Omar, Ahmad Shafiq dan Mohamad Ramli.
Ditanya, mengenai pelantikan Azraai Khor Abdullah yang juga bekas ketua jurulatih Kedah ke skuad Negeri Sembilan, dia berkata, Azraai berhak untuk membuat keputusan terbaik dan menjelaskan ia tidak mengganggu pemilihan ketua jurulatih baru pasukan Hijau Kuning.
Azizan akur keputusan Azraai
“ITU hak dia,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) ketika diminta mengulas tindakan Mohd Azraai Khor Abdullah bersetuju menjadi ketua jurulatih skuad Hobin Jang Hobin dan bukannya membimbing skuad Kenari seperti yang diuar-uar sebelum ini.
Beliau berkata, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa kerana Azraai memilih Negeri Sembilan dan bukannya Kedah.
“Dia berbuat demikian mungkin kerana menerima tawaran lebih baik, terpulang kepada dia. Itu hak dia memilih pasukan mana hendak dibimbingnya. Kami terpaksa menerima keputusan itu,” katanya. pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah, semalam.
Isnin lalu, Azraai, 59, menerima tawaran Negeri Sembilan kerana komitmen tinggi pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) terutama Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hassan terhadap pasukan.
Azraai meninggalkan skuad Hijau Kuning pada 2009 dan dilantik sebagai jurulatih skuad bawah 21 tahun negara, Harimau Muda A.
Sepanjang khidmatnya dengan pasukan Kedah, beliau memiliki sentuhan emas dalam pentas domestik apabila membimbing Kedah menjuarai Piala FA pada musim 2006/2007 dan 2007/2008.
Sementara itu, Azizan berkata, Jawatankuasa Teknikal KFA sudah menyenarai pendek beberapa nama sebagai jurulatih baru Kedah yang akan diumum dalam tempoh terdekat ini.
“Kami sudah ada beberapa nama jurulatih bagi membimbing skuad Kenari ini. Ia belum diputuskan lagi hingga mesyuarat KFA,” katanya.
Beliau ketika ditanya adakah senarai nama itu termasuk jurulatih import, Azizan berkata: “Saya belum menerima apa-apa lagi dan masih menunggu keputusan jawatankuasa.” Kemelut pasukan Kedah tercetus apabila penyokong pasukan itu mendesak KFA menggugurkan ketua jurulatih, Ahmad Yusof dan pengurusnya, Datuk Khazali Din berikutan prestasi merudum dalam Liga Super 2011 selain tersingkir daripada saingan Piala FA.
KFA akhirnya akur dengan desakan penyokong dan merehatkan Ahmad buat sementara waktu dengan penolong jurulatihnya, Radhi Md Din memangku jawatan sebagai ketua jurulatih bagi satu tempoh yang akan ditetapkan.

Wednesday, March 16, 2011
Kedah beri tanah kepada pemain Piala Suzuki
PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA), semalam mengumumkan kerajaan negeri memutuskan menganugerahkan tanah seluas dua hektar di Pokok Sena kepada lima pemain negeri yang mengharumkan nama negara menjuarai Piala Suzuki 2010, Disember lalu.
Presidennya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kelima pemain berkenaan akan berkongsi plot tanah berkenaan sebagai penghargaan kepada keringat dan sumbangan besar kepada skuad Harimau Malaya. “Ia satu insentif daripada kerajaan negeri dan ia diberikan percuma kepada pemain,” katanya yang juga Menteri Besar Kedah. Lima pemain terbabit adalah Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Khairul Helmi Johari, Mohd Sabre Mat Abu, Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan.
Dalam perkembangan lain, KFA akan mengkaji cadangan semua pihak untuk memantapkan persembahan pasukan, termasuk keperluan untuk menggugurkan khidmat Datuk Khazali Din selaku pengurus pasukan Kenari.
“Perkara ini perlu diperhalusi kerana kita tidak mahu keputusan dibuat itu salah. Malah, difahamkan Khazali juga pernah menyatakan hasrat sama (meletakkan jawatan),” katanya.

Malaysia belum bersedia bina loji nuklear
CYBERJAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia masih belum bersedia untuk membina dan mengendalikan loji tenaga nuklear.
Malah, katanya, ketika pentadbirannya, Kabinet pernah membuat keputusan memberi tumpuan kepada hanya empat sumber untuk menjana tenaga iaitu minyak, gas, arang batu dan air atau tenaga hidro, manakala nuklear bukan satu pilihan kerajaan ketika itu. "Masih banyak yang kita belum tahu mengenai teknologi lakuran (fusion) kerana sebaik saja ia menjadi radioaktif, kita akan hilang kawalan ke atasnya dan kita juga tidak mengetahui dengan cukup kesan radiasi.
"Selain itu, kita juga tidak tahu macam mana hendak menghapuskan bahan buangan radioaktif dan jika makin banyak negara membina loji tenaga nuklear, lebih banyak bahan buangan terpaksa dilupuskan," katanya selepas merasmikan Bangunan Lestari Kumpulan Emkay, di sini, semalam.
Selain itu, Dr Mahathir berkata, negara juga pernah mempunyai ‘pengalaman buruk’ mengenai nuklear, namun enggan mengulas lanjut perkara itu.
"Saya tidak pasti sama ada orang ramai menyedari perkara ini atau tidak tetapi kita sudah ada ‘pengalaman buruk' dengan nuklear...kita tidak tahu bagaimana hendak menghapuskan bahan nuklear itu," katanya.
Tahun lalu, kerajaan mengumumkan rancangan membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.
Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, berkata kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan.
Difahamkan, Malaysia sedang menimbang tiga jenis teknologi reaktor nuklear daripada tujuh negara, termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Russia dan China, untuk membina loji jana kuasa nuklear pertama negara pada 2021.
Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr Daud Mohamad, dilaporkan berkata, teknologi reaktor nuklear terbabit ialah teknologi reaktor air tertekan (PWR), reaktor air berat (PHWR) dan reaktor air didihan (BWR).

Paras radioaktif di Malaysia pada tahap normal
KUALA LUMPUR: Pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun, Jumaat lalu adalah rendah dan tidak mungkin sampai ke Malaysia. “Maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan arah dan pergerakan angin adalah ke timur dan timur laut Jepun. Oleh kerana pelepasan radioaktif rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. Beliau berkata, pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh Malaysia, iaitu Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai masih menunjukkan paras sinaran di Malaysia pada paras normal iaitu 0.17 uSv/jam dengan had dedahan sinaran orang awam adalah 0.50 uSv/jam.
Menerusi mekanisme pengawalan masuk bahan radioaktif sama ada melalui kargo atau manusia melalui Sistem Pemonitoran Portal yang dipasang di lapangan terbang antarabangsa KLIA, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang sejak 2009 juga menunjukkan tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga kini.
Ongkili berkata, kementeriannya melalui Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia terus memantau situasi di Jepun sehingga kini dan Pusat Maklumat Radiologi beroperasi 24 jam untuk sebarang persoalan teknikal dari orang awam.
Maklumat terkini mengenai kejadian di Jepun boleh diperoleh di laman web IAEA www.iaea.org, laman web Nuclear and Industrial Agency, Jepun www.nisa.meti.go.jp dan Pusat Maklumat Radiologi, AELB di talian hotline 1800-88-7999.
Beliau berkata Malaysia, melalui AELB, sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini dan yang disahkan IAEA. - BERNAMA

Ancaman radiasi meningkat
Reaktor nuklear semakin panas, 140,000 penduduk tak boleh keluar rumah
TOKYO: Jepun belum dapat menyelesaikan masalah loji nuklearnya di Fukushima selepas pekerja diarahkan meninggalkan seketika tempat itu semalam kerana tahap radiasi meningkat. Pihak berkuasa berkata, tahap radiasi di ibu negara itu 10 kali tinggi daripada normal tetapi tidak membahayakan kesihatan manusia di bandar yang mempunyai 13 juta penduduk. Pencemaran radiasi dilaporkan melanda Tokyo sejak 24 jam lalu meskipun pada tahap rendah dan kebakaran di loji nuklear berkenaan awal daripada itu meningkatkan lagi kebimbangan, lapor agensi berita Kyodo.
Pakar nuklear dan ahli akademik berkata, penyelesaian sedang dicari untuk mengawal kebocoran radiasi di loji Daiichi, wilayah Fukushima bagi mengelakkannya menjadi bencana nuklear paling teruk dalam sejarah.
“Ini adalah mimpi buruk yang berlaku perlahan-lahan,” kata pakar penyelidik di Pusat Pengajian Antarabangsa, Institut Teknologi Massachusetts, Dr Thomas Neff.
Pekerja loji itu cuba membina laluan bagi membolehkan jentera bomba masuk ke rektor nombor 4 yang terbakar. Stesen televisyen NHK menunjukkan asap atau wap kelihatan naik di kemudahan itu kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan).
Bimbang dengan krisis yang dihadapi pekerja loji yang bekerja termasuk keletihan selepas bekerja berhari-hari sejak gempa bumi melanda, pihak berkuasa mengarahkan 750 pekerja untuk pulang dan hanya tinggal 50.
Mereka yang tinggal diarahkan keluar sejam selepas itu kerana tahap radiasi terlalu tinggi tetapi kemudian dibenarkan kembali, kata pegawai rasmi.
Pihak berkuasa menghabiskan beberapa hari terdesak untuk mengelakkan air yang digunakan untuk menyejukkan radioaktif daripada mendidih yang boleh menyebabkan kepanasan dan membebaskan bahan radiasi berbahaya di atmosfera.
Tahap 400 millisievert sejam direkodkan berdekatan rektor nombor 4, kata kerajaan. Pendedahan kepada lebih 100 millisieverts setahun boleh membawa kepada kanser, kata Persatuan Nuklear Dunia.
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan meminta 140,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu supaya tidak keluar rumah.
Jepun bimbang kebocoran serius bermakna ia akan sama dengan insiden nuklear paling teruk sejak Chernobyl di Ukraine pada 1986.
Sejak gempa bumi dan tsunami melanda Jumaat lalu, empat letupan berlaku di loji nuklear yang rosak itu, terbaru letupan di reaktor nombor 2 dan 4.
Angka kematian rasmi kerana gempa dan tsunami mencecah 4,000 manakala lebih 7,000 lagi senaraikan sebagai hilang.
Salji menjejaskan lagi keadaan ribuan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa dan tsunami kerana terpaksa bermalam dengan kesejukan akibat bekalan elektrik terputus.
Kebimbangan terus menyelubungi kerana radiasi dikhuatiri sampai kepada penduduk di barat laut Amerika Syarikat dan Kanada.
Pihak berkuasa memberi amaran orang ramai yang terdedah kepada radiasi supaya mengambil pottasium iodin bagi melindungi daripada kanser.
Radiasi nuklear menjadi isu sensitif bagi Jepun selepas kejadian paling teruk melanda negara itu ketika pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada 1945. – Reuters

Tuesday, March 15, 2011
2 letupan baru di loji nuklear Fukushima
TOKYO: Loji nuklear Fukushima Daiichi yang lumpuh berikutan gempa bumi mengalami kebocoran radiasi yang serius semalam berikutan dua letupan baru dan satu kebakaran ketika kakitangan di tapak berkenaan bertungkus lumus mengelak kebocoran.
Krisis nuklear terbesar negara itu semakin buruk setiap hari berikutan empat daripada enam reaktor di loji nuklear Fukushima mengalami letupan hidrogen sejak gempa bumi melanda wilayah Tohoku Jumaat lalu. Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) mengarahkan 800 kakitangannya berpindah dari loji terbabit tetapi meninggalkan 50 yang lain untuk mengepam air laut ke reaktor dalam usaha yang disifatkan terdesak untuk menyejukkan tiga daripada empat reaktor dan berusaha untuk mengelak pembocoran teras. Dalam satu taklimat malam kelmarin, Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano mengakui adanya risiko tiga daripada empat reaktor terjejas itu boleh mengalami kebocoran. Namun Kazuhiko Maekawa, profesor madya di Universiti Tokyo semalam berkata walaupun senario ini mungkin berlaku, sekurang-kurangnya pada masa sekarang, ia adalah berbeza dengan kebocoran teras di Chernobyl pada 1986 di Ukraine yang membabitkan letupan nuklear berskala besar.
Walaupun kebocoran berlaku, ia masih dalam keadaan cecair, kata Maekawa. Jika reaktor utama tidak musnah secara keseluruhan, bahan radioaktif membawa maut masih kekal dalam kawasan reaktor, katanya.
“Dalam insiden di Chernobyl, letupan merebak bahan nuklear yang mengandungi debuan maut dan mencemarkan kebanyakan penduduk,” kata Maekawa, seorang kaunselor Persatuan Penyelidikan Keselamatan Nuklear, menolak satu letupan seumpama itu di Fukushima.
“Jika anda berjaya menghalang kebocoran, kemungkinan pencemaran radioaktif berskala besar adalah rendah. Penduduk tempatan perlu terus tenang dan tidak panik,” katanya. – Agensi

Sunday, March 13, 2011
Radhi suntik tonik baru Hijau Kuning
JARINGAN secara lebih kerap bakal menyusul daripada jentera serangan Kedah andai berpandu kepada prestasi, malam kelmarin ketika menewaskan Terengganu dalam saingan Liga Super.
Pandangan itu disuarakan penolong jurulatih, Radhi Mat Din, yang mengambil alih tugasan daripada Ahmad Yusof yang beranggapan kejayaan mengutip mata penuh di Stadium Darulaman dengan kemenangan 2-1 sudah menaikkan moral pemain. “Masalah ketumpulan jentera serangan Kedah musim ini masih boleh diperbaiki dan kelemahan taktikal serta kekuatan mental pemain bagi menghadapi tekanan akan terus diberi perhatian,” katanya. “Saya mahu memastikan prestasi pasukan akan berada pada tahap terbaik bagi membolehkan pasukan itu mencapai kedudukan terbaik musim ini.”
Radhi yang pernah membantu Kedah muncul juara Piala Malaysia pada 1993 yakin pemain tonggak dalam pasukan seperti Ahmad Shakir Ali, Khyril Muhymeen dan Badrol Bahktiar dapat menampilkan potensi sebenar masing-masing dalam membantu pasukan pulih daripada prestasi hambar sebelum ini.
Sebelum ini, Ahmad direhatkan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) atas desakan penyokong dan peminat pasukan itu selepas skuad Hijau Kuning tersingkir daripada pusingan suku akhir Piala FA, tahun ini.
Selepas kemenangan kedua semalam, Kedah menduduki tangga kelapan Liga Super dengan mengumpul sembilan mata dari tujuh perlawanan.

Jepun elak bencana ketiga - Padah Pembinaan Loji Nuklear
Pihak berkuasa bertungkus-lumus atasi kecairan loji nuklear
SENDAI: Jepun semalam terus bertungkus-lumus untuk mengelak kecairan di dua reaktor nuklearnya yang rosak akibat gempa bumi mega Jumaat lalu dengan anggaran kematian akibat tsunami yang menyusul di sepanjang pantai timur laut negara itu mencecah 10,000 orang. Jika berlaku kecairan atau ‘meltdown’ di loji terbabit ia menjadi bencana ketiga berturut-turut selepas negara Matahari Terbit itu dilanda gempa bumi dan tsunami. Agensi berita Kyodo melaporkan gagal menghubungi kira-kira 10,000 penduduk di pekan nelayan dan pelancongan, Minamisanriku, Miyagi, sejak kejadian itu.
Pegawai semalam bertungkus-lumus mengawal teras reaktor nuklear (nuclear core) di dua loji nuklear berkenaan daripada menjadi terlalu panas seterusnya menyebabkan kebocoran radiasi ke udara.
Sumber kerajaan berkata, bangunan reaktor kedua berada dalam risiko untuk meletup selepas letupan terjadi pada reaktor ketiga sehari sebelum ini.
Pihak berkuasa menetapkan kawasan larangan 20 kilometer di sekeliling loji nuklear Fukushima Daiichi milik Tokyo Electric Power (TEPCO) dan 10 kilometer di sekeliling sebuah lagi loji nuklear berhampiran.
Kira-kira 140,000 penduduk di kawasan terbabit sudah dipindahkan, manakala pihak berkuasa membuat persediaan mengedar iodin kepada mereka yang mungkin terdedah kepada radioaktif.
Kemalangan nuklear paling teruk sejak kejadian Chernobyl pada 1986 itu, mencetuskan kritikan bahawa pihak berkuasa gagal bersedia menghadapi gempa bumi mega dan ancaman yang bakal dihadapi industri tenaga nuklear negara.
Reaktor nombor 1 di Fukushima yang terletak 240 kilometer utara Tokyo dipercayai sudah mengalami kecairan pada sebahagian batang bahan bakarnya.
Berikutan itu, jurutera mengepam air laut untuk mengawal perkara sama berlaku pada reaktor nombor 3 dan kerajaan mengakui pihaknya bertindak lambat semalam.
“Tidak seperti reaktor nombor 1, kami mengalirkan dan memasukkan air pada peringkat awal ke reaktor nombor 3,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang media.
TEPCO berkata, tahap radiasi di sekitar loji Fukushima Daiichi meningkat melebihi tahap selamat, tetapi tidak memberi ancaman terus kepada kesihatan manusia. Bekalan elektrik di kawasan yang dikendali TEPCO mungkin terganggu selama berminggu-minggu.
Pegawai rasmi Jepun berkata, ada kira-kira 190 orang dalam lingkungan 10 kilometer dari loji nuklear ketika tahap radiasi meningkat dan 22 orang disahkan menderita akibat pencemaran itu.
Angin yang bertiup di loji itu dari selatan turut menjejaskan penduduk di utara, kata pegawai di Agensi Kaji Cuaca Jepun.
Agensi Keselamatan Nuklear berkata, kemalangan di loji itu kurang serius berbanding insiden Three Mile Island, Pennsylvania di Amerika Syarikat pada 1979 dan Chernobyl di Ukraine (ketika itu sebahagian daripada Kesatuan Soviet) pada 1986.
Pegawai rasmi berkata, agensi itu mengkategorikan insiden itu pada tahap empat menurut skala Peristiwa Nuklear dan Radiologi Antarabangsa (INES).
Kejadian Three Mile dikategorikan sebagai peringkat lima, manakala Chernobyl berada di skala tujuh.
Sementara itu, beribu-ribu mangsa menghabiskan malam sejuk hanya berbekalkan selimut di pusat perlindungan.
Di bandar yang dekat dengan pantai Rikuzentakata, lebih 1,000 orang berlindung di sekolah atas bukit mendengar radio yang menyiarkan berita terkini. Di dinding ditampal nama mangsa yang terselamat. Ada yang menangis sambil membaca senarai nama.
Sepanjang pantai timur laut negara itu, pekerja penyelamat mencari mangsa di kawasan timbunan runtuhan bangunan, bot kereta dan sampah di bandar Sendai yang terletak 300 kilometer timur laut Tokyo.
Kyodo berkata, kira-kira 300,000 orang sudah meninggalkan kawasan itu dan berlindung di pusat perlindungan sementara.
Dikatakan 5.5 juta penduduk putus bekalan elektrik, manakala 20,800 bangunan musnah. Empat kereta api turut musnah. – Reuters

Saturday, March 12, 2011
Semangat 3 Tahun Kedah Sejahtera, Kenari menang 2-1
ALOR SETAR, 12 Mac – Pasukan Kenari mendapat suntikan semangat dari Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera apabila berjaya mengalahkan Terengganu 2-1 dalam siri perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.
Walaupun ketinggalan dalam separuh masa pertama 0-1, Kedah bangkit semula membenamkan Terengganu 2-0 pada separuh masa kedua menjadikan kedudukan 2-1. Kedah berjuang tanpa jurulatih Ahmad Yusof yang direhatkan akibat prestasi kurang memuaskan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Para penonton diberi potongan harga tiket untuk menyaksi perlawanan tersebut sempena Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera yang diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman.
Ahad, 13 Mac 2011 07:14 Ditulis oleh SARINA DR WARTA KEDAH

Karnival Belia Peringkat Negeri Kedah 13-14 Mei di Stadium Darul Aman
ALOR SETAR, 9 Mac – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah akan menganjurkan Karnival Belia Peringkat Negeri Kedah di Pekarangan Stadium Darul Aman, di sini pada 13 hingga 14 Mei 2011.
Pengarahnya, Haji Aziz Haji Hamid berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan bersempena karnival itu seperti sukan bermotor, futsal, bola jaring, gerai jualan serta bengkel usahawan.
“Bagi mereka yang mengunjungi karnival itu, bolehlah mendapatkan maklumat mengenai bidang usahawan dan bengkel kerjaya untuk melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara,” ujarnya di sini.
Menurutnya, pihaknya juga turut mengadakan ceramah motivasi kepada semua belia di samping Forum Perdana yang diadakan pada 13 Mei, pukul 9 malam.
Aziz memberitahu, bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai karnival itu, bolehlah menghubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah di talian 04-7353160.
Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga turut menubuhkan sebanyak 600 persatuan belia di negeri ini dan penubuhan persatuan itu diharap dapat membantu belia-belia untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan bagi mengelak golongan belia daripada terlibat dalam gejala kurang sihat.
Rabu, 09 Mac 2011 16:26 Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR DR WARTA KEDAH

Friday, March 11, 2011
Radhi fokus mental
TUMPUAN utama Radhi Mat Din yang mengambil alih tugas selaku jurulatih sementara pasukan Hijau Kuning daripada Ahmad Yusoff adalah menyediakan pemainnya dari segi mental ketika berdepan Terengganu di Stadium Darulaman, malam ini.
Menurutnya, status beberapa pemainnya sebagai pemain kebangsaan tidak mencukupi ketika berdepan lawan itu kerana perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi mereka.
“Saya tidak mempunyai masa untuk melakukan perubahan drastik terhadap kesebelasan utama untuk perlawanan esok (malam ini) ketika bertemu Terengganu.
“Cuma apa yang mampu saya lakukan adalah cuba menyematkan ketahanan mental pemain dengan mengembalikan keyakinan diri sendiri.
“Ketika ini kami memiliki barisan pemain yang berupaya menandingi mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia, tapi kelemahan mental dan kurang yakin terhadap kemampuan diri sendiri menjadi punca kekecewaan yang terpaksa kami hadapi sekarang,” kata Radhi.
Katanya, ribuan penyokong setia pasukan Hijau Kuning perlu memainkan peranan penting dengan memberi sokongan tidak berbelah bahagi bagi membakar semangat dan mengembalikan keyakinan barisan pemain.
“Saya minta kesemua penyokong setia Kedah supaya membakar semangat pemain dan bukannya memaki atau mengejek mereka kerana ia pasti akan melemahkan semangat serta membuka ruang untuk lawan mengambil kesempatan.
“Saya sudah bertemu semua pemain dan mereka simpati atas apa berlaku terhadap Ahmad. Tapi, pada masa sama, mereka juga berjanji akan bangkit ketika menentang Terengganu,” katanya.

Hikayat Merong Mahawangsa
Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.
Tiada siapa yang tahu bila Hikayat Merong Mahawangsa pertama kali dikarang. Pembayang utamanya mungkin terletak dalam mukadimahnya yang berbunyi: "Adalah pada suatu masa zaman Sultan Muazzam Shah ibnu Sultan Muzalfal Shah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari baginda keluar ke penghadapan, …" Sultan Muazzam Shah sebenarnya memerintah dari tahun 1179–1201. R.O. Winstedt mula-mulanya mengusulkan tahun 1612 sebagai tahun asalnya, namun beberapa sejarawan Kedah meragui anggapan ini kerana sastera Melayu belum berkembang ketika itu. Nampaknya ramai sejarawan berpendapat bahawa manuskrip asli Hikayat ini ditulis pada abad ke-19, apatah lagi sekitar tahun 1821, berasaskan peristiwa pembakaran salinan buku Hikayat ini atas perintah kerajaan Siam pada tahun itu.[1] Ketika itu, negeri Kedah menjadi negeri ufti Siam, oleh itu kerajaan Siam membenci mana-mana tindakan yang kelihatan mencabar kewibawaannya baik dalam negara sendiri mahupun negeri-negeri uftinya.[1]
Catatan pusaka Hikayat Merong Mahawangsa masih disimpan dalam beberapa salinan manuskrip yang diterbitkan pada zaman pendudukan Barat di Nusantara sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20 sebagai panduan.
Antaranya:
1. Hikayat Merong Mahawangsa versi Ms. Maxwell 21 yang merupakan koleksi pertama milik W. Maxwell. Naskhah ini ditulis sepanjang 149 halaman tanpa nombor di setiap halamannya, dan telah diserahkan ke Perpustakaan Royal Asiatic Society, London. Di dalamnya terdapat tanda tangan Maxwell dan catatan Singapore, 1884 M.
2. Hikayat Merong Mahawangsa versi Ms. Maxwell 16 oleh W. Maxwell. Naskhah ini tersimpan di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London. Naskhah ini disalin oleh Muhammad Nuruddin bin Ahmad Rajti pada 2 September 1889 M di Pulau Pinang dengan panjang 207 halaman.
3. Sjadjarah Negeri Kedah atau Hikayat Merong Mahawangsa, yang dikenali sebagai versi von de Wall, No. 201. Naskhah salinan ini ditemukan oleh von de Wal ketika ia di Riau.
4. Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Negeri Kedah. Naskhah ini ditulis di Kampung Sungai Kallang, Singapura. Di dalamnya tercatat tahun 1876 M. Salinan manuskrip ini disimpan di Perpustakaan Bodleian, Universiti Oxford, England.
5. Hikayat Merong Mahawangsa versi R.J. Wilkinson, dicetak batu dalam tulisan Jawi berukuran fulskap oleh Kim Sik Hian Press, No. 78, Penang Street. Versi ini disalin pada 16 November 1898 oleh Muhammad Yusuf bin Nasruddin di Pulau Pinang.
6. Hikayat Merong Mahawangsa versi Sturrock yang diterbitkan dalam Journal of The Royal Asiatic Society, Straits Branch (JRASSB) No. 72, Mei 1916 M di halaman 37-123, yang dicetak menggunakan tulisan Rumi (tulisan romawi).
7. Hikayat Merong Mahawangsa versi Logan yang merupakan koleksi J.R Logan, kini tersimpan di Perpustakaan Nasional Singapura dengan nombor arkib qMR 8999, 2302 HR.
Hikayat Merong Mahawangsa turut dirakam dalam bentuk ulasan historiografi oleh Siti Hawa Haji Salleh, terbitan Universiti Malaya pada tahun 1991.[2] Buku ulasan ini memetik ceritanya dari tiga manuskrip, iaitu Maxwell 16, Maxwell 21, dan Von de Wall 201.
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat 8 orang Raja yang berkuasa di Langkasuka yang juga pengasas kepada kerajaan Kedah Tua bermula disekitar Lembah Bujang. Diantara mereka juga merupakan pengasas kepada Kerajaan Siam, Gangga Negara dan negeri Patani, Selatan Siam (Thailand). Berikut adalah penama-penamanya:
* Merong Mahawangsa (berasal dari Rom kemudiaan belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Lalu bersinggah ke wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru). Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.
* Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai "Kedah Zamin Turan". Baginda menjadi Raja Siam pertama.
* Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, putera kedua Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Ditabal Raja dan pengasas bagi Kerajaan Gangga Negara.
* Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.
* Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahdanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya sulongnya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil yang bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.
* Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari kedalam hutan Gunung Jerai dan mangkat disana selepas di serang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera yang bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.
* Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.
* Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua didunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani.
Hikayat Merong Mahawangsa telah diadaptasi menjadi lakonan pentas yang pernah dipentaskan di Istana Budaya. Persembahan yang berjudul Hikayat Merong Mahawangsa: A Swashbuckling Epic Adventure yang berbahasa Inggeris ini dipersembahkan oleh Ribbit Edutainment dan disasarkan untuk tontonan seisi keluarga. Pementasan pertamanya berlangsung pada 14 hingga 17 Mei 2009.
Selain itu, Hikayat ini juga diadaptasi menjadi filem cetera terbitan KRU Studios yang dijadualkan keluar pada tahun 2010 untuk tontonan pasaran antarabangsa. Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini dibintangi oleh Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa[5], dan dilaporkan berdialog 70% bahasa Inggeris dan selebihnya dalam bahasa Melayu klasik.

Gempa Bumi & Tsunami Melanda Jepun
Tandanya bumi yg kita diami sudah semakin tua &di penghujung usia...kiamat juga semakin hampir..cuba bygkn tsunami setinggi 10m landa pantai kedah?mungkin sampai bandar alor star...
sempatkah kita melarikan diri?nampaknya mugkin hanya terpaksa berserah kpd Allah SWT sahaja.bala yang menimpa tidak akan mampu ditangkis oleh seorang alim ulamak, tapi ia akan menimpa seluruh negeri itu...oleh itu marilah kita semua sebagai rakyat Kedah berdoa dan melaksanakan perintah Allah SWT. Kita boleh jadikan negeri kita aman sentosa makmur sejahtera tapi itu semua mungkin hanya bayangan jika kita terus tidak menerima al-Quran sebagai tunjang hidup kita...
Sila beri komen anda..

Wednesday, March 9, 2011
Kedah tidak cadang lantik jurulatih baru
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
bhsukan@bharian.com.my
"SENARIO bola sepak Kedah sekarang umpama seseorang menghidap satu penyakit, tetapi kita tidak tahu penyakit apa dan sebab itu kena rawat dan lihat dulu untuk sembuhkannya,” demikian kenyataan penuh makna Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, (KFA) Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya mengenai ura-ura KFA akan melantik ketua jurulatih baru menggantikan Ahmad Yusof yang direhatkan musim ini.
Ketika ini, khabar angin bertiup kencang di kalangan penyokong Kedah mengenai lima calon yang mungkin menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih, termasuk seorang jurulatih import.
Mereka termasuk bekas jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah, Mustakim Omar, Ahmad Shafiq, Mohd Ramli dan Robert Albert yang pernah membimbing Hijau Kuning muncul juara liga pada 1993.
Azizan ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, ketika ini KFA tidak mempunyai hasrat melantik mana-mana individu menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih, sebaliknya memberi kepercayaan berkenaan kepada penolong jurulatih, Radhi Md Din.
Beliau berkata, KFA ketika ini memberi tumpuan untuk melihat masalah dalaman yang berlaku sehingga menjejaskan prestasi persembahan Sang Kenari pada musim ini untuk mengelak daripada bersikap berat sebelah terhadap mana-mana pihak.
“Kita tidak tahu mana silapnya. Jadi, kita serahkan pada Jawatankuasa Teknikal KFA mengkaji masalah dalaman dan mungkin ada masalah sampingan. Ia penting untuk bertindak adil kepada semua pihak termasuk Ahmad,” katanya selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.
Ketika ini khabar yang bertiup kencang di kalangan penyokong Sang Kenari mendakwa KFA sudah mengenalpasti lima calon membimbing pasukan.
Tuesday, March 8, 2011
Azraai 'bebas' kontrak
HAJAT penyokong Hijau Kuning untuk melihat bekas jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah kembali ke pangkuan Kedah mungkin menjadi kenyataan.
Ini kerana Azraai Khor yang direhatkan daripada membimbing Harimau Muda A sejak Jun tahun lalu itu kini sudah tidak mempunyai ikatan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa semalam.
Keputusan dicapai selepas permohonan Azraai Khor yang meminta untuk dilepaskan daripada kontrak lebih awal menerusi surat tuntutan pampasan dipersetujui majikannya itu.
Mengikut kontrak asal, jurulatih yang cukup popular di kalangan penyokong Kedah atas kejayaannya membawa negeri itu melakar treble pada musim 2006/07 dan 2007/08 masih mempunyai kontrak dengan FAM sehingga Oktober ini.
“Syukur Alhamdulillah se muanya sudah selesai, sele pas kedua-dua pihak berse tuju akhirnya saya dibebas kan daripada kontrak. Ke putusan ini berkuat kuasa hari ini (semalam) dan kini saya sudah tidak terikat de ngan FAM,” katanya yang dilantik menjadi jurulatih Harimau Muda A pada No vember 2009.
Azraai Khor bersama pe nolong jurulatih, Azman Eu soff dan jurulatih penjaga gol P Mohana Sundram direhat kan FAM selepas pergolakan dalaman yang tercetus dalam skuad bawah 21 tahun ne gara itu ketika menjalani program di Slovakia awal ta hun lalu.
Tempat Azraai Khor itu ke mudian diserahkan kepada jurulatih Harimau Muda B, Ong Kim Swee.
Dan ‘pembebasan’ jurulatih berusia 58 tahun itu tampak menggembirakan penyo kong Kedah yang ketika ini cemas dengan aksi terum bang-ambing pasukan me reka sehinggakan pihak pe ngurusan mengambil kepu tusan merehatkan ketua ju rulatih, Ahmad Yusof.
Malah Azraai Khor sendiri tidak menolak sebarang ke mungkinan beliau akan kem bali ke pangkuan Kedah jika mendapat tawaran.
“Bila sudah bebas baru saya boleh bincang dengan ma na-mana kelab yang bermi nat. Sebelum ini saya masih terikat dengan kontrak, jadi saya kena hormati kontrak bersama FAM,” katanya.
“Sebelum ini ada ejen yang mahu membawa saya ke Indonesia tapi terpaksa tolak, tapi sekarang baru saya boleh fikirkan semula,” katanya yang mengakui mahu berehat seketika bersama keluarga di Alor Setar.

Selamat Menyertai Kelab Anak Kedah
Bismillah....
Assalamualaikum kpd semua saudara2 ku...
Marilah kita semua memperkuatkn ikatan persaudaraan sesama kita.
Saya menyeru kita sama2 menjadi followers di blog ini demi perkembangan bersama.., saya juga berharap anda semua dpt memberi komen & apa2 pandangan anda di blog ini.
Insyallah kita semua akan berjaya di dunia & akhirat...

Subscribe to:
Posts (Atom)