KULIM: Hanya kerana cemburu disebabkan seorang wanita, seorang lelaki berusia 20-an putus tangan kanannya dan cedera parah di belakang badan akibat ditetak sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas kejadian itu petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang di Taman Ria, Padang Serai dekat sini, mangsa bekerja sebagai operator sebuah kilang berada di rumah bersama beberapa rakan sekerjanya sebelum didatangi sekumpulan lelaki.
Ketika itu, berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa sebelum diakhiri dengan pergaduhan sekali gus menyebabkan mangsa parah ditetak.
Rakan mangsa hanya mampu melihat kejadian itu berikutan bimbang mereka dicederakan suspek yang membawa senjata tajam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, beberapa suspek datang ke rumah mangsa sebelum berlaku pergaduhan antara mereka disebabkan cemburu terhadap seorang wanita.
Katanya, kejadian berlaku di bilik hadapan rumah itu dan mangsa yang berlumuran darah cuba melarikan diri tetapi rebah di hadapan rumah.
Menurutnya, rakan mangsa mendapatkan bantuan kecemasan sebelum ambulans dari Hospital Kulim tiba.
“Mangsa putus tangan kanan selain cedera parah di belakang badan akibat ditetak dengan senjata tajam yang masih disiasat jenisnya.
“Siasatan awal mendapati wujudnya perasaan cemburu suspek terhadap mangsa dipercayai menjalin hubungan dengan seorang wanita.
“Mangsa yang kehilangan banyak darah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam hari sama,” katanya.
Ghuzlan berkata, sejurus kejadian polis memburu suspek di sekitar tempat kejadian dan berjaya menahan dua lelaki berusia 20-an kira-kira jam 9 malam.
Menurutnya, kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sila komen :
Inilah akibatnya jika ikatan persaudaraan sesama tidak ada dikalangan orang islam zaman sekarang..mana maruah kawan mangsa, mana maruah keluarganya & mana maruah penduduk kampung mangsa..Siapa yang bertanggungjawab melindungi anak buahnya...
No comments:
Post a Comment