Suami isteri bgaji RM 2k/seorg tp blh memiliki 4buah rumah + kereta yg selesa + RM 50k saving...Mustahil?
Idea ini dari shbt sy Tuan Khairul Ezuwan
Situasi pasangan suami isteri yang bergaji bersih RM1800 Setiap seorang. Ambil kenaikan Gaji 10% setahun @ RM180 setahun.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
A) Suami
_______
1. Buat simpanan secara konsisten Setiap bulan RM1,000 dalam ASB, Pakai transfer online Setiap Kali dapat gaji. Pastikan Buku ASB dipotong. Lepas 1 tahun Ada simpanan cash RM12,000
2. Keluarkan RM7,000 buat deposit Cari Rumah Lelong yang berharga RM70,000 (Cari Mesti Ada). Kos-kos lain masuk dalam pinjaman.Bayaran bulanan RM350. Gaji
bersih waktu ini RM1,980. Masa ini DSR adalah 17%. Sewakan rumah tersebut RM600. Buat tenancy agreement. Gunakan semua RM600 untuk bayar installment bulanan rumah tersebut. Waktu ini baki
simpanan RM12,000 - RM7,000 = RM5,000.
3. Terus kan buat simpanan bulanan RM1,000, selepas 6 bulan Beli Rumah yang pertama tadi, Jumlah simpanan Sekarang RM5,000 + RM6,000 = RM11,000.
Gunakan lagi RM7,000 untuk deposit sebuah lagi rumah Lelong berharga RM70,000. Bayaran bulanan RM350 .Waktu ini Gaji RM1,980 + (RM600 (tenancy agreement) x 80%) = RM2460. DSR waktu ini adalah 27%. Sewakan RM600 rumah kedua ini.
Buat tenancy agreement.cuma bayar RM350 untuk installment rumah ini. Baki pulangan Sewa RM250 buat bayaran extra kepada Rumah pertama (target = habiskan Rumah
pertama dengan secepat mungkin).
Baki simpanan RM11,000 - RM7,000 = RM4,000 serahkan kepada isteri.
4. Buat pinjaman ASB 200K, Komitmen bulanan RM1,200. DSR waktu ini 65%. (Max utk DSR ASB 80%).
Potong Buku ASB, Jangan sentuh dividend selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel pinjaman ASB. Total disviden compounding + value cancel = RM60,000
5. Dengan extra payment yang dibuat ke Rumah pertama selama 3 tahun. Baki Rumah tersebut tinggal RM44,000. Gunakan hasil ASB RM60,000 untuk buat full settlement Rumah pertama. (Rumah pertama bebas
Dari pinjaman) . RM60,000 - RM44,000 = Baki cash RM16,000. Duit EPF AC 2 waktu ini ada RM10,000 .
6. Cari Rumah untuk duduk sendiri yang berharga 300K dengan monthly installment RM1500. Buat Mark up loan. (Cari Rumah 10% below market value @ 0 deposit)
Dengan nett Gaji waktu ini RM2,520 + rental income .
Max kelayakan DSR 70% = DSR waktu ini ialah 52%
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
B) Isteri
_______
1. Beli Perodua Kelisa terpakai yang berharga RM20,000 dengan bayaran bulanan RM300. Buat simpanan tetap
bulanan dalam ASB RM200 sebulan. Selama 18 bulan = RM3,600. Dalam akhir step 3 👆suami, beliau serahkan RM4,000 kepada isteri. So total cash Ada RM7,600.
2. Beli Rumah Lelong yang berharga RM70,000 dengan bayaran bulanan RM350. DSR waktu ini 33% (RM300 Kereta + RM350). Sewakan Rumah ini RM600 dan Buat
tenancy agreement. Bayar kepada pinjaman Rumah RM350, Masih Ada baki cash flow RM250.
3. Kekalkan komitmen simpanan bulanan RM200 tetapi tukar kepada kaedah pinjaman ASB RM75,000 . Installment bulanan adalah RM450. Gunakan RM200 + RM250 (cash flow Sewa Rumah) = RM450 sebagai
installment pinjaman ASB tersebut. Potong Buku ASB, Jangan sentuh dividen selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel pinjaman ASB . Dividend compounding + cancel loan = RM18,000 + RM5,000 = RM23,000 cash. Baki
pinjaman Kereta Waktu ini RM9,000. Gunakan cash untuk buat full settlement kereta RM23,000 - RM9,000 = RM14,000. Duit EPF AC2 waktu ini Ada RM10,000.
4.Trade in perodua kelisa, beli Toyota Vios RM70,000 = installment bulanan RM800. DSR waktu ini 37%
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
DSR (Debt Service Ratio)
Suami pada step no.6 + Isteri pada step no.4 (hampir 5 tahun Dari step pertama)
------------------------------------------------
Income:
Total Gaji waktu ini: RM2,520 x 2 = RM5,040
Sewa 3 biji Rumah = (RM1,800 x 80%) = RM1,440
Total nett income = RM6,480 ➕
Hutang : RM350 (Rumah kedua suami)
RM1,500 (Rumah duduk sendiri)
RM350 (Rumah pertama isteri)
RM800 (Kereta baru isteri)
Total hutang : RM3,000➖
Total DSR Suami + Isteri = 46%✔️
Total cash di tangan :
suami =RM16,000 + EPF keluar RM10,000
Isteri =RM14,000 + EPF keluar RM10,000
Total cash di tangan = RM50,000
Total income bulanan bersih = RM3,480✔️
Memiliki 4 property Dan Kereta yang selesa✔️
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Ada masa-masa tertentu Kita perlukan sedikit pengorbanan untuk mendapat keselesaan & kesenangan pada masa akan datang, jika anda sanggup, anda boleh
ikut. Jika tidak sanggup, share lah juga perkara ini kepada orang lain, mungkin mereka perlukannya. Thanks baca sampai habis.😊. '
'Idea adalah pembuka minda, bukan semestinya pelaksanaan'. Padan kan situasi dengan keadaan diri anda sendiri