Wednesday, March 9, 2011

Kedah tidak cadang lantik jurulatih baru

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
bhsukan@bharian.com.my



"SENARIO bola sepak Kedah sekarang umpama seseorang menghidap satu penyakit, tetapi kita tidak tahu penyakit apa dan sebab itu kena rawat dan lihat dulu untuk sembuhkannya,” demikian kenyataan penuh makna Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, (KFA) Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya mengenai ura-ura KFA akan melantik ketua jurulatih baru menggantikan Ahmad Yusof yang direhatkan musim ini.

Ketika ini, khabar angin bertiup kencang di kalangan penyokong Kedah mengenai lima calon yang mungkin menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih, termasuk seorang jurulatih import.
Mereka termasuk bekas jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah, Mustakim Omar, Ahmad Shafiq, Mohd Ramli dan Robert Albert yang pernah membimbing Hijau Kuning muncul juara liga pada 1993.
Azizan ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, ketika ini KFA tidak mempunyai hasrat melantik mana-mana individu menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih, sebaliknya memberi kepercayaan berkenaan kepada penolong jurulatih, Radhi Md Din.

Beliau berkata, KFA ketika ini memberi tumpuan untuk melihat masalah dalaman yang berlaku sehingga menjejaskan prestasi persembahan Sang Kenari pada musim ini untuk mengelak daripada bersikap berat sebelah terhadap mana-mana pihak.

“Kita tidak tahu mana silapnya. Jadi, kita serahkan pada Jawatankuasa Teknikal KFA mengkaji masalah dalaman dan mungkin ada masalah sampingan. Ia penting untuk bertindak adil kepada semua pihak termasuk Ahmad,” katanya selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Ketika ini khabar yang bertiup kencang di kalangan penyokong Sang Kenari mendakwa KFA sudah mengenalpasti lima calon membimbing pasukan.

No comments:

Post a Comment