Pokok Sena terletak di negeri
Kedah Darul Aman, negara
Malaysia. Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang diisytiharkan oleh Sultan Kedah pada
2009.
Dalam peta, Pokok Sena terletak di 6.2' Utara , 100.4' Timur. Pekan Pokok Sena terletak di simpang tiga jalan ke
Naka, ke
Kuala Nerang dan ke
Langgar,
Kedah. Ia berkeluasan 24,240 hektar. Pokok Sena kini secara rasmi menjadi daerah ke-12 dalam pentadbiran kerajaan Kedah.
Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan
melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816
hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar).
Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau
industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di
daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan 'Pokok Sena' itu.
Pokok Sena akan dijadikan bandar satelit bagi
Bandaraya Alor Setar agar dapat menampung pembangunan dan pertambahan penduduk yang begitu pesat di sana.
Asal-Usul Nama
Pokok Sena ialah sejenis pokok yang dikenali juga sebagai angsana (
Pterocarpus indicus) banyak terdapat di tepi sungai. Nama Pokok Sena adalah hasil interaksi penduduk di sini dengan pokok sena.
Sejarah Pembukaan Daerah Pokok Sena
Dahulunya Pokok Sena ini terletak dalam daerah Kota Setar namun telah
dijadikan daerah baru iaitu Daerah Pokok Sena dan masih lagi ditadbir
oleh Majlis Bandaraya Alor Setar. Keputusan mewujudkan daerah berkenaan
bertujuan mengurangkan sedikit keluasan daerah Kota Setar yang terlalu
besar merangkumi tiga kawasan Parlimen iaitu Kuala Kedah, Kota Setar dan
Pokok Sena.
Justeru, pengisytiharan sebagai daerah baru akan membantu melicinkan
lagi pengurusan berkaitan pihak berkuasa tempatan selain memberi kesan
mendalam terhadap gerak kehidupan harian masyarakat setempat. Pembinaan
projek-projek infrastruktur yang merentasi daerah berkenaan dijangka
merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di situ.
Bagaimanapun, sebagai sebuah daerah baru, Pokok Sena masih berdepan
banyak cabaran sebelum dapat mengecapi pembangunan yang seimbang dengan
daerah-daerah lain di negeri ini. Projek menaik taraf jalan raya
Persekutuan dari Alor Setar ke Durian Burung yang sedang dilaksanakan
merupakan antara pemangkin pembangunan daerah Pokok Sena. Daerah ini
akan mencapai kemajuan dan kesejahteraannya setanding dengan
daerah-daerah lain.
Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan
melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816
hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar).
Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau
industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di
daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan 'Pokok Sena' itu.
Daerah Pokok Sena sebagai sebuah daerah terbaru Negeri Kedah, kini
sedang mengalami fasa pembangunan yang mencabar. Peningkatan drastik
penduduk dan pertumbuhan perbandaran yang pesat, bakal merobah senario
pembangunan daerah serta mampu mencipta permasalahan sosio, ekonomi dan
politik yang mencabar. Justeru, Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena yang
berfungsi sebagai back-bone mekanisma pentadbiran peringkat daerah,
harus bersedia dan mampu menangani cabaran perubahan yang sedang dan
akan berlaku.
Daerah Pokok Sena berada di sebelah utaranya ialah daerah Kubang
Pasu, di sebelah barat daerah Kota Star, di sebelah selatan Daerah
Pendang dan di sebelah timurnya ialah daerah Padang Terap.
Pekan Pokok Sena adalah pusat bandar bagi daerah Pokok Sena terletak
kira-kira 19 KM di timur laut Alor Star. Lokasinya adalah dipersimpangan
jalan yang menghala Ke Kuala Nerang di sebelah utara dan ke Naka di
timur. Pekan Pokok Sena terletak di luar rancangan MADA.
Bandar-bandar Baharu di Pokok Sena
Bandar baru atau bandar terancang dibina untuk pembangunan penduduk
yang kian bertambah dan bandar yang pesat membangun di Alor Setar.
Bandar baru dibina untuk mengurangkan tumpuan penduduk dan juga dibina
di kawasan belum membangun tidak jauh dari bandar
Alor Setar.
Tambahan itu, sebuah bandar baru dibina di Bandar Satelit Pokok Sena
yang dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya Alor Setar. Bandar ini
dapat mengurangkan masalah kesesakan jalanraya dan populasi yang kian
meningkat di Alor Setar sekali gus dijadikan bandar satelit.
Mukim/Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
Kawasan-kawasan ini juga dibawah pentadbiran dan kelolaan Majlis
Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Daerah Pokok Sena walaupun sudah menjadi
daerah baru.
- Pekan Pokok Sena (Pusat bandar daerah Pokok Sena)
- Mukim Bukit Lada
- Mukim Derang
- Mukim Gajah Mati
- Mukim Jabi
- Mukim Lesong
- Mukim Tualang
- Pekan Kampong Bukit (Mk. Bukit Lada)
- Pekan Bukit Payung (Mk. Gajah Mati)
- Pekan Kebun 500 (Mk.Jabi)
- Pekan Simpang Kebun 500 (kawasan Taman Indah)
Pembangunan
Pokok Sena dibangunkan bagi membina perangkaan penduduk dari Alor Setar ke Pokok Sena.
Bandar di Pokok Sena
Banyak bandar baru akan dibina bagi memenuhi pertambahan penduduk di Pokok Sena.
- Bandar Pokok Sena
- Pekan Kebun 500
Mukim di Pokok Sena
Perbandaran
Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kawasan metropolitan ini akan
diduduki oleh seramai 1,000,000 lebih penduduk di kawasan sekitar di
Alor Setar -
Kubang Pasu (
Jitra) -
Pokok Sena -
Pendang dan mungkin juga
Padang Terap (
Kuala Nerang,
Padang Sanai dan
Durian Burung).
Zon metropolitan Alor Setar atau Greater Alor Setar merangkumi
bandar-bandar utama disekitar Bandaraya Alor Setar. Pokok Sena dan
Pendang yang mempunyai penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar
membentuk sebuah kawasan metropolis, menjadikan kawasan metropolis
kelima terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur-Lembah Klang, Johor
Bahru- Singapura, Lembah Kinta, dan Zon Metropolitan Georgetown.
Kerajaan Negeri Kedah telah merancang untuk membina jalan di sini. Antaranya ialah
Wakil Rakyat
Politik
Merujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13)
Dewan Rakyat
P008 |
Pokok Sena |
Mahfuz Omar |
Pakatan Rakyat |
Dewan Undangan Negeri
N09 |
Bukit Lada |
Ahmad Sudin |
Barisan Nasional |
N10 |
Bukit Pinang |
Romani Wan Salin |
Pakatan Rakyat |
Tempat penting di Pokok Sena
Berdekatan dengan Pekan Pokok Sena ada beberapa tempat penting iaitu
Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gajah Mati, Pejabat Pertanian
Daerah Kota Setar & Pusat Pertanian Gajah Mati, Stesen Pembangunan
Komoditi Gajah Mati, Pusat Haiwan Gajah Mati dan Penjara Pokok Sena.
Taman Kekal Pengeluaran Makanan Gajah Mati
Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gajah Mati ialah satu kawasan
yang dikhususkan oleh kerajaan bagi tujuan meningkat pengeluaran makanan
negara di bawah Dasar Pertanian Negara. Kawasan seluas 55.2 hektar ini
dilengkap dengan infrastrukur asas seperti jalan ladang dan sistem
pengairan dan bekalan air bagi memudahkan usahawan tani bercucuk
tanaman. Pada masa ini kawasan ini menampung 24 perserta yang
mengusahakan tanaman kontan seperti nenas, jagung dan sayuran seperti
cili, petola serta juga buahan mas melon yang diusahakan secara
fertigasi.
Semasa ini tanaman sedang mengeluarkan hasil secara berterusan adalah:
- Nenas jenis morris
- Jagung
- Sayuran dari jenis tertentu (semasa: sawi, bayam, kangkong, terung, serai, bendi, petola dan cili)
- Buah buahan: mangga (mengikut musim - Mac April Mei)
- Tebu
Pembelian runcit dan juga borong boleh dibuat pada Gerai Jualan Terus atau di Pusat Pengumpulan TKPM di Gajah Mati, Pokok Sena.
TKPM Gajah Mati juga telah mempunyai
blog sendiri.
SALM ZONE- Pusat Jualan Terus dari Ladang TKPM
TKPM Gajah Mati telah menyiapkan premis SALM ZONE bagi melaksanakan
Jualan Terus Dari Ladang TKPM.Ia akan mula beroperasi pada Tahun 2011.
Pejabat Pertanian Kota Setar & Pusat Pertanian Gajah Mati
Pejabat Pertanian Kota Setar ialah pejabat pertanian bagi Daerah Kota
Setar. Tugas utama ialam memberi khidmat pengembangan kepada petani
petani di Daerah tersebut. Pusat Pertanian pula adalah tempat
penyimpanan benih benih sebelum diedar kepada petani dan perserta projek
seluruh Daerah.
Stesyen Pembangunan Komoditi Gajah Mati
Pusat Pertanian yang dikelola oleh Jabatan Pertanian ini terletak
bersebelahan TKPM dan telah di buka sejak tahun 1920 bagi tujuan
mengkaji tanah berkerikil dan bermasaalah Siri Gajah Mati. Pada masa ini
pusat ini di jadikan lokasi pengeluaran benih tanaman bagi keperluan
petani.
Projek terkini yang sedang pesat dibangunkan ialah Program Pembangunan Ladang Organik menggunakan kaedah
natural farming. Di dalam program ini Jabatan Pertanian menyediakan
indegenous microorgism (IMO-mikroorgisma asli) sebagai agen pemulihan struktur tanah. Jabatan juga menyediakan baja larutan
natural farming
menggunakan bahan bahan sisa ladang. Jenis-jenis tanaman yang terlibat
dalam program ini 2 hektar ladang mangga Chok Anan, 1 hektar longan,
0.25 pitaya dan 1 hektar limau madu serta sayur daun seluas 0.25 hektar.